Sebulan berpuasa dilalui dengan penuh khusyuk. Maka menjelanglah hari yang dinantikan usai Ramadhan berlabuh iaitu Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan ke masjid di pagi raya untuk menunaikan solat sunat. Oleh itu, kami kongsikan panduan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang mudah untuk anda.
Niat Solat Sunat Aidilfitri
Bacaan Rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaaman/makmuman lillahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat aidilfiri dua rakaan menjadi makmum kerana Allah ta’ala
Tatacara Solat Sunat Aidilfitri
Rakaat pertama
- Takbir ratulihram (disertakan niat di hati).
- Membaca doa iftitah
- Takbir sebanyak tujuh kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
- Membaca surah al-fatihah
- Membaca surah lain(mana-mana yang dihafal)
- Kemudian meneruskan rukun lain seperti biasa dalam solat sehingga berdiri semula di rakaat kedua
Rakaat kedua
- Takbir sebanyak lima kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
- Membaca surah al-fatihah
- Membaca surah lain (mana-mana yang dihafal)
- Kemudian meneruskan rukun lain sehingga salam.
Bacaan tasbih yang diselang dengan takbir
Bacaan Rumi: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illabillahil a’liyyil ‘aziim
Maksudnya: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Klik link untuk lihat Panduan Sembahyang Sunat Eidul Fitri JAKIM
No comments:
Post a Comment