Adab Menjaga Lidah
DARI Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke surga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Kemampuan berbicara adalah salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada manusia untuk berkomunikasi dan menyampaikan keinginan-keinginannya. Ungkapan yang keluar dari mulut manusia berbentuk ucapan baik, kata-kata buruk, kejian, pujian dan sebagainya yang akan membawa kepada neraka dan punca peroleh syurga Allah. Itu semua berpunca daripada satu anggota yang kecil dan tersembunyi iaitu lidah.
Sesungguhnya anggota yang bernama lidah itu merupakan anggota yang paling akhir berfungsi bagi seorang bayi melalui kebolehan berkata-kata. Namun begitu,lidah ini menjadi antara anggota manusia yang paling awal hancur setelah dikebumikan. Begitulah percaturan hidup lidah manusia bagi menunjukkan betapa ia perlu dijaga dengan baik dan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Imam Al-Ghazali menulis menerusi Ihya’ Ulumuddin membahaskan secara lengkap perihal bahaya lidah ini bagi menunjukkan peripentingnya menjaga lidah dan bahaya yang boleh menimpa seseorang hanya dengan lidah ini. Maka benar, bak kata pepatah “lidah tidak bertulang” yang mampu mendatangkan sukar jika tidak dikawal.
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) dan nabi kaitkan hadis ini dengan rukun iman yang paling tinggi iaitu beriman kepada Allah menerusi sabdanya, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat…” Ia membuktikan besarnya tanggungjawab menjaga lidah sehinggakan di beri peringatan jika tidak ada sebarang keperluan untuk berkata-kata, diam adalah jalan terbaik.
Mengambil contoh para sahabat dan ulama menjaga lidah mereka. Saidina Abu Bakar as-Siddik antara amalan beliau dalam menjaga lidah dengan meletakkan batu di dalam mulut supaya kurang bercakap. Ustaz Basir berpendapat, pada zaman ini batu-batu itu perlu dialihkan kepada jari-jemari manusia kerana dalam era moden ini fungsi jari seumpama lidah malah lebih lagi dalam memperkata serta mengungkapkan sesuatu.
Dari Ibnu Abbas r.a, Baginda nabi SAW suatu hari tatkala berjalan melewati dua buah kuburan, tiba-tiba Rasulullah mematahkan pelepah kurma dan ditanamkan di atas kubur. Lalu sahabat bertanya, ”Wahai, Rasulullah. Mengapa Rasul melakukan ini?” lantas Baginda bersabda, ”Sungguh keduanya sedang disiksa. Mereka disiksa bukan karena perkara besar (dalam pandangan keduanya). Salah satu dari dua orang ini semasa hidupnya tidak beristinja’ dengan sempurna. Sedangkan yang satu lagi, dia tidak menjaga lidah dengan menfitnah dan mengadu domba.”
Tidak menjaga lidah dalam berkata-kata boleh dikategorikan sebagai kufur atas nikmat Allah kerana ramai lagi manusia yang Allah kurniakan lidah tetapi tidak boleh bercakap. Dalam pada itu, ada individu yang fasih bercakap tetapi kelu pada waktu-waktu tertentu. Justeru, syukuri nikmat lidah dan kemampuan berbicara dengan menjaga kata-kata.
Imam Ghazali Rahimahullah ada menggariskan kegunaan lidah buat manusia iaitu untuk berzikir mengingati Allah, bagi tilawah al-quran, berselawat, beri nasihat serta bercakap benda-benda yang baik. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Daripada baiknya Islam yang ada pada seseorang iaitu antara tanda seorang muslim itu memiliki akhla yang baik, adalah dengan meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengannya”. Oleh itu, tinggalkan daripada memperkatakan sesuatu yang tiada kaitan dengan diri atau tidak mahir tentangnya. Hindarkan daripada berbicara sebelum mengkaji dengan teliti.
Bagi yang berilmu, Ustaz Basir berpesan agar tidak malu menyebut ‘tidak tahu’ pada perkara diluar kemampuan ilmunya. Waimah malaikat juga akur dengan ketidakmampuannya dengan berkata, “Maha suci Engkau Ya Allah, Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami…” inikan pula manusia yang banyak melakukan kesilapan. Salah satu cara untuk beradab menggunakan lidah dalam kalangan ilmuan adalah dengan menyebut ‘Allahu’alam’ ketika ingin membicarakan sesuatu di luar cakupan ilmu yang dimiliki atau diluar bidang pengetahuannya.
