Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.
Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh `iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita ber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan sebaiknya, masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.
a. Tafsiran.
b. Hukum `iddah dan berkabung.
c. Dalil-dalil pensyariatan `iddah.
e. Hikmah `iddah.
f. Jenis dan tempoh `iddah.
g. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie.
h. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba’in.
i. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami.
j. Kesimpulan.
Tafsiran
Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang berikut:
Tidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.
ii. Berkabung (Ihdad)
Meninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita yang sedang ber`iddah kerana kematian suami.
iii. Fasakh
Pembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.
iv. `Iddah
Tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.
v. Istihadhah
Darah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid atau nifas.
vi. Mut`ah
Pemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.
vii. Rujuk
Suami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak ba’in, tanpa memerlukan kepada akad baharu.
viii. Suami Hilang (Mafqud)
Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.
ix. Talak Raj`ie
Talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah.
x. Talak Ba’in
Talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu. Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu ba’in baynunah sughra dan ba’in baynunah kubra.
Ba’in baynunah sughraialah perceraian yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan sama ada secara talak satu atau dua.
Ba’in baynunah kubraialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.
Hukum `Iddah dan Berkabung
i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.
Antara dalil-dalil tersebut ialah:
i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain)."
iii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:
"Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya."
iv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:
"Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid."
Terdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan berkabung. Antara dalil-dalil tersebut ialah:
i. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:
"Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari."
ii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud:
"Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni."
iii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie bermaksud:
"Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana kematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak boleh bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni."
i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.
ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.
iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.
ii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.
BIL
|
JENIS `IDDAH
|
ADA HAID / TIADA HAID/
SEDANG MENGANDUNG
|
TEMPOH `IDDAH[1]
|
KETERANGAN
|
i.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Ada haid
|
Tiga kali suci
|
a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat.
|
ii.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)
|
Tiga bulan
| |
iii.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Sedang mengandung
|
Sehingga bersalin atau kandungan gugur
|
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
|
iv.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi
|
Ada haid atau tiada haid
|
Tiada `iddah
| |
v.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah
|
a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.
b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.
|
Tiga kali suci
Tiga bulan
| |
vi.
|
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Empat bulan sepuluh hari
|
Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.
|
vii.
|
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Tiga kali suci atau tiga bulan
|
Kekal `iddah talak ba’insama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.
|
viii.
|
Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Empat bulan sepuluh hari
|
Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.
|
ix.
|
Kematian suami
|
Sedang mengandung
|
Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
|
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
|
x.
|
Suami hilang
|
Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung
|
Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
|
Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.
|
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie
Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`iemempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal.
"Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyat"
Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.
v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in
Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
v. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.
A. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
B. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
C. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
KESIMPULAN
Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.
Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.
Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment