5
Amalan Rasulullah Menjelang Ramadhan Al-Mubarak
Rasulullah saw pernah bersabda :“Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh harapan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Riwayat Bukhari Dan Muslim
Ramadhan yang telah tinggalkan kita setahun lalu, kini
datang kembali membuka ruang dan peluang kepada sekalian manusia meraih pahala
dan keampunan dari Allah swt.
Sebagaimana sabda baginda, bulan Ramadhan adalah bulan
keampunan yang mana Allah swt akan mengampuni dosa, memaafkan kesalahan dan
membebaskan manusia dari neraka.
Justeru, untuk menghargai kehadiran bulan mulia ini
marilah kita berazam untuk meningkatkan amal soleh kita disamping mengharapkan
keampunan dari Allah swt.
Taubat
Taubat
Adalah lebih disarankan kita mensucikan diri kita
terlebih dahulu dengan melakukan solat sunat taubat untuk menyambut bulan mulia
ini. Selain taubat, kita basahkan bibir kita dengan memperbanyakkan zikir dan
istighfar.
Ketika beristighfar, hayati makna istighfar yakni kita
memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun. Sentiasa menghadirkan rasa
berdosa terhadap Allah swt akan dosa-dosa yang telah kita lakukan tahun ini.
Sentiasa hadirkan rasa duka terhadap kesilapan diri
sendiri. Mudah-mudahan dengan itu kita menjalani bulan Ramadhan kelak dengan
hati dan jiwa yang suci dari dosa noda.“Sungguh, Allah menyukai orang
yang bertaubat dan menyukai orang yangmenyucikan diri.”
Al-Baqarah : 222
Muhasabah
Diri
Tempoh yang ada ini sebelum memasuki bulan Ramadhan,
kita cuba mencari masa untuk muhasabah diri kita sepanjang setengah tahun ini.
Marilah kita merenung satu demi persatu perjalanan dan
amalan yang sudah kita lakukan. Bertanya pada diri kita, adakah perjalanan
hidup lebih menuju kebaikan atau sebaliknya?
Amalan sunat kita semakin bertambah atau semakin
berkurang? Adakah akhlak kita semakin membaik atau sebaliknya? Adakah kita
telah melakukan amalan soleh yang membuahkan pahala yang berterusan?
Membaca
Al-Quran
Ramadhan adalah bulan yang mana diturunkan al-Quran
justeru mari kita lebih merapati kalamullah di bulan mulia ini. Jika sebelum
ini kita hanya membaca al-Quran sekali sehari, maka untuk raikan Ramadhan kita
tingkatkan jumlah bacaan dalam sehari.
Jika berazam mahu menghafal al-Quran di bulan
Ramadhan, cuba contohi cara ini.
Pasang MP3 alunan al-Quran surah atau ayat yang ingin
dihafal, dengar dengan baik, kemudian cuba menulis semula tanpa melihat
al-Quran. Tulis berulang kali. InsyaAllah berkesan. Tips ini perkongsian
seorang syeikh merangkap pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.
Ketahuilah, perbuatan paling Rasulullah saw sukai pada bulan Ramadhan adalah mengisi hari-harinya dengan membaca al-Quran, baginda menjadikan sebahagian besar waktunya dengan al-Quran.
Ketahuilah, perbuatan paling Rasulullah saw sukai pada bulan Ramadhan adalah mengisi hari-harinya dengan membaca al-Quran, baginda menjadikan sebahagian besar waktunya dengan al-Quran.
Kreatifkan Sedekah
Ramadhan hadir dalam hidup kita sekali setahun, maka
ambillah peluang bulan barakah ini dengan kreatifkan dan perbanyakkan sedekah.
Sekiranya sebelum ini kita bersedekah kepada tabung masjid, maka Ramadhan ini
kita boleh bersedekah dengan membeli bekalan makanan dan sedekahkan kepada rakan
atau saudara.
Berikan kejutan tersebut dengan menghidangkan makanan
kegemaran mereka. Elok juga kita menziarahi pesakit-pesakit di hospital dan
memberi hadiah kepada pesakit Muslim dan bukan Islam. Gembirakan mereka dengan
pemberian kita.
Rasulullah saw sendiri menjalani hari-harinya di bulan
Ramadhan dengan bersifat dermawan. Yakinlah dengan janji Allah swt akan
membalas setiap perbuatan sesuai dengan apa yang kita lakukan.
Hidupkan
Malam
Mula biasakan diri bangun malam supaya di bulan
Ramadhan kelak lebih mudah kita menghidupkan malam dan memburu Lailatulqadar.
Setkan loceng penggera sejam sebelum waktu Subuh, paling kurang kita dapat
mendirikan solat sunat Tahajjud dan Taubat.
Sekiranya masih mempunyai waktu, bacalah al-Quran,
tadabbur dan muhasabah diri kita.
Apabila tiba Ramadhan, Nabi Muhammad saw melakukan
qiamulail kerana tiada qiamulail yang paling mulia melainkan qiamulail yang
dilakukan pada bulan Ramadhan, tidak ada sujud yang paling mulia selain sujud
yang dilakukan di bulan Ramadhan, tidak ada wuduk, zikir, sedekah, doa dan
tangisan yang paling baik disisi Allah swt selain yang dilakukan pada bulan
Ramadhan kareem.
Ramadhan adalah peluang besar kurniaan Allah swt
kepada sekalian manusia untuk melatih diri menjadi lebih baik. Rugilah kaum Muslimin
yang mengetahui kelebihan Ramadhan kareem namun tidak memanfaatkannya untuk
memohon keampunan, meraih rahmat Allah swt, dan tidak mengharapkan pembebasan
dari api neraka.
Hidupkan Ramadhan dengan memperbanyakkan masa bersama
al-Quran kerana isi kandungan kalamullah adalah pendidikan Rabbani dan cahaya
bagi hati.
Tadabburlah al-Quran sehingga kita mampu menangis
kerana mengakui kebesaran Allah swt yang terkandung di dalamnya.
Mudah-mudahan Allah swt akan menghadirkan kemanisan
dan keberkatan dalam diri kita sepanjang Ramadhan tahun ini.
No comments:
Post a Comment