Sebaik saja berakhirnya bulan Ramadhan, berkumandanglah laungan takbir raya di televisyen, radio, masjid dan surau yang menandakan kedatangan Syawal.
Takbir ini bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah. Selain menunjukkan kesyukuran, ia juga adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kegembiraan kita setelah menunaikan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.
Berikut adalah lafaz takbir raya beserta maksud dan teks ruminya untuk rujukan semua.
LAFAZ TAKBIR RAYA BESERTA MAKSUD DAN TEKS DALAM RUMI
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, *
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar * Allaahu akbar walillaahil hamd’ *
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar *
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar , Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian *
*** Ulang sebanyak 3 kali
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar kabiiraa, Walhamdulillaahi katsiiraa, Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallahu wala naqbudu illa iyya humukhlishina lahuddin, walau karihal kafirrun,
Laa ilaaha illallahu wahdah, sadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, wa a’azza jundahu, wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir,Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, yang benar janji-Nya, dan yang menolong hamba-Nya, dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya,
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
LAFAZ TAKBIR RAYA DAN PERISTIWA PERANG AHZAB
1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:
“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.”
(HR Muslim)
2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:
(al-Nawawi, Sharh Muslim).
3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam.
Firman Allah:
“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.”
(al-Ahzab: 10)
4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.
Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.
5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam.
Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:
Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata:
"Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah".
(al-Ahzab: 13)
6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.
Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.
7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Ia termaktub dalam lafaz:
“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”
8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.
Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.
Semoga Allah membimbing kita semua.
Sumber :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

*اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
* لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ* اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, *
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar * Allaahu akbar walillaahil hamd’ *
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar *
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar , Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian *
*** Ulang sebanyak 3 kali
*أَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
* أَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا * وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا * وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ * وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar kabiiraa, Walhamdulillaahi katsiiraa, Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallahu wala naqbudu illa iyya humukhlishina lahuddin, walau karihal kafirrun,
Laa ilaaha illallahu wahdah, sadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, wa a’azza jundahu, wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir,Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, yang benar janji-Nya, dan yang menolong hamba-Nya, dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya,
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
LAFAZ TAKBIR RAYA DAN PERISTIWA PERANG AHZAB
1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:
صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.”
(HR Muslim)
2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:
والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله
“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).
3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam.
Firman Allah:
إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ
“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.”
(al-Ahzab: 10)
4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.
Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.
5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam.
Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:
وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا
Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata:
"Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah".
(al-Ahzab: 13)
6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.
Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.
7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Ia termaktub dalam lafaz:
وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”
8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.
Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.
Semoga Allah membimbing kita semua.
Sumber :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
No comments:
Post a Comment