Terdapat beberapa doa yang sangat mustajab
untuk anda baca selepas membaca tahiyyat akhir yakni sebelum memberi salam
ketika melakukan solat. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa hadis sahih yang
diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Antaranya adalah daripada Ibn Masud yang diriwayatkan oleh Bukahri dan Muslim, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”.
Berikut adalah doa-doa yang mustajab dan dikagumi untuk dibaca selepas tahiyat akhir dan sebelum memberi salam ketika solat:
1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka, Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Serta Fitnah Dajjal.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
Allahumma Innii Au’uzubukamin A’zaabijahannam, Wamin A’zaabil Qobr, Waminfitnatil Mahyaa Walmamaat, Waminsyarri Fitnatil Masiihiddajjaal.
Maksudnya:
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.”
(Hadis Riwayat Muslim)
2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Ada Masalah Hutang.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ
الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ
، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Allahumma Innii Au’uzubikamin A’zaabil Qobr, Wa Au’uzubikamin Fitnatil Masiihiddajjaal, Wa Au’uzubikamin Fitnatil Mahyaa Wafitnatil Mamaat, Allahumma Innii Au’uzubikaminal Makthami Walmaghrom
Maksudnya:
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3) Doa Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ
فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.
Allahumma Innii Au’uzubika Minalbukhl, Wa Au’uzubika Minaljubni, Wa Au’uzubikamina An Urodda Ila Arzalil ‘Umr, Wa Au’uzubika Minafitnatiddunyaa Wa A’zaabilqobr.
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur."
(Hadis Riwayat Bukhari)
4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ
الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Allahummaghfirlii Maaqoddamtu Wamaa Akkhortu Wamaa Ashrortu Wamaa Aa’lantu Wamaa Asroftu, Wamaa Anta A’alamubihi Minnii, Antalmuqoddimu Wa Antalmu Akkhiru, Laa Ilaaha Illaa Anta
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1762).
5) Doa Mohon Keampunan Kerana Menzalimi Diri Sendiri.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ
أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).
6) Doa Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allahuma A ‘innii zikrika, Wasyukrika, Wahusni ‘Ibaadatika
Maksudnya:
“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
7) Doa Untuk Memohon Allah Agar Mudahkan Urusan Hisab Di Akhirat Nanti.
اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
Allahumma Haasibnii Hisaaban YasiiroMaksudnya:
“Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
8) Doa Taubat. Sesuai Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا
أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Allahumma Innii Dzolamtu Nafsii Dzulmankasiiron Walaa Yaghfiruzzunuuba Illaa Anta, Faghfirlii Maghfirotan Min ‘Indika, Warhamnii Innika Antal Ghofuururrohiim.
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang."(Hadis Riwayat Bukhari)
9) Doa Mohon Diampunkan Dosa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ
وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ
أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Allahumma Innii As Aluka Yaa Allahul Ahadussomadul Lazii Lamyalid Walamyuulad Walamyakun Lahu Kufuan Ahad, Antaghfirolii Zunuubii Innaka Antal Ghofuururrohiim
Maksudnya:
“Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang ."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
10) Doa Mohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Allahumma Innii As Alukal Jannata Wa A ‘Uuzubika Minannaar.
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Dan jika anda berkongsikan posting ini akan memberi lebih manfaat kepada orang lain. Semoga Allah merahmati kita semua.
Wallahu A’lam
No comments:
Post a Comment