Adab sesama islam dan haknya.
Kita yakin percaya perlu menunaikan hak dan adab² sesama islam. Ianya merupakan ibadah kerana kita orang islam. Pendekatan yang boleh dekatkan kita kepada Allah, (jika disempurnakan dengan keikhlasan akan mendapat pahala dan redha Allah. Adab dan hak telah diterangkan oleh Allah dan rasulnya iaitu perintah syarak supaya menunaikan hak sesama islam. Bila kita tunaikan, ianya bermakna kita telah mentaati Allah dan rasul.
Antara hak sesama islam:
▪Hendaklah memberi salam bila jumpa saudara seagama. (Hadis beri salam sebelum bercakap). Serta menghulurkan tangan berjabat tangan. *Memberi salam itu sunat, jawab salam itu wajib,* kalau satu dengan satu.. Kalau ramai fardhu kifayah, seorang jawab dah cukup.
3 rukun beri salam:
1) Orang yang memberi salam
2) Orang yang menjawab salam
3) Perkataan salam
Faedah beri salam:
1. Menghilangkan rasa marah orang
2. Ada rahmat dan kebaikan
Ayat 86 surah an nisa
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu"
*يُسَلِّمُ الرِّاكِبُ عَلَى الْمَاشِى، وَالْمَاشِى عَلَى القَاعِدِ، وَالْقَلِيْلُ عَلَى الْكَثِيْ *حديث متفق عليه*
Rasulullah SAW bersabda,
“Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”
Huraian Hadith:
Rasulullah SAW mengajar umatnya memberi ucapan salam mengikut keutamaan seperti berikut :
(i) Orang yang menepati kenderaan seperti kereta dan sebagainya memberi salam terlebih dahulu kepada orang yang berjalan kaki.
(ii) Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk.
(iii) Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai.
*Adalah lebih afdhal orang yang muda memberi salam kepada yang lebih tua.
إِنَّ المَلَائِكَةَ تَعْجَبُ مِنَ الْمُسْلِمِ يَمُرُّ عَلَى الْمُسْلِمِ وَلَا يُسَلِّمُ عَلَيْهِ.
Malaikat hairan bila orang islam tidak memberi salam sesama islam, kerana memberi salam itu adalah doa kesejahteraan dan keselamatan, diaminkan oleh malaikat, Insya Allah tidak rugi.
*والله أعلم بالصواب*
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
No comments:
Post a Comment