*BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?*
🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dalam hal ini akhir zaman ini.
■Jawapan:
*TIDAK BOLEH, !!*
khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
↪Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah swt, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda Rasulullah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■Pada zaman Rasullulah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu hendak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
↔Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tidak penuhi hak suami jika isteri tidak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tidak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.
■Jika ada yang kata, “Eh awak tidak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALLAH yang suruh saya tidak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang ALLAH Ta'ala suruh.
■Jika ikut cakap org kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tidak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap orang !
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tidak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja, buat di rumah agar isteri tidak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tidak boleh, bawa ke masjid dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■Isteri tidak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■Perempuan kalau hendak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampong itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka dalam hal ini, perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tidak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tidak bercampur dengan lelaki.
■Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tidak bekerja, dia tidak boleh makan atau anak2nya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat2 yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.
Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.
Pages
▼
Friday, February 21, 2020
Sunday, February 09, 2020
Kesan Sholat Pada Kesihatan
Solat itu tiang agama, jadi beri tahu pasangan masing-masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA. Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya, salah satunya ketika sujud, punya 1001 kelebihan yang tersembunyi.
First awareness of the body needs some healing adalah bila – ikut alternative theory nya – badan2 ada physical yg tak selesa.
Lenguh area leher – lack of forgiveness
Lenguh bahu – emotional burden
Lenguh er area belakang tengah – lack of emotional support
Lenguh belakang slightly above tongkeng – financial worries
Tak selesa area kepala (same goes to rambut byk gugur and beruban awal) – stress
Area tangan rasa tak selesa – ni usually time reflexology akan terasa teng perit kena tekan – isolation – terasa diri tu takde sape yg mengerti – erti lain – byk pendam emosi
Lutut tak selesa – big ego atau – hidden arrogance. Ie kita buat baik not because kita mmg ikhlas, tp taknak orang kata kita tak baik. Bahasa mudah – dok reti to say no.
Keting betis tu pilu – tension and jealousy
Siku tak selesa – lack of flexibility
Peha – fear of change. Rigid dgn pendirian. Ni biasa akan partner up dgn lenguh area leher.
Tumit – lack of pleasure. Keriangan makin less.
Jari jemari kaki – stress yg teramat tinggi yg bleh lead to depression. Ikut ilmu reflexology area ni represent brain, eye, ear – tempat third eye byk guna. Erti lain – byk memikir. Bila byk memikir tp lack of rest and deep breathing, kurang pernafasan yg sempurna – cardiovascular part akan affected. Most of academic journals yg dibaca byk relatekan – stress memikir, lead to higher cardiovascular risk. Nak lagi waktu puasa ni bila berbuka byk telan makanan manis kan.
Pelan2 try to associate these indication dgn our current situation. Less kan rasa cepat nak kata “rasanya takde pun”. Kurangkan benteng self-defense, you’ll be amazed how – these emotions tak sabo nak que up to be heard and released later on.
Bila sujud, we are at our nearest touch dgn bumi. Niatkan to anchorkan these feelings – biar all these feelings melekat terus ke bumi jadi neutral balik. This will be easier to implement especially those yg dah understand how to relate law of emotion (feeling/mindfulness) on things we do ie solat dan those yg dah start memahami content alQuran utk jati diri sendiri.
Alam – dia nanti akan buat kerja dia.
Kita – focus on healing kita.
Even lailatul qadar itu ada waktu special dia, tp kita tak tau mungkin Allah akan angkatkan darjat kita setinggi2 nya bila2 masa. Dari 83 tahun mungkin Dia decide reward 1000 tahun terus ke kan. Mungkin darjat tu Dia bagi pada bulan Syawal. Who knows.
So keep on asking for forgiveness. Waktu sujud could be one of the best time sbb ni all of our body parts totally grounded, jadi hopefully that hidden negative vibe tak gi spread to other people.
Sumber : Nurul Muhayen/Pesona Pengantin
Tuesday, February 04, 2020
Doa Elak Terkena Santau
Amalan santau ini telah dipraktiskan sejak zaman dulu kala lagi.
Dikatakan amalan ini merupakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asalnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga.
Namun hari ini, fungsinya telah berubah seiring perubahan suasana dan cara pemikiran.
Ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain.
Santau ini berlaku melalui medium dan perantaraan jin atau syaitan yang dipuja untuk melakukannya.
Menurut kajian, santau boleh dihantar melalui cara halus (jin) atau cara kasar (tuannya sendiri meletakkan racun di hadapan mangsa).