Elemen lain yang memanfaatkan lidah adalah gurauan. Islam tidak menidakkan gurauan sepertimana kisah Saidina Ali dan biji kurma. Suatu hari, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a sedang iftar. Setiap kali mereka makan sebuah kurma, mereka menyisihkan biji- biji sisanya di tempatnya masing- masing. Tiba-tiba Saidina Ali menyadari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma dan biji- biji kurma menumpuk lebih banyak di sisi Saidina Ali dibandingkan di sisi Rasulullah. Maka Saidina Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah. Kemudian Saidina Ali r.a dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu.” Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma bersama-sama biji-bijinya”. (Riwayat al-Bukhari). Para Ulama tasauf mengariskan bahawa gurauan dibolehkan tetapi elakkan daripada bergurau kepada perkara-perkara yang menyakitkan orang lain.
Sesungguhnya tiada satu pun perkataan yang terzahir terlepas daripada catatan Allah sebagaimana firmanNya, “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf ayat 18). Sesungguhnya bukan sahaja perkataan malah perbuatan yang menamsilkan perkataan seperti jari-jemari juga tidak lari dari pandangan Allah, catatan malaikat yang taat dan pertimbangan neraca Allah Taala di akhirat kelak yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada diri.
HADIS-HADIS PERINTAH MENAHAN LISAN (RIYADHUS SALIHIN)
بسم الله الرحمٰن الرحيم
Hadis ke-1511:وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه – عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ» متفق عَلَيْهِوهذا صَريحٌ في أنَّهُ يَنْبَغي أَنْ لا يَتَكَلَّمَ إِلاَّ إِذَا كَانَ الكلامُ خَيرًا، وَهُوَ الَّذِي ظَهَرَتْ مَصْلَحَتُهُ، ومَتَى شَكَّ في ظُهُورِ المَصْلَحَةِ، فَلاَ يَتَكَلَّمDaripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Imam Al-Nawawi memberi komentar: “Hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas kemaslahatannya. Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara.”
Maka apabila kita hendak bercakap, sentiasa hanya bercakap benda yang baik. Kalau tidak ada benda yang baik, dituntut supaya kita diam. Ini bererti, hendaklah kita berfikir dulu sebelum kita bercakap. Bukan cakap dulu baru fikir.
‘Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara’. Ia membawa maksud bahawa dia fikir dulu sebelum dia mengucapkan sesuatu. Kalau ia jelas ada kebaikan, baru dia bercakap. Kalau terlintas di fikirannya sama ada ucapan itu bermanfaat atau tidak, maka hendaklah dia diam.
Jalan selamat adalah diam. Bukan seperti mana yang biasa orang kata, ‘Cakap je lah, mana tahu baik’. Itu tidak ada istilahnya dalam syarak. Syarak mengatakan seperti mana dalam hadis tadi, ‘Hendaklah dia berkata baik, atau diam’. Kalau ragu-ragu, jalan selamat adalah diam.
Hadis ke-1512:وعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ» متفق عَلَيْهِDaripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Orang Islam yang paling baik adalah orang Islam yang menjaga lidahnya dan juga tangannya dari mengganggu orang lain. Menjaga tangan maknanya daripada perbuatan memukul, mengambil harta orang, macam-macam lagi. Menjaga lisan maknanya dari kata-kata/ucapanyang boleh menyakiti orang. Maka menjaganya dengan menggunakannya dalam hal-hal yang sentiasa baik.
Hadis ke-1513:وعن سهل بن سعد، قَالَ: قَالَ رسُولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم: «مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الجَنَّةَ» متفق عَلَيْهِDaripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallambersabda, “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)
Rasulullah memberi satu kiasan di dalam hendak mengingatkan umat Baginda supaya menjaga lidah. Baginda mengatakan ‘Barangsiapa yang dapat menjaga apa yang berada di antara dua rahangnya’ iaitu lidahnya, ‘dan apa yang berada di antara dua kakinya’ iaitu kemaluannya, ‘maka aku menjamin untuknya Syurga’.
