Pages

SYARI'AH

KEUNGGULAN PERUNDANGAN ISLAM 
Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinyasemua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya olehmanusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akantersingkap semuanya.Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya.Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalikperundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.Kebolehan insan untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian Allah dancara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh litupan "ghita" diatas mata manusia itu sendiri.Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya.Tulisan ini hanyalah suatu percubaan yang serba terhad berdasarkan andaian diatas tadi, untuk mengulangi ulasan perundangan Islam dalam skop yang serbakeunggulan terhad.Walau apa pun yang dapat diperkatakan ini hanyalah secebis kecil daripada apayang seharusnya boleh diperkatakan.Keunggulan Perundangan Islam sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnyaIslam itu sendiri hinggalah ke hari ini dan hari-hari akan datang.Namun demikian ruang untuk manusia memperkatakannya masih luas terbentangyang pada bila-bila masa manusia boleh terus membongkar rahsia yang terkandungdi dalam perundangan itu sekiranya ada kemampuan berbuat demikian.Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalahsesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakatIslam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undangIslam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakanungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangandan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.

Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga danmembersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama.Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawidan ukhrawi kepada orang-orang Islam.Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebihsuka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia denganmembelakangkan undang-undang Allah s.w.t.Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undangAllah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebihbaik daripada undang-undang Allah?Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripadaundang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagiorang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.
Perundangan Islam sebagai suatu realiti
 Sebelum diperkatakan secara khusus tentang keunggulan Perundangan Islam, perludiperjelaskan dahulu bahawa Perundangan Islam telah menjadi suatu realiti hukumyang telah terlaksana dalam masyarakat Islam dari permulaan lahirnyapemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah hinggalah ke hari ini.Negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah(622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusiasebagai realiti yang diterima umum.Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor Hamidullah sebagai
"TheFirst Written Constitution In The World",
telah menjadi kenyataan umum bahawaIslamlah yang memperkenalkan kepada dunia suatu perlembagaan bertulis yangdilaksanakan dalam sebuah negara yang berdaulat.Perlembagaan tersebut telah menyebut secara terperinci masalah-masalah negara,daripada hak dan tanggungjawab kepada cara penyelesaian masyarakat majmuk,hinggalah kepada persoalan ketua pemerintah dan kuasa yang ada padanya.Semuanya itu terkandung dalam Perlembagaan Madinah.Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkankepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendirimeragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang

kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan kesesuaiannya denganzaman.Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikankemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahunpertama Hijrah hinggalah ke hari ini.Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidupbaginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepaskewafatan baginda.Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainyahinggalah berterusan ke zaman Daulah Othmaniah.Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ketangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah melenyapkan kekuasaanIslam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.Pandangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa undang-undang Islam sudahlenyap ditelan zaman.Walaupun pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk bukan lagi mewakili pemerintahanIslam yang hakiki, kerana undang-undang negaranya sudah bukan undang-undangIslam yang dengannya melenyapkan pemerintahan Islam dan undang-undangnya,akan tetapi pemerintahan Islam yang menggunakan undang-undang Islam sebagaiundang-undang negara yang terlaksana, jauh lebih awal dilaksanakan di SaudiArabia, sebelum kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki.Pemerintahan Islam di Saudi Arabia terus melaksanakan undang-undang Islamhingga ke hari ini pada umumnya.Walau apa pun yang diperkatakan oleh musuh-musuh Islam tentang negara itu,ianya tetap mewakili Negara Islam dalam pelaksanaan hukumnya.Penerusan kewarisan pelaksanaan hukum Islam ke dalam masyarakat Islam melaluikuasa pemerintah terus berkembang subur dalam masyarakat antarabangsa Islam.Beberapa buah negara umat Islam sedang melaksanakan undang-undang itu dalamnegara mereka seperti Iran, Pakistan, Sudan, dan sebagainya.Semuanya ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sejak dari lahirnya tidakpernah mati malah ada tanda-tanda yang jelas bahawa undang-undang tersebutsemakin hari semakin diterima oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam negara masing-masing.

Prof Dr Haron Din Al Hafiz

No comments:

Post a Comment