Mangsa yang terkena ilmu tersebut akan sukar disembuhkan sama ada melalui perubatan konvensional dan alternatif lain.
Santau terbahagi kepada dua jenis, iaitu santau fizikal dan santau angin.
Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa.
Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.
Namun umum mengetahui bahaya santau ini terhadap mangsa yang terkena.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Pokoknya, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan kuasa Allah swt itu besar.
Perkongsian Norazri mengelak santau daripada ayat suci Al-quran ini mungkin dapat membantu kita daripada terkena sihir melalui kedai makan atau sebarang makanan yang diberi oleh orang.
Sebaiknya sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”
Maksud ayat:
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk.
Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!
Dikatakan amalan ini merupakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asalnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga.
Namun hari ini, fungsinya telah berubah seiring perubahan suasana dan cara pemikiran.
Ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain.
Santau ini berlaku melalui medium dan perantaraan jin atau syaitan yang dipuja untuk melakukannya.
Menurut kajian, santau boleh dihantar melalui cara halus (jin) atau cara kasar (tuannya sendiri meletakkan racun di hadapan mangsa).
Mangsa yang terkena ilmu tersebut akan sukar disembuhkan sama ada melalui perubatan konvensional dan alternatif lain.
Santau terbahagi kepada dua jenis, iaitu santau fizikal dan santau angin.
Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa.
Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.
Namun umum mengetahui bahaya santau ini terhadap mangsa yang terkena.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Pokoknya, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan kuasa Allah swt itu besar.
Perkongsian Norazri mengelak santau daripada ayat suci Al-quran ini mungkin dapat membantu kita daripada terkena sihir melalui kedai makan atau sebarang makanan yang diberi oleh orang.
Sebaiknya sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”
Maksud ayat:
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk.
Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!
Amalan Untuk Menguatkan Ingatan (hafalan)
1. Setiap hari membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW sebanyak 3 kali, di baca setiap hari iaitu :
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.
Maksudnya, ” Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu. (Hadis Riwayat at-Thabrani)
2. Kata Sayyid Hasan bin Shalih al-Bahr, ‘Untuk memudahkan memahami ilmu, mengamalkannya, dan tidak lupa, maka hendaklah mengulang-ulang doa ini,
2. Kata Sayyid Hasan bin Shalih al-Bahr, ‘Untuk memudahkan memahami ilmu, mengamalkannya, dan tidak lupa, maka hendaklah mengulang-ulang doa ini,
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ، وَإِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ، اَللَّهُمَّ اغْنِنِى بِالْعِلْمِ، وَزَيِّنِّى بِالْحِلْمِ، وَأَكْرِمْنِى بِالتَّقْوَى، وَجَمِّلْنِى بِالْعَافِيَةِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمْيِنَ.
Maksudnya, “Ya Allah, sungguh aku meminta kepada-Mu pemahaman para Nabi, ingatan para Rasul, dan ilham para malaikat yang mempunyai kedudukan istimewa. Ya Allah, cukupkan aku dengan ilmu. Hiasi diriku dengan hilmu (kesantunan dan kelembutan). Muliakan aku dengan takwa. Baguskan diriku dengan afiat (kesihatan). Duhai, yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.”
3. Imam as-Suyuthi dalam al-Itqan, menyebutkan bahwa Mughirah bin Subai‘, salah satu sahabat Ibnu Mas‘ud radhiyallahu anhu pernah berkata, ‘Barangsiapa yang membaca 10 ayat dari surat al-Baqarah pada malam hari, maka ia tidak akan lupa dengan hapalan al-Quran, yaitu: 4 ayat permulaannya, Ayat Kursi, 2 ayat sesudah Ayat Kursi, dan 3 ayat terakhir’.
Imam as-Suyuthi menyebutkan atsar ini berdasarkan riwayat Imam ad-Darimi dalam Sunan-nya.
Sunday, February 02, 2020
Keaslian al-Quran terjaga selamanya
AL-QURAN diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi memberi panduan dan petunjuk kepada seluruh manusia.
Allah SWT berjanji untuk memeliharanya dan kerana itu al-Quran tetap terpelihara dan terjamin daripada sebarang perubahan.
Pemeliharaan al-Quran dalam pelbagai bentuk teknologi termasuk fizikal, digital serta hafazan menjadi bukti kukuh bahawa al-Quran tetap terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.
Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)
Al-Quran adalah satu kitab mukjizat. Ia diturunkan ketika ada ramai pujangga dan penyair serta ahli sastera bahasa di Tanah Arab.
Ayat al-Quran disusun dengan begitu