BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Monday, June 10, 2019

Nilai Menerima dan Melayan Tamu


Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah saw kerana perilaku suaminya. Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan  menjamu tamu-tamu tersebut menyebabkan si isteri menjadi kelam kabut dan merasa penat.

Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasul saw dan tidak mendapatkan jawapan apa pun dari Rasul saw.

Setelah beberapa waktu...
Rasul saw pergi ke rumah suami-isteri tersebut, Rasul saw bersabda kepada si suami : "Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini."

Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan Rasul saw tersebut, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasul saw.
Si isteri pun merasa bahagia kerana khabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat. Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.

Ketika Rasul saw akan pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredhaan pasangan itu.

قال للزوج عندما أخرج من بيتك دع زوجتك تنظر إلى الباب الذي أخرج منه
Rasul saw bersabda kepada suaminya :
"Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."

Maka si isteri melihat Rasul saw keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasul saw.
Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.
فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلك.

Maka Rasul saw bersabda :
"Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."


Maka inilah hikmah  memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah kerana kedatangannya.

a. Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.
b. Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.
c. Rumah yang di dalamnya turun rahmat  dan berbagai keberkahan dari langit.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية.

Rasul saw bersabda :
"Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka."


Para sahabat bertanya :
"Hadiah apakah itu, ya Rasul saw...............?."


قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت

Rasul saw bersabda :
"Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan  menghapus dosa-dosa penghuni rumah."


وقال صلى الله عليه وسلم:  كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة

Rasul saw bersabda :
"Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."



وقال صلى الله عليه وسلم:  الضيف دليل الجنة

Rasul saw bersabda :
"Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga."



وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه

Rasul saw bersabda :
"Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."


*Mari, saling bersilaturahm..*

Sumber dari Group Whatsapp

No comments: