BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Friday, May 08, 2015

Besarnya Ganjaran Pahala Di Bulan Ramadan Melebihi Mati Syahid


Amalan di bulan Ramadhan menyebabkan seseorang itu lebih dahulu ke Syurga berbanding yang mati syahid. Inilah satu kelebihan yang disebut di dalam sebuah hadis Nabi SAW.Oleh kerana gandaan pahala dan rahmat di bulan Ramadhan. Berdoalah agar kita direzekikan beramal dalam bulan ini sebanyak mungkin dengan kualiti yang setinggi boleh.Bagi sesiapa yang rajin, bacalah perincian kisah dua saudara yang masuk Islam bersama-sama, lalu mendapat husnul khatimah, tetapi berbeza darjat disebabkan umur berbeza dan kerana Ramadhan. 
Nabi bersabda:                “Jarak antara keduanya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”
Dari Talhah bin ‘Ubaidillâh bahawa dua laki-laki dari Baliy (cabang suku Qudha’ah-pen) datang kepada Rasulullah SAW dan keduanya masuk Islam bersama-sama. Salah seorang dari keduanya lebih giat daripada yang lain.
Orang yang sangat giat dari keduanya itu ikut berperang lalu mati syahid. Sedangkan yang lainnya hidup setahun setelahnya, lalu meninggal dunia.

Thalhah berkata,

“Aku bermimpi, ketika aku sedang berada di pintu surga, aku melihat keduanya. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari dalam syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati terakhir dari keduanya (untuk masuk syurga lebih dahulu, lalu orang itu masuk lagi ke dalam syurga).
Lalu dia keluar lagi dari syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati syahid (untuk masuk syurga).
Lalu dia menemuiku kemudian berkata,

“Kembalilah, karena sesungguhnya belum datang waktu untukmu (boleh masuk syurga)”.

Besoknya Thalhah menceritakan kepada orang-orang dan mereka kehairanan terhadapnya. Hal itu sampai kepada Rasulullah SAW, mereka menyampaikan cerita itu kepada beliau SAW. Maka beliau SAW bersabda,                                                  “Dari sisi mana kamu hairan?”
Mereka menjawab,
“Wahai Rasulullah SAW, orang yang satu ini lebih kuat amal dari yang lain, lalu dia juga mati syahid, tetapi orang yang terakhir (mati) itu masuk syurga lebih dahulu?”.

Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Bukankah dia (orang yang terakhir mati itu) masih hidup setahun setelahnya?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Beliau bersabda lagi,
“Dan (bukankah) dia telah menemui Bulan Ramadhan lalu berpuasa Ramadhan, dan dia telah melakukan solat sekian banyak sujud di dalam setahun?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Jarak antara keduannya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”.
 Riwayat Ibnu Mâjah. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wat Tarhib, 3/314, no.3366

No comments: