Pages

Saturday, January 18, 2020

Panduan solat Jama’ & Qasar


Solat Qasar
Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar
Harus berdasarkan dalil berikut:

Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

Al-Sunnah yang bermaksud;
“Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”

Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’
Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
Berniat qasar di dalam takbiratul ihram
Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat
Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala

Solat Jama’
Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :

Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’
Jama’ Taqdim
Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’
Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram
Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu
Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua
Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhuratau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’)
Jama’ Ta’khir
Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib
Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua
Contoh Niat
Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلىالعصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Friday, January 17, 2020

KEUTAMAAN MEMBACA SURAH YASIN

LAPAN KEUTAMAAN MEMBACA SURAH YASIN

1. Yasin Hati Al-Quran, Pahalanya
Sepuluh Kali Khatam Al-Quran

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا، وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس. ومَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ".

Dari Anas yang berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap sesuatu punya hati. Hati Al-Quran adalah Yasin. Barang siapa membaca Yasin, Allah akan mencatat satu kali bacaan setara sepuluh kali bacaan Al-Quran” (HR Al-Tirmidzi, Al-Hakim, Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

2. Mendapat Keampunan Allah

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ مَغْفُورًا لَهُ. وَمَنْ قَرَأَ: "حم" الَّتِي فِيهَا الدُّخَانُ أَصْبَحَ مَغْفُورًا لَهُ". إِسْنَادٌ جَيِّدٌ.

Dari Al-Hasan, dia mendengar Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang membaca Yasin pada suatu malam, dia akan masuk pagi dalam keadaan diampuni dosanya. Orang yang membaca Ha Mim Al-Dukhan, dia akan masuk pagi dalam keadaan diampuni” Sanad hadis ini Jayyid. (HR. Abu Ya’la).

3. Keutamaannya Untuk Dibaca Pada Malam Hari

عَنْ جُنْدَب بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ، غُفِرَ لَهُ".

Dari Jundab bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang membaca Yasin pada suatu malam, untuk mendapatkan redha Allah, dia akan diampuni dosanya.”  (HR. Ibnu Hibban).

4. Bacaan Untuk Orang Yang
Menghadapi Sakaratul Maut

عَنْ مَعْقِل بْنِ يَسَار قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "اقرؤوها عَلَى مَوْتَاكُمْ" -يَعْنِي: يس.
Dari Ma’qil bin Yasar, Rasulullah SAW bersabda, “Bacakanlah ia untuk orang yang menghadapi kematian di antara kalian.” Maksudnya surat Yasin. (HR. Ahmad)

5. Memudahkan Menghadapi Kesulitan

وَلِهَذَا قَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ: مِنْ خَصَائِصِ هَذِهِ السُّورَةِ: أَنَّهَا لَا تُقْرَأُ عِنْدَ أَمْرٍ عَسِيرٍ إِلَّا يَسَّرَهُ اللَّهُ. وَكَأَنَّ قِرَاءَتَهَا عِنْدَ الْمَيِّتِ لِتُنْزِلَ الرَّحْمَةَ وَالْبَرَكَةَ، وَلِيَسْهُلَ عَلَيْهِ خُرُوجُ الرُّوحِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ.

Berdasar riwayat di atas, sebahagian ulama berkata, “Di antara keistimewaan surat ini adalah, ia tidak dibaca saat dalam keadaan sulit, kecuali Allah akan memudahkannya. Membacakan Yasin di samping orang yang sudah wafat adalah untuk menurunkan rahmat dan berkat dari Allah. Dan memudahkan keluarnya rohnya. Wallahu A’lam.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 6, hlm. 562)

6. Bacaan Yang Bermanfaat untuk
Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَار، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "الْبَقَرَةُ سِنام الْقُرْآنِ وذِرْوَته، نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا، وَاسْتُخْرِجَتْ {اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [الْبَقَرَةِ: 255] مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا -أَوْ: فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ-وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ، لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ والدار الآخرة، إلا غفر له، واقرؤوها عَلَى مَوْتَاكُمْ".

Dari Ma’qil bin Yasar, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Al-Baqarah adalah puncak Al-Quran. Turun bersama setiap ayatnya lapan puluh malaikat. (Al-Baqarah ayat 255) dikeluarkan dari bawah Arasy Allah, lalu disambungkan dengan surat Al-Baqarah. Yasin adalah hati Al-Quran. Tidak seorang lelaki membacanya lalu mengharap redha Allah dan akhirat, kecuali Allah akan mengampuninya. Bacakanlah ia untuk orang yang sudah wafat di antara kalian.” (HR Ahmad).

7. Meringankan Azab Siksa Mayat Di Dalam Kubur

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ، رَحِمَهُ اللَّهُ: حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ قَالَ: كَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ: إِذَا قُرِئَتْ -يَعْنِي يس-عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّف عَنْهُ بِهَا.

Imam Ahmad berkata, Abul Mughirah meriwayatkan, Shafwan meriwayatkan berkata, “Para guru kami ketika dibacakan Yasin di samping mayat, dia akan diringankan azabnya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 6, hlm. 562)

8. Digalakkan Untuk Dihafal Oleh Semua Umat Islam

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَوَدِدْتُ أَنَّهَا فِي قَلْبِ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْ أُمَّتِي" -يعني: يس

Dari Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda, “Aku sangat senang jika ia ada dalam hati setiap orang dari umatku.” (HR. Al-Bazzar).