Pages

Friday, June 14, 2019

Ego dan Sombong


Jauhi Ego Dalam Diri 


EGO ni semua orang tahu yang ianya amat buruk. Takde siapa yang suka orang yang ego. Bahkan, semua orang stress dan tension bila berurusan dengan orang yang ego. Cuma, masalahnya hari ni, ramai orang yang ego, dia tak perasan yang dia sebenarnya ego, bahkan, dia akan anggap orang lain yang ego, padahal sebenarnya dia yang ego.
Siapa yang pernah berurusan dengan orang yang ego ni, mesti korang faham kan? Tapi, saya nak ajak sama-sama kita reflect diri kita. Berkemungkinan kita pun sebenarnya ego. Bahkan, mungkin saya pun boleh terjebak dengan sifat ego ini. Maka, tegur-tegurlah saya.
Secara mudah, semua orang menyampah berurusan dengan orang-orang ego ni. Tension kot. Tapi, masalahnya ialah, ego tu apa actually?
Jom soroti satu persatu.

EGO TU APA?

Kalau korang nak tahu, perkataan lain bagi ego ialah TAKABBUR. So, takabbur tu apa sebenarnya? Hayati hadith ni.
الكبر بطر الحق وغمط الناس
“Takabbur itu ialah MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MANUSIA..”(Hadith Riwayat Muslim)
So, mungkin dari hadith ni, ada yang tak faham lagi kan ego ni apa sebenarnya? Insyallah, saya akan hurai satu persatu TANDA yang kita ni ada sifat EGO, SOMBONG dan TAKABBUR. Jom tengok satu-satu, dan muhasabah sama-sama insyallah.

TANDA-TANDA KITA EGO

Saya akan hurai dalam bentuk point serta bagi contoh-contoh yang realti, supaya korang boleh faham betul-betul insyallah. Saya akan listkan tanda-tanda ego. So, jangan tuding jari pada orang lain lepas ni, check diri…

1) TAK BOLEH TERIMA TEGURAN

Orang yang ego ni, dia susah gila nak terima teguran bila dia buat dosa. Dia akan rasa yang dia tak bersalah, dan dia akan anggap orang yang tegur dia tu yang salah, lantas dia mempertahankan kesalahannya. Sedangkan dah jelas dah yang dia salah.
Kalau dia ADA HUJAH untuk nak mempertahankan kesalahan dia takpe la jugak. Tapi, dia takde satu pun hujah. Contohnya, kalau orang yang tak pakai tudung misalnya, bila kita tegur:“Tutup aurat tu wajib. Marilah kita menutup aurat. Allah memerintah kita semua dalam surah annur supaya tutup aurat. Bagi lelaki, pusat hingga lutut. Bagi wanita, semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.”
Lepas tu mereka jawab:“Apa salahnya tak pakai tudung? Apa salahnya nak free hair? Rilex sudah. Sekarang ni dah moden. Ni hak aku untuk tak pakai tudung. Tak payahla nak paksa-paksa. Kau ingat, orang yang pakai tudung ni baik sangat ke??! Aku dah jumpa ramai orang yang pakai tudung tapi perangai takde akhlak dan biadap. So, janganla judge aku ni jahat hanya kerana aku tak pakai tudung! Jangan pandang luaran la oi!!”
And then kita tanya balik:“Erm… Ada tak dalil dari ayat quran dan sunnah yang membenarkan untuk kita tak tutup aurat?”
Dia jawab:“Ayat quran tentang tutup aurat tu untuk zaman arab tu. Zaman tu sebab padang pasir, kena la tutup rambut semua takut kotor. Sekarang ni dah moden bla bla bla bla…..”
Nampak tak permainan dia? Bila mintak dalil, dia lari topic. Tak bagi apa dalil pun. Apa ke gerun daa…Tapi, tulah. Bila kita ego, kita akan cuba usaha untuk mempertahankan dosa dan kesalahan yang kita buat walaupun kita takde hujah quran, sunnah dan kata-kata ulama’. Kita just ikut akal je, pastu rasa diri hebat dan tak boleh nak dengar teguran orang lain. Apakah?

