Pages

Sunday, June 30, 2019

5 SEBAB KENA BANGUN AWAL PAGI

5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:
1. MIND OVER MATTERS:
Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.
Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.
2. MORE PRODUCTIVITY:
Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.
Orang-orang Spartan ada satu pepatah “ He who sweats more in Training, bleeds less in War. ”
Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.
3. STRENGTHEN WILL POWER:
Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.
Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah.
Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.
4. START WITH VICTORY:
Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.
Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.
5. PEACEFUL:
Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.
Robin Sharma kata, “ Achieve more while the world is still sleeping. ”
Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai harini.
Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!
“ The body Achieves what the mind believes. ”
Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!
Mulai esok pagi bangun awai-awai sebaik saja celik biji mata tu sebut dalam hati (Niat dalam-dalam) ya.
1 – InshaAllah hari ini Allah akan bagi kehidupan lebih elok, lebih baik daripada semalam.
2 – InshaAllah hari ini Allah akan beri kebahagiaan kepada aku dan keluarga aku daripada hari-hari sebelum ini.
3 – InshaAllah hari ini Allah akan beri rezeki perniagaan lebih untung daripada kelmarin.
4 – InshaAllah hari ini Allah akan beri untung untuk akhirat daripada kelmarin.
5 – InshaAllah hari ini Allah akan rezekikan aku satu langkah untuk lebih Kaya, Berjaya dan Bahagia di dunia dan akhirat
p/s : InshaAllah amalkan setiap hari dengan sangkaan yang baik ini kepada Allah. InshaAllah Allah akan permudah. Allah akan makbulkan. Kerana Allah akan berurusan dengan kita berdasarkan sangkaan kita oleh itu jom sangkaan yang baik denganNYA..

No comments:

Post a Comment