Persoalan, kenapa Rasulullah tidak terus kata ‘Barangsiapa yang menjamin untukku lidah dan kemaluannya’? Kenapa Baginda berkias? Tujuannya adalah supaya kita ambil perhatian, supaya kita berfikir. Sebab kalau ucapan itu dimudahkan, orang akan mengambil mudah. Kita bagi contoh, kalau kita nak orang itu ambil perhatian apa yang kita pesan kepadanya, “Mat, kalau engkau nak buat sesuatu, gunakan apa yang ada di antara dua telinga engkau.” Orang itu akan fikir, di antara dua telinga ada apa?
Tujuannya untuk menarik perhatian, supaya kita ingat apa yang dikata. Seperti mana kadangkala apabila Rasulullah ingin menjelaskan sesuatu, Baginda akan bertanya dahulu. Contoh, “Tahukah kamu siapa yang muflis?” “Tahukah kamu apa itu ghibah?” “Tahukah kamu siapa yang datang tadi?” (dalam hadis Jibril). Kenapa Rasulullah tanya sedangkan Baginda tahu sahabat memang tidak ada jawapannya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian.
Hadis ke-1514:وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه: أنَّه سمع النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – يقول: «إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ» متفق عَلَيْهِ.ومعنى: «يَتَبَيَّنُ» يُفَكِّرُ أنَّها خَيْرٌ أم لا.Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallambersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kandungan hadis:
- Beratnya hasil buruk yang diperolehi oleh seseorang akibat tidak menjaga lidah, akibat mengucapkan satu perkara yang tidak baik. Hanya satu perkataan menyebabkan dia masuk ke dalam api Neraka yang jarak kedalamannya lebih jauh daripada timur dan barat.
- Hadis ini juga menunjukkan bahawa Neraka ada peringkatnya. Seperti mana Syurga berperingkat, Neraka juga berperingkat. Dalam bahasa Arab disebut darajat (peringkat ke atas) bagi Syurga, manakala bagi Neraka disebut darakat (tingkatan-tingkatan ke bawah).
- Darjat yang terbaik adalah yang teratas. Darjat tertinggi bererti kedudukan yang paling baik. Adapun Neraka, yang paling buruk adalah yang paling bawah.
Hadis ke-1515:وعنه، عن النبيّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ الله تَعَالَى مَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجاتٍ، وإنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلَمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا في جَهَنَّمَ». رواه البخاريDaripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda. “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu kata-kata yang diredhai Allah tanpa dia menaruh perhatian padanya maka Allah mengangkatnya lantaran ucapannya itu beberapa darjat. Dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam Neraka Jahannam.” (Riwayat Al-Bukhari)Hadis ke-1516:وعن أَبي عبد الرحمان بِلالِ بن الحارِثِ المُزَنِيِّ – رضي الله عنه: أنَّ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «إنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللهِ تَعَالَى مَا كَانَ يَظُنُّ أَنْ تَبْلُغَ مَا بَلَغَتْ يَكْتُبُ اللهُ لَهُ بِهَا رِضْوَانَهُ إِلَى يَومِ يَلْقَاهُ، وإنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ مَا كَانَ يَظُنُّ أَنْ تَبْلُغَ مَا بَلَغَتْ يَكْتُبُ الله لَهُ بِهَا سَخَطَهُ إِلَى يَوْمِ يَلْقَاهُ». رواه مالك في المُوَطَّأ، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيحDaripada Abu Abdurrahman Bilal bin Al-Harits Al-Muzani radhiyallahu ‘anh, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seseorang berkata-kata dengan kalimah yang diredhai Allah sementara dia tidak mengira bahawa ucapannya akan berakibat seperti itu, nescaya Allah akan mencatat untuknya keredhaanNya kerana ucapannya itu sehingga pada hari dia akan menemuiNya. Dan sesungguhnya seseorang berkata-kata dengan kalimah yang dimurkai Allah tanpa dia sangka bahawa ia akan berakibat seperti itu nescaya Allah akan mencatatkan kemurkaanNya kerana ucapannya itu sehingga pada hari dia menemuiNya.” (Riwayat Malik dalam Al-Muwattha’, Al-Tirmizi, dan dia berkata: Hasan Sahih)
Kandungan hadis:
- Wajib merenungi dan memikirkan semua perkataan dan perbuatan.
- Sikap lalai terhadap murka Allah akan menjerumuskan ke dalam Neraka, itulah sejelek-jelek tempat tinggal.