2) TUDING JARI PADA ORANG LAIN

Tanda kedua kita ego dan susah nak terima teguran ni ialah bila kita buat salah, kita tuding jari kat orang lain, seolah-olah orang lain yang salah dan kita je betul. Apa masalah kita ni sebenarnya? Argh!Saya bagi contoh. Bila ada orang tegur:“Wahai kawan, kau kena berubah. Cukup-cukuplah buat dosa…”
Kita balas:“Weyh, kau tegur hikmahla sikit! Nak tegur pun agak-agakla.  Macamla kau takde dosa. Kau ingat kau tu baik sangat ke?? Nak tegur orang tengokla diri tu dulu bro….”
Aik, dah kenapa? Orang yang tegur tu pulak yang salah. Kesalahan kau, kau tak mengaku pulak? Seoalah-olah kau je yang tak boleh di tegur sebab kau tu takde dosa, dan orang lain tak boleh tegur kau sebab orang lain banyak dosa. Gila ah. Ego tahap kritikal tuuu….
Kalau kita nak berubah, orang tegur kita macam-macam mana pun, kita akan berubah jugak. Tapi kalau dah tak nak berubah, kita akan salahkan orang lain. Tegur lembutpun salah, tegur tegas pun salah, tak tegurpun salah. Habis apa yang betul? Kau je yang betul?
3) SUKA BANDINGKAN SATU DOSA DENGAN DOSA YANG LAIN UNTUK PERTAHANKAN DOSA
Haa. Part ni la yang ramai orang buat. Bila orang tegur kesalahan yang kita buat, kita terus membandingkan dosa yang kita buat dengan dosa yang orang lan=in buat, untuk mempertahankan dosa yang kita buat. Memang comel.Saya bagi contoh yang agak famous. Contohnya bila kita tegur segelintir orang yang obsess kpop ni:“Janganla dengar kpop dan janganlah tengok video kpop tu. Joget-joget, seksi, lepas tu lirik dia semua ada unsur yang tak elok, mengajak pada pergaulan bebas, cintan cintun bagai. Cukup-cukuplah…”
Lepas tu depa jawab:“Apahal kau attack kpop je? Sikit-sikit kpop salah. Abis tu, drama melayu, artis melayu semua tu kau tak tegur??”

Aduh. Kita nak tegur dia pasal kpop sebab dia memang suka tengok kpop dan layan drama korea. Sebab tu kita tegur dia pasal kpop. Lepas tu dia bandingkan dosa dia dengan dosa yang lain. Saya tak cakap pun drama melayu yang bukak aurat bagai tu tak salah. Mereka pun salah.
Contoh lain, bila kita tegur:“Cukup-cukuplah tengok drama melayu mengarut-ngarut tu. Cintan cintun, pergaulan bebas, aurat semua dalam tu. Dah dah la tu… Dosa kot..”
Mereka jawab:“Ala, kau dengki dah kenapa? Habis tu, orang yang tengok drama English, movie-movie bagai tu kau tak nak tegur?!”
Aduh.. Sejak bila kita cakap tak nak tegur? Ataupun, contoh lain, kat asrama misalnya:
“Janganlah mencarut. Mencarut tu dosa…”
Lepas dia jawab:
“Ala, senior mencarut  boleh? Takkan kitorang tak boleh? Tegurla senior jugak!”
Nampak tak apa yang saya nak maksudkan? Sepatutnya kita kena syukur bila Allah hantar orang untuk tegur kita. Bukan ego dan membandingkan dosa yang kita buat tu dengan dosa orang lain. Seolah-olah dosa yang kau buat tu tak salah, dosa yang orang lain buat tu salah. Lagi satu, jangan anggap orang yang tegur kita tu tak tegur orang lain. Sepatutnya kau kena rasa beruntung bila orang tu tegur kau dulu. Sebab dia tahu kau ada harapan nak berubah. Fahamkan?

4) MERENDAHKAN ORANG LAIN

Ni pun tanda ego. Contohnya, bila ada orang tegur kita, kita balas:
“Kau siapa nak tegur aku? Belajar pun tak habis, exam markah teruk, nak tegur-tegur orang. Haha… Tengok diri kau dulu la beb…”
“Haha… Kau tu ilmu cetek. Ada hati nak tegur aku…..”
“Kau tu muda lagi….Tak payahla nak cakap bab-bab agama ni…”
Dan sebagainya.
Wahai kawan. Kalau benda yang kita buat tu salah, tak kisahla siapa-siapa pun tegur kita, terimala teguran tu. Lainla kalau kita tak salah. Ni, kita dahla salah, takde hujah, lepas tu guna hujah yang merepek untuk pertahankan kesalahan, lepas tu pandang rendah orang yang menegur kita. Dah kenapa??
Mulia sangat ke kita sampai kita nak memandang hina orang lain?
5) SUKA MENCARUT
Ni pun satu hal. Nabi saw bersabda:
بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
“Cukuplah seseorang dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim..”(H.R. Muslim)
Sebenarnya bila kita suka mencarut, membodohkan orang, membabikan orang, membangangkan orang, mengsialkan orang, keluar kata-kata lucah, kutuk mak bapak orang, itu adalah TANDA SOMBONG. Janganlah mencarut. Mencarut tu tanda iman masalah. Sebab, hati yang kotor sahaja yang akan keluarkan kata-kata kotor. Bukan cool pun kalau mencarut. Serius, langsung tak hensem.

TIPU DAYA IBLIS TERHADAP ORANG YANG BERILMU

Ramai juga di kalangan orang berilmu yang ego, sombong dan takabbur. Mereka rasa hebat dengan ilmu mereka, puas hati dengan ilmu, lepas tu memandang rendah, menghina, serta memalukan orang yang tak sependapat dengannya dengan kata-kata nista dan pandangan yang menghina. Benda ni sangat bahaya! Bahaya gila gila bapak punya bahaya! Bahkan, kesombongan orang berilmu, pendakwah dan yang sama waktu dengannya amatlah buruk.Berkata Imam Azzahabi:“Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut, tidak  bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu memperbaiki  dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohi dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar dzarrah (biji sawi)…”
Sebab tu, kita kena usaha untuk sentiasa koreksi, check hati kita selalu. Takut-takut, kita terjebak dengan perkara ini tanpa kita sedar..
PESANAN SUPAYA RENDAH DIRI
Saya ingin memesan beberapa perkara supaya sama-sama kita usaha untuk rendahkan diri.1) Cuba korang fahami dengan mata hati ayat quran ni:
“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat ..“(Al Mujadilah: 11)
Apa yang korang faham?
Dalam ayat ni, Allah sebut bahawa ORANG BERIMAN dan BERILMU akan di naikkan darjat. Dan, tahukah kalian, tanda seseorang itu berilmu ialah dia tidak sombong dan TAWADHUK(rendah diri)?“Termasuk buah dari lmu yang paling agung adalah sikap tawadhu’. Tawadhu’ adalah ketundukan secara total terhadap kebenaran, dan tunduk terhadap perintah Allah dan rasul-Nya dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah…”(Bahjatu Qulubil Abrar)
Ramai orang ingat, bila dia ego, sombong gila bapak, dia MULIA. Dia bangga bila dia dapat rendahkan orang lain, mengutuk orang, mencaci orang, mengaibkan orang, merendahkan orang dan sebagainya. Tapi, sebenarnya mereka langsung tak mulia.
Orang sombong ni ibarat burung. Semakin burung terbang tinggi ke langit, semakin ia di pandang kecil. Sama juga macam kita. Lagi kita meninggi diri, lagi manusia akan pandang kita ni hina dan kecil. Bukan di sisi manusia je, bahkan Allah pun anggap kita ni kecil dan hina.
2) Imam Hajar menyebut dalam kitab Fathul Bari:“Tawadhu’ adalah menampakkan diri lebih rendah pada orang yang ingin mengagungkannya. Juga, ada yang mengatakan bahwa tawadhu’ adalah memuliakan orang yang lebih mulia darinya.”
3) Imam Hasan Albasri menyebut:
هل تدرون ما التواضع؟ التواضع: أن تخرج من منزلك فلا تلقى مسلماً إلا رأيت له عليك فضلاً
“Tahukah kalian apa itu tawadhu’? Tawadhu’ adalah engkau keluar dari kediamanmu lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa bahwa ia lebih mulia darimu.”
4) Yahya bin Ma’in berkata:
“Aku tidaklah pernah melihat orang semisal Imam Ahmad! Aku telah bersahabat dengan beliau selama 50 tahun, namun beliau sama sekali tidak pernah menyombongkan diri terhadap kebaikan yang ia miliki.”Fuh. Subhanallah….
Moga pesanan ulama’ ini memberi manfaat buat kita semua!

KESIMPULAN

Saya rasa, isu ego dan takabbur ini isu yang sangat besar. Kerana apa? Kerana ia berkaitan dengan syurga dan neraka. Bila saya baca hadis nabi saw tentang takabbur, saya pun sentap, takut dan meremang.
Sungguh. Cuba korang ulang-ulang baca pesanan nabi ni setiap kali kita nak sombong.“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi…”(HR Muslim)
Juga, cuba korang fahami apa yang Allah ungkapkan dalam Alquran:“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan mereka-mereka  yang kafir.“(Al Baqarah:34)
Di sebabkan ego dan sombong, merasakan diri lebih baik dari orang, tak boleh terima kebenaran, maka Iblis di laknat oleh Allah sampai hari kiamat dan di halau dari syurga. Takut-takut, kalau kita pun ada sifat ni, kita pun akan di laknat dan tak dapat masuk syurga serta bersama iblis. Nauzubillah. Ya Allah, peliharalah kami!

Sebab itu benda ni sangat serius dan tak boleh main-main. Saya dan korang kena check balik diri masing-masing. Sungguh.
Pesanan akhir saya:
“Jika ada orang tegur kita, sebelum melenting dan menyalahkan orang yang menegur, muhasabah diri semula, akurlah dengan kesalahan, berubahlah, terimalah kebenaran. Kepada yang menegur pula, janganlah sampai menghina…”
https://dukulangsat.com/jauhi-ego-dalam-diri-dan-ini-5-tanda-untuk-semak-kalau-kita-sebenarnya-ego-tanpa-sedar/

No comments:

Post a Comment