Amalan di bulan Ramadhan menyebabkan
seseorang itu lebih dahulu ke Syurga berbanding yang mati syahid. Inilah satu
kelebihan yang disebut di dalam sebuah hadis Nabi SAW.Oleh kerana gandaan pahala dan rahmat di
bulan Ramadhan. Berdoalah agar kita direzekikan beramal dalam bulan ini
sebanyak mungkin dengan kualiti yang setinggi boleh.Bagi sesiapa yang rajin, bacalah perincian
kisah dua saudara yang masuk Islam bersama-sama, lalu mendapat husnul khatimah,
tetapi berbeza darjat disebabkan umur berbeza dan kerana Ramadhan.
Nabi
bersabda: “Jarak antara keduanya lebih jauh dari jarak antara
langit dan bumi”
Dari Talhah bin ‘Ubaidillâh bahawa dua
laki-laki dari Baliy (cabang suku Qudha’ah-pen) datang kepada Rasulullah SAW
dan keduanya masuk Islam bersama-sama. Salah seorang dari keduanya lebih giat
daripada yang lain.Orang yang sangat giat dari keduanya itu ikut berperang lalu mati syahid. Sedangkan yang lainnya hidup setahun setelahnya, lalu meninggal dunia.
Thalhah berkata,
“Aku bermimpi, ketika aku sedang berada di
pintu surga, aku melihat keduanya. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari dalam
syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati terakhir dari keduanya (untuk masuk
syurga lebih dahulu, lalu orang itu masuk lagi ke dalam syurga).
Lalu dia keluar
lagi dari syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati syahid (untuk masuk
syurga).
Lalu dia
menemuiku kemudian berkata,
“Kembalilah, karena sesungguhnya belum datang waktu untukmu (boleh masuk syurga)”.
Besoknya Thalhah menceritakan kepada
orang-orang dan mereka kehairanan terhadapnya. Hal itu sampai kepada Rasulullah
SAW, mereka menyampaikan cerita itu kepada beliau SAW. Maka beliau SAW
bersabda, “Dari sisi mana kamu hairan?”
Mereka menjawab,
“Wahai Rasulullah SAW, orang yang satu ini lebih kuat
amal dari yang lain, lalu dia juga mati syahid, tetapi orang yang terakhir
(mati) itu masuk syurga lebih dahulu?”.
Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Bukankah dia (orang yang terakhir mati itu) masih hidup
setahun setelahnya?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Beliau bersabda lagi,
“Dan (bukankah) dia telah menemui Bulan Ramadhan lalu
berpuasa Ramadhan, dan dia telah melakukan solat sekian banyak sujud di dalam
setahun?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Jarak antara keduannya lebih jauh dari jarak antara
langit dan bumi”.