Sebaik sahaja sempurna memberi salam dengan sempurna, maka keluarlah seseorang itu daripada solatnya. Bagaimanapun, seorang muslim digalakkan mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang lazimnya berwirid selepas solat.
Di sini saya kongsikan beberapa wirid yang disarankan untuk diamalkan selepas solat dengan nota2 huraian di bahagian akhir.
1. Merafa’kan kesyukuran kerana dapat menunaikan solat
2. Beristighfar (sama ada pendek, sederhana atau panjang) sebanyak 3 / 10 kali:
3. Bertahlil sebanyak 3 / 10 kali:
4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW antara 3 / 10 kali:
Di sini saya kongsikan beberapa wirid yang disarankan untuk diamalkan selepas solat dengan nota2 huraian di bahagian akhir.
1. Merafa’kan kesyukuran kerana dapat menunaikan solat
Berzikir memuji-muji Allah atau dengan membaca ayat 111 Surah Al-Israk sama ada 1 / 3 / 7 kali:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.” [1]2. Beristighfar (sama ada pendek, sederhana atau panjang) sebanyak 3 / 10 kali:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ، الَّذِي لَا اِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيـُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Bermaksud: “Aku memohon keampunan Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Yang Tiada Tuhan Selain Dia, Tuhan Yang Maha (Senantiasa) Hidup Lagi Maha Berkuasa Melaksanakan, dan aku bertaubat kepada Dia.” [2]3. Bertahlil sebanyak 3 / 10 kali:
لَا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: “Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya Dia, yang tiada sekutu langsung bagiNya, bagiNya kekuasaan (mutlak yang sebenar), dan bagiNya segala puji-pujian, Dia Maha Menghidupkan Lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.” [3]4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW antara 3 / 10 kali:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (ﷺ) عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، النَّبِيِّ الأُمِّيِّ، وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Bermaksud: “Ya Allah! Kurniakanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, hamba dan RasulMu, Nabi yang Ummi, dan ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda; berkatilah dan sejahterakanlah mereka semua.” [4]
5. Doa perlindungan daripada api neraka 3 / 7 / 10 kali:
ٱللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
Bermaksud: “Ya Allah! Lindungilah kami daripada api neraka.” [5]
6. Doa keselamatan (sama ada pendek atau panjang):
ٱللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
Bermaksud: “Ya Allah! Engkaulah yang dimaksudkan dengan As-Salam (yakni Yang Maha Menyelamatkan). Keselamatan itu daripadaMu dan keselamatan itu kembali kepadaMu. Hidupkanlah kami, wahai Tuhan dengan keselamatan (Islam). Masukkanlah kami ke dalam syurga, dunia keselamatan. Engkau Maha Memberkati dan Engkau Maha Tinggi. Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” [6]
7. Membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)
آمِينْ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الم (1) ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ (163)
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ ...(19)
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ (7) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب (8)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ (4) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَٰهِ النَّاسِ (3) مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)
Maksud atau terjemahan tidak disertakan di sini kerana terlalu panjang. [7]
8. Doa menjaga iman terhadap qadhak dan qadar Allah SWT baik dan buruknya:
لَا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ٱللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ
Bermaksud: “Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya Dia, yang tiada sekutu langsung bagiNya, bagiNya kekuasaan (mutlak yang sebenar), dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Ya Allah! Tidak ada yang dapat menyekat apa yang Engkau berikan. Dan tidak ada juga yang dapat memberi apa yang Engkau sekat. Dan tidak ada juga yang dapat menolak apa yang Engkau laksanakan. Dan tiada sebarang pembesar yang boleh memberikan menfaat (atau mudharat) kepada orang-orang yang memiliki kebesaran daripadamu.” [8]
9. Doa dipermudahkan beramal soleh:
ٱللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلٰى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Bermaksud: “Ya Allah! Bantulah kami untuk berzikir mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaikkan ibadah kepadaMu.” [9]
10. Membaca Tahlil Panjang Berhauqolah:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيمِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Bermaksud: “Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya Dia, yang tiada sekutu langsung bagiNya, bagiNya kekuasaan (mutlak yang sebenar), dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah; yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Tiada tuhan selain Allah, dan kami tidak menyembah melainkan hanya Dia, Dia memiliki segala nikmat, kelebihan dan puji-pujian yang baik. Tiada tuhan selain Allah, kami semua ikhlas mengikuti agamaNya, walaupun kami dibenci oleh semua orang kafir.” [10]
11. Membaca tasbih panjang mensucikan Allah SWT:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَعْلَمُ قَدْرَهُ غَيْرُهُ، وَلَا يَبْلُغُ الوَاصِفُونَ صِفَتَهُ، سُبْحَانَ رَبَّنَا العَلِيِّ الأَعْلَى الوَهَّابِ
Bermaksud: “Maha Suci (Tuhan) yang tiada sesiapa pun yang mengetahui qadarNya melainkan Dia; dan tidak akan sampai mujassimah yang menyifatkan Allah dengan makhluk kepada Sifat Allah SWT yang sebenarnya; Maha Suci Tuhan kami yang Maha Tinggi lagi Maha Tertinggi serta Maha Pemurah.” [11]
12. Membaca pengakuan tasbih mensucikan Allah SWT sebagai persediaan sebelum bertasbih:
اِلٰهَنَا رَبَّنَا سُبْحَانَ اللَّهِ
Bermaksud: “Tuhan kami, Penjaga kami, Maha Suci Allah.” [12]
13. Membaca tasbih sebanyak 10 / 33 kali:
سُبْحَانَ اللَّهِ
Bermaksud: “Maha suci Allah.” [13]
14. Membaca pengakuan tasbih mensucikan Allah SWT dan memujiNya selepas bertasbih:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، دَائِمًا قَائِمًا أَبَدًا، اَلحَمْدُ لِلَّهِ
Bermaksud: “Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah; berterusan sentiasa terlaksana selama2nya. Segala puji bagi Allah.” [14]
15. Membaca tahmid sebanyak 10 / 33 kali:
اَلحَمْدُ لِلَّهِ
Bermaksud: “Segala puji bagi Allah.” [15]
16. Membaca pengakuan tahmid memuji Allah SWT selepas bertahmid:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، عَلٰى كُلِّ حَالٍ وَفِي كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ، اَللَّهُ أَكْبَرُ
Bermaksud: “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, atas setiap keadaan dan pada setiap keadaan dan nikmat. Allah Maha Besar.” [16]
17. Membaca takbir sebanyak 10 / 33 kali:
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Bermaksud: “Allah Maha Besar.” [17]
18. Membaca pengakuan takbir membesarkan Allah SWT, memujiNya dan mensucikanNya selepas bertakbir:
اَللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Bermaksud: “Allah Maha Besar, dengan sebenar2 kebesaran; dan segala puji hanya bagi Allah, dengan sebanyak2 pujian; dan Maha Suci Allah, (senantiasa) baik di waktu pagi dan petang.” [18]
19. Membuat pengakuan kekuasaan Allah SWT dan penyerahan diri kepadaNya dengan tahlil:
لَا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: “Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya Dia, yang tiada sekutu langsung bagiNya, bagiNya kekuasaan (mutlak yang sebenar), dan bagiNya segala puji-pujian, Dia Maha Menghidupkan Lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.” [19]
20. Membuat pengakuan kekuasaan Allah SWT dan penyerahan diri kepadaNya dengan hasbalah:
وَحَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ
Bermaksud: “Dan cukuplah bagi kami Allah SWT dan memadai Dia sahaja sebagai Pelindung.” [20]
21. Membuat pengakuan kekuasaan Allah SWT dan penyerahan diri kepadaNya dengan hauqalah:
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Bermaksud: “Dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.” [21]
22. Beristighfar ringkas sebanyak 3 kali:
أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ الْعَظِيمَ
Bermaksud: “Aku memohon keampunan Allah Yang Maha Agung.” [22]
23. Membaca Fatihah:
أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ *
آمِينْ
24. Membaca apa-apa juga doa yang dikehendaki. [24]
Wa sollAllahu ‘ala sayyidina Muhammadin, wa ‘ala alihi wa sohbihi wa baroka wa sallama. Walhamdulillhi Robbil ‘Alamin. Allahu wa Rasuluhu a'lam. [25]
No comments:
Post a Comment