Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia,
wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan
dikebumikan. Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
Sejurus Ajal
2.1 Baca Innalillahi
wainnahilaihi raji'uun
2.2 Sapu matanya supaya pejam
dan sunat membaca
“Bismillahiwa'ala malatu Rasulillahisallallahu'alaihi
wassallam”
2.3 Sapu pada
sendi-sendi dengan minyak yang bersih, supaya anggotanya lembut dan tidak
kejang, kaku supaya ia mudah dimandi dan
dikafankan.
2.4 Salin pakaian bersih
jika pakaiannya kotor
2.5 Ikat dagu supaya
mulut tidak terbuka
2.6 Letak mayat atas
tempat tinggi seperti katil atau sebagainya dengan mukanya menghadap
kiblat.
2.7 Letak benda-benda
berat (sekitar 400 gram) ke atas perutnya supaya tidak menjadi kembung.
2.8 Letakkan tangan di
atas dadanya seperti 'mengangkat takbir dalam sembahyang' serta
menutup seluruh tubuhnya dengan
kain.
2.9 Bakar bau-bauan
seperti gaharu, kemenyan supaya kawasan sekelilingnya harum.
2.10 Uruskan pengurusan
pentadbiran jenazah, perkara-perkara utama ialah :
·
Jawatankuasa
masjid /surau / badan kebajikan dan sebagainya.
·
Polis
atau hospital
·
Tanah
perkuburan
·
Mandi, kafan, sembahyang
dan kebumikan.
Hukum Kafan
Hukum syarak mengenai
mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari ‘Aishah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih ‘sahuli’* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban.”**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari ‘Aishah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih ‘sahuli’* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban.”**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan
bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan
kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.”***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.”***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara Mengkafan
Menurut huraian ulama, ‘kafan’
yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut
tubuhnya.
Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati
semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan
dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis,
namun ‘mayat lelaki’ sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain),
tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya – dari hujung rambut hingga ke
hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram
bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan
dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula
mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana
perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak
dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar endapati sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka
mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan – seperti
tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.
‘Mayat lelaki’ juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga
lapis tersebut tadi, ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu ‘Umar r.a.
telah mengkafankan mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis termasuk baju dan
serban)
‘Mayat perempuan’ pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu
kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju
kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar
yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung
kakinya.*** ‘Mayat khunsa demikian juga.***
‘Mayat kanak-kanak’ sama hukumnya seperti ‘mayat orang dewasa’.***
‘Mayat kanak-kanak’ sama hukumnya seperti ‘mayat orang dewasa’.***
Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah
dari si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh
warisnya, enda tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau
Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar endapati perbelanjaan,
maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.****
Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia
tetap taat (tidak menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya
ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau
telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau diceraikan
dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan mengandung.****
Mandi Jenazah
Hukum Mandi
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372)
Syarat mandi
1. Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah. Syarat mayat dimandikan.
1. Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah. Syarat mayat dimandikan.
·
Hendaklah mayat orang Islam.
·
Cukup anggota atau sebahagian badannya.
·
Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah
lengkap anggotanya.
·
Mayat itu bukan mati syahid.
Tempat mandi
2.1 Dibuat tempat yang tertutup.
2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.
2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang
di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.
2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat
dimandikan.
2.1 Dibuat tempat yang tertutup.
2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.
2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang
di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.
2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat
dimandikan.
Tertib mandi
3.1 Menjirus dan
menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
3.2 Jangan sengaja
hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya
supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis
supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan
tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
3.3 Mayat lelaki
dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir
dimandikan oleh orang perempuan.
3.4 Orang yang
memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah - supaya mereka
dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang
ada pada mayat.
3.5 Sebaliknya jika
melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
3.6 Tempat mandi
hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan
penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi
salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak
mengambil bahagian memandikan mayat.**
3.7 Jangan mengangkat
suara riuh.
3.8 Jangan
mengunyah makanan atau merokok.
3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan
atau mengurus mayat pengidap Aids.
Cara mandi
Sebelum Mandi
1. Dibersihkan najis mayat (meruang) dan
membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang
terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih
dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi
keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi)
dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut
kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari
di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya
perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan
benda-benda yang keluar.
Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda
yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan
dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan
celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
2. Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi
hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan
celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu
dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung
kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
3.
Cara Mandi
1. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
2. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi
bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah
kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
3. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu,
ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan
paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
4. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan
basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk,
punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
5. Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh
lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung,
peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
6. Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan
air sabun.
Kemudian dimandikan
dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk
membersihkan segala air sabun tadi.
Setelah bersih,
diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku
wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an
hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi
perempuan:
"Nawaitul wudhu'
'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Kemudian mandi dengan
air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus
yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat
diniatkan:
" Sahaja aku mandi
mayat ini kerana Allah Taala"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an
hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi
perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an
hazihil maitati lillahi ta'ala"
Proses mandi ini sama
juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2
kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih
keras.
Semasa menjirus, sunat
membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"
Jadi hasilnya jumlah
mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan
air sabun.
. Satu kali mandi dengan
air bersih.
. Tiga kali mandi dengan
air kapur barus.
Perlu diingat perbuatan
membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian
membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat
dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Perihal lain
Bersangkutan
5.1 MAYAT DALAM KEADAAN
JANABAH
Lelaki atau perempuan
yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar) maka ia tidak dituntut
dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi
mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
Jika keluar dari perut
mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia
juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda
itu.
5.2 MAYAT YANG
DITAYAMMUMKAN
i. Kerana
ketiadaan air.
ii. Kerana badannya
terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau
dimandikan akan hancur daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang
mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja
(yang bukan muhrimnya)
iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan
kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)
No comments:
Post a Comment