- Meremehkan dosa dan perbuatan maksiat boleh menyebabkan pelakunya terjerumus dalam kebinasaan.
Hadis ke-1517:وعن سفيان بن عبد الله – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ الله حدِّثني بأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ قَالَ: «قلْ: رَبِّيَ اللهُ ثُمَّ اسْتَقِمْ» قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ، مَا أخْوَفُ مَا تَخَافُ عَلَيَّ؟ فَأَخَذَ بِلِسانِ نَفْسِهِ، ثُمَّ قَالَ: «هَذَا». رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيحDaripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata: “Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi dan dia berkata: Hasan Sahih)
Kandungan hadis:
- Menunjukkan kegigihan sahabat dalam mempelajari kebaikan.
- Istiqamah adalah dengan ilmu dan amal, seperti mana yang terangkum dalam hadis riwayat Al-Tirmizi yang menerangkan bahawa istiqamah adalah ilmu, manakala dalam riwayat Muslim diterangkan bahawa istiqamah adalah amal.
- Setelah Nabi memerintahkan untuk istiqamah, Baginda berpesan agar menjaga lidah. Ini mengacu kepada sabda Nabi dalam riwayat lain, “Iman seorang hamba tidak dapat istiqamah sampai hatinya mampu istiqamah, sedang hati tidak dapat istiqamah, sampai lidahnya mampu istiqamah.” (Hasan, riwayat Ahmad)
Hadis ke-1519:وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رسول الله – صلى الله عليه وسلم: «مَنْ وَقَاهُ اللهُ شَرَّ مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ، وَشَرَّ مَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ دَخَلَ الجَنَّةَ». رواه الترمذي، وقال: حديث حسنDaripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang dilindungi oleh Allah dari kejelekan antara dua rahangnya dan kejelekan antara dua kakinya maka dia akan masuk Syurga.” (Riwayat Al-Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan)Hadis ke-1520:وعن عقبة بن عامرٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: «أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ». رواه الترمذي، وقال: حديث حسنDaripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan?” Baginda bersabda, “Tahanlah lisanmu, dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosamu.” (Riwayat Al-Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan)Hadis ke-1521:وعن أَبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – عن النبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «إِذَا أصْبَحَ ابْنُ آدَمَ، فَإنَّ الأعْضَاءَ كُلَّهَا تَكْفُرُ اللِّسانَ، تَقُولُ: اتَّقِ اللهَ فِينَا، فَإنَّما نَحنُ بِكَ؛ فَإنِ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنَا، وإنِ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنَا». رواه الترمذي.Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda, “Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata, “Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok.” (Hasan, riwayat Al-Tirmizi)
Kandungan hadis:
- Kepentingan menjaga lidah demi keselamatan seseorang. Lidah biasanya menjadi penterjemah dan juru bicara kepada hati. Apa yang ada dalam hati biasanya akan muncul melalui lidah.
- Anggota tubuh manusia saling bergantung antara satu sama lain. apabila satu melakukan kesalahan, ia akan berpengaruh kepada anggota yang lain.
Hadis ke-1522:وعن مُعَاذٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَخْبِرْني بِعَمَلٍ يُدْخِلُني الجَنَّةَ وَيُبَاعِدُني مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: «لَقَدْ سَألتَ عَنْ عَظيمٍ، وإنَّهُ لَيَسيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وتُؤتِي الزَّكَاةَ، وتَصُومُ رَمَضَانَ، وتَحُجُّ البَيْتَ» ثُمَّ قَالَ: «ألاَ أدُلُّكَ عَلَى أبْوابِ الخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَما يُطْفِئُ المَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ» ثُمَّ تَلا: {تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ المَضَاجِعِ} حَتَّى بَلَغَ {يَعْمَلُونَ} ثُمَّ قَالَ: «ألا أُخْبِرُكَ بِرَأسِ الأَمْرِ، وَعَمُودِهِ، وَذِرْوَةِ سِنَامِهِ» قُلْتُ: بَلَى يَا رسولَ اللهِ، قَالَ: «رَأسُ الأمْر الإسْلامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةِ سِنَامِهِ الجِهادُ» ثُمَّ قَالَ: «ألاَ أُخْبِرُكَ بِمِلاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ!» قُلْتُ: بلَى يَا رَسولَ اللهِ، فَأخَذَ بِلِسانِهِ وقال: «كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا» قُلْتُ: يَا رسولَ الله وإنَّا لَمُؤاخَذُونَ بما نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فقالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ! وَهَلْ يَكُبُّ الناسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟». رواه الترمذي، (1) وقال: «حديث حسن صحيح»، وَقَدْ سبق شرحه في باب قبل هَذَاDaripada Mu’az radhiyallahu ‘anhudia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, khabarkan aku sebuah amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam Syurga dan menjauhkanku dari Neraka.” Baginda bersabda, “Engkau telah bertanya suatu yang sangat agung, dan sesungguhnya hal itu adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah Ta’ala: Sembahlah Allah dan jangan engkau mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dirikanlah solat, tunaikan zakat, puasa Ramadan, dan tunaikan haji.” Kemudian Baginda bertanya, “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadam api, dan solatnya seseorang pada tengah malam.”Kemudian Baginda membaca ayat: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap. Mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami beri kepada mereka. Tidak ada seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (nikmat yang pelbagai) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Sajdah: 16-17)Kemudian Baginda bersabda, “Mahukah kamu aku khabarkan pokok segala perkara, tiang dan puncaknya?” Aku berkata, “Tentu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian Baginda bersabda, “Mahukah aku khabarkan kepadamu kunci untuk semua itu?” Aku menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Baginda memegang lidahnya seraya berkata, “Jagalah ini.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dihisab kerana ucapan kita?” Baginda bersabda, “Ibumu kehilanganmu! Tidakkah manusia tersungkur ke dalam Api Neraka di atas mukanya kecuali hasil dari lidah mereka?” (Riwayat Al-Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan sahih)
Kandungan hadis:
- Pertanyaan yang cukup agung/besar: kerana masuk syurga dan selamat dari neraka adalah hal yang sangat besar.
- Betapa besar dan beratnya suatu urusan, namun apabila dia mendapat taufiq, nescaya hal itu akan dipermudahkan baginya. Taufiq hanya diperoleh dengan memohon daripada Allah, dengan itu urusan tersebut menjadi ringan dan mudah.
- Petunjuk dalil: ‘Seseorang itu tersungkur ke dalam api Neraka di atas wajahnya hasil dari lidahnya’. Menunjukkan bahawa banyak bicara menimbulkan kerosakan yang tidak terhitung.
- Dianjurkan meninggalkan perbicaraan yang tidak penting, kerana banyak bicara mendatangkan banyak salah, dan banyak salah pasti banyak dosanya.
- Setiap orang akan diminta pertanggungjawaban atas semua ucapannya, baik bersifat serius ataupun sekadar gurauan.
- Penghinaan terhadap orang yang dimasukkan ke dalam Neraka adalah dengan dihumban wajah atau hidungnya, kerana wajah adalah anggota tubuh yang paling dihormati. Semoga Allah menyelamatkan kita semua pada hari kiamat kelak.
(Rujukan: Syarah Riyadhus Salihin, Syeikh Salim bin Eid Al-Hilali)
وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
12 Keutamaan Menjaga Lisan dalam Islam
Anda pasti pernah mendengar peribahasa yang mengatakan bahwa “lidah lebih tajam daripada pedang”. Ya, hal itu memang benar. Allah SWT memberikan karunia lisan kepada manusia untuk berbicara. Tentu saja karunia tersebut amat luar biasa. Namun sayangnya, banyak dari kita yang sulit mengendalikan lisan.
ads
Saudariku, berhati-hatilah terhadap lisan karena sebuah ucapan bisa menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Apabila kita tidak mengetahui sebuah perkara dengan pasti, sebaiknya kita diam saja. Dan janganlah kita mengucapkan perkataan yang menyakiti hati orang lain, sekalipun itu hanya candaan. Sebab di akhirat kelak, segala apa yang kita ucapkan dengan lisan pasti akan dimintai pertanggung jawaban.
Allah Ta’ala berfirman: “Tiada satu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS Qaf: 18).
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS. Al-Isra: 36)
Baca juga:
Rasullulah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga memperingatkan manusia agar tak banyak bicara, kecuali berbicara untuk hal-hal yang penting, bermanfaat ataupun untuk mengingat Allah SWT.
“Janganlah kamu sekalian memperbanyak bicara selain berzikir kepada Allah; sesungguhnya memperbanyak perkataan tanpa zikir kepada Allah akan mengeraskan hari, dan sejauh-jauh manusia adalah yang hatinya keras.” (HR. Tirmidzi).
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Imam Al-Syafi‘i menjelaskan pula:“Apabila seseorang ingin berbicara, hendaklah berpikir dulu. Bila jelas maslahatnya maka berbicaralah, dan jika dia ragu maka janganlah dia berbicara hingga nampak maslahatnya.”
Berikut ini beberapa keutamaan menjaga lisan dalam islam yang harus diketahui. Simak terus ya!
- Memiliki kedudukan tinggi sebagai muslim
Keutamaan menjaga lisan yang pertama yakni menjadikan kita sebagai seorang muslim yang berkedudukan tinggi di mata Allah Ta’ala. Dengan menjaga lisan kita akan terhindar dari perkataan-perkataan dosa yang bisa berujung pada dosa.
Suatu hari Rasulullah Saw. ditanya, “Siapakah Muslim yang paling utama?” Beliau menjawab,“Orang yang bisa menjaga lisan dan tangannya dari berbuat buruk kepada orang lain.” (HR. Bukhari).
- Dijanjikan surga
Orang-orang yang mampu menjaga lisannya dari ucapan buruk dan tidak berguna juga dijanjikan surga oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan dalam suatu hadist:
Dari Sahl bin Sa’ad ra., Rasulullah Muhammad saw bersabda: “Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya – yakni mulut atau lidah – serta antara kedua kakinya – yakni kemaluannya, maka saya memberikan jaminan syurga untuknya.” (HR. Al-Bukhari)
Orang-orang yang mampu menjaga lisannya dari ucapan buruk dan tidak berguna juga dijanjikan surga oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan dalam suatu hadist:
Dari Sahl bin Sa’ad ra., Rasulullah Muhammad saw bersabda: “Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya – yakni mulut atau lidah – serta antara kedua kakinya – yakni kemaluannya, maka saya memberikan jaminan syurga untuknya.” (HR. Al-Bukhari)
Baca juga:
- Cara Menghapus Dosa Zina
- Murtad Dalam Islam
- Menahan Nafsu di Bulan Ramadhan
- Cara Membuat Hati Ikhlas
- Cara Menghindari Riba
- Dijauhkan dari neraka jahannam
Untuk pembicaraan yang tidak jelas maslahatnya, atau mungkin ia tidak memiliki ilmu dalam bidang tersebut, maka sebaiknya seorang hamba diam saja. Berbicara sesuatu yang salah atau buruk justru membuat ia terjerumus ke dalam neraka jahannam.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka Jahannam.” (HR. Al-Bukhari)
- Dijauhkan dari kebinasaan
Rasulullah SAW menjelaskan bahwa orang-orang yang berbicara tanpa berpikir dan tidak mampu menjaga lisannya, maka ia akan binasa di akhirat. Bahkan wajahnnya akan tersungkur dalam neraka.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berbincang dengan Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu: “Maukah kuberitahukan kepadamu tentang kunci semua perkara itu?” Jawabku: “Iya, wahai Rasulullah.” Maka beliau memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini”. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami dituntut (disiksa) karena apa yang kami katakan?” Maka beliau bersabda, “Celaka engkau. Adakah yang menjadikan orang menyungkurkan mukanya di dalam neraka selain ucapan lisan mereka?” (HR. Tirmidzi)
Baca juga:
- Cara mengatasi despresi menurut islam
- Cara Agar Hati Tenang Dalam Islam
- Hati nurani menurut islam
- Sifat marah dalam islam
- Penyebab Hati Gelisah Menurut Islam
- Meningkatkan iman
Seseorang yang banyak diamnya dan tak suka mengumbar ucapan yang sia-sia, biasanya ia lebih sering menghabiskan waktunya untuk berpikir. Apabila ia berpikir tentang kebesaran Allah SWT, mengingat akan nikmat yang telah didapat, mengingat kematian, maka kadar keimanannya pun juga akan bertambah.
Menjaga lisan termasuk dalam perbuatan yang meningkatkan iman seseorang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Ra, bahwasahnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Baca juga:
- Iman dalam islam
- Cara meningkatkan iman dan taqwa
- Hubungan akhlak dengan iman dan ihsan
- Hubungan akhlak dan iman
- Tingkatan iman dalam islam
- Rukun iman
- Hikmah beriman pada malaikat
- Amalan sedekah yang mendatangkan pahala
Perbuatan yang termasuk dalam menjaga lisan tidak hanya menjauhi perkataan berdosa ataupun diam. Tetapi juga menyampaikan kebaikan. Ketika seseorang mengucapkan sesuatu yang bermanfaat, seperti menyampaikan ayat-ayat Al-Quran atau dengan kata lain berdakwah lewat lisan, maka orang tersebut akan mendapatkan pahala. Perbuatannya tersebut dianggap sebagai sedekah. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam:
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Dalam hadist lain, Rasulullah SAW juga bersabda: “Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).
- Keutamaan sedekah di bulan ramadhan
- Keutamaan Doa Kanzul Arasyi
- Keutamaan Shalat Hajat
- Keutamaan Membaca Al Quran di Bulan Ramadhan
- Keutamaan Ayat Seribu Dinar
- Keutamaan Al Waqiah
- Menghindari sifat keras hati
Keutamaan menjaga lisan selanjutnya adalah untuk menghindari sifat keras hati. Umumnya seseorang yang banyak berbicara dan suka mengumbar-umbar perkataan dosa, hatinya dipenuhi dengan penyakit. Mereka itu orang-orang yang berhati keras. Tidak mudah menerima nasehat. Bahkan jika mendengar firman Allah (Al-Quran) hatinya sama sekali tak bergetar. Naudzubillah mindzalik.
Dari Ibnu Umar ra., katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Janganlah engkau semua memperbanyak kata, selain untuk berzikir kepada Alloh Ta’ala, sebab sesungguhnya banyaknya pembicaraan kerasnya hati dan sesungguhnya sejauh – jauh manusia dari Alloh ialah yang berhati keras, yakni enggan menerima petunjuk baik.” (HR. At Tirmidzi)
- Menyelamatkan diri dari dosa
Selain menunaikan sholat, puasa dan mengaji, cara lain untuk menyelamatkan diri dari dosa serta azab kubur yakni dengan menjaga lisan. Daripada mengunjing atau membicarakan sesuatu yang tak bermanfaat, akan lebih baik jika kita diam serambi memperbanyak istighfar.
Dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, dia berkata, “Aku bertanya, wahai Rasulallah, apakah sebab keselamatan?” Beliau menjawab, “Kuasailah lidahmu, hendaklah rumahmu luas bagimu dan tangisilah kesalahanmu”. (HR. Tirmidzi)
Baca juga:
- Dosa Besar Dalam Islam
- Hal Hal Yang Menghapus Amal Ibadah
- Zina Dalam Islam
- Wanita dalam Pandangan Islam
- Siksa neraka bagi wanita
- Diangkat derajatnya oleh Allah SWT
Menjaga lisan dengan memperbanyak mengingat Allah SWT, berdizikir, mengucap asma-asma Allah Ta’ala dan berucap kebaikan-kebaikan akan membuat kita diridhai oleh Allah SWT. Dan Allah juga akan meninggikan derajat seseorang yang mampu menjaga lisannya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Ra, bahwasahnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat dari apa yang diridhai Allah yang dia tidak menganggapnya (bernilai) ternyata Allah mengangkat derajatnya karenanya.” (HR. Al-Bukhari).
- Memperoleh ridha Allah SWt di akhirat
Keutamaan menjaga lisan juga membuat kita memperoleh ridha Allah Ta’ala di akhirat kelak. InsyaAllah kita akan mendapatkan surga dan dapat bertemu dengan Allah SWT.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya seseorang berbicara dengan satu kalimat yang diridhai oleh Allah dan dia tidak menyangka akan sampai kepada apa (yang ditentukan oleh Allah), lalu Allah mencatat keridhaan baginya pada hari dia berjumpa dengan Allah.” (HR At Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Imam Malik dan Ahmad)
Baca juga:
- ilmu tauhid islam
- ilmu tasawuf modern
- hubungan ilmu kalam dengan filsafat
- ilmu filsafat islam
- Cara Taubat Nasuha
- Memperoleh keberuntungan di akhirat
Selain ditinggikan derajatnya dan memperoleh ridha Allah SWT, orang-orang yang menjaga lisannya dari perkataan dusta, akan diberikan keberuntungan dan keselamatan di akhirat. Serta dijauhkan dari keburukan.
Diriwayatkan oleh Khlaid bin Abi ‘Imran, bahwasahnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda serambi memegang lisannya dalam waktu yang lama,“Semoga Allah merahmati seorang hamba, yang telah berkata benar maka ia akan mendapatkan keberuntungan yang besar atau diam dari keburukan maka ia akan selamat.” (HR. Ibnu Al Mubarak)
- Menjaga lisan laksana emas
Seseorang diharuskan berpikir terlebih dahulu sebelum berbicara. Namun apabila ia masih tak mampu berbicara baik atau mungkin tak menguasai ilmunya, maka lebih baik ia diam. Tindakan diam bukanlah sesuatu yang bodoh. Justru diam itu lebih baik bagi seorang muslim. Bahkan Luqman Al Hakim mengibaratkan diam seperi emas. Begitu sangat berharga dan bernilai bagi kita.
Wasiat Lukman Al Hakim kepada anaknya: “Anakku, tiada penyesalan sama sekali dalam diamku. Karena sesungguhnya jika berbicara laksana perak maka diam bagaikan emas”
Pada intinya, sebaiknya manusia berbicara perihal kebaikan dan hal-hal yang bermanfaat. Janganlah mengucapkan sesuatu yang menyakiti hati orang lain, menghina, berlagak sok pintar, sombong atau perkataan dusta. Apabila tidak mampu berbicara baik, maka diam bisa menjadi pilihan tepat. Namun ingat, diam pun ada saatnya. Apabila kita melihat keburukan maka seharusnya berbicara dan mencegah kemungkaran tersebut. Dan apabila kita ditindas, kita juga diperbolehkan membela diri. Yang terpenting, pikirkan terlebih dahulu kata-kata yang hendak diucapkan. Sebab perkataanmu adalah kualitas dirimu
Dengan itu maka menjaga lisan dari perkataan yang dapat menyakiti orang lain sangat penting untuk diperhatikan.
Rasulullah dalam hadisnya menganjurkan kepada kita selaku umatnya, agar selalu berkata dengan perkataan yang memiliki nilai positif, atau setidaknya jika belum bisa berkata demikian, lebih baik untuk diam.
Rasulullah dalam hadisnya menganjurkan kepada kita selaku umatnya, agar selalu berkata dengan perkataan yang memiliki nilai positif, atau setidaknya jika belum bisa berkata demikian, lebih baik untuk diam.
من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت
“Barang siapa yang beriman kepada Allah Swt. Dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik, atau hendaklah ia diam” ( HR. Bukhari).
Mengenai hadis di atas, Imam Syafii Ra. menjelaskan bahwa, jika seseorang ingin mengatakan sesuatu, maka hendaklah ia memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak ia ucapkan, jika kira-kira baik dan memiliki efek yang positif maka ucapkanlah, namun jika bahkan menimbulkan kegaduhan atau menyinggung orang lain, maka lebih baik ia simpan rapat-rapat dalam hatinya sendiri.
Seorang ahli hikmah mengatakan, berbicara tanpa dilandasi pemikiran yang matang merupakan sebuah kesalahan yang fatal, mengapa demikian? Karena faktanya tidak sedikit orang yang hancur dikarenakan hanya dengan ucapannya mereka sendiri. Dan dengan lisan juga potensi terbesar penyebaran berita hoaks, padahal dalam Islam ataupun konteks kemanusiaan menyebarkan berita bohong merupakan perbuatan yang terlarang.
Menjaga lisan dari berkata bohong, menggunjing, menyindir dan lain sebagainya mungkin hal yang terbilang berat, karena perbuatan tersebut telah menjadi kebiasaan yang lumrah di kalangan masyarakat umum. Namun jika kita memiliki keinginan yang kuat untuk meninggalkan semuanya, maka tidak ada yang tidak mungkin. Lalu bagaimana cara mengatasinya?
Cara mengatasi agar kita bisa meminimalkan perbuatan keji tersebut sebenarnya sangat mudah dan simpel, yaitu jauhi forum tongkrongan bersama yang tidak ada manfaatnya, karena potensi terbesar menggunjing, menyindir dan lain sebagainya ialah pada forum tersebut.
Mudah-mudahan kita semua tergolong orang-orang yang dapat menjaga lisannya, Amin.
No comments:
Post a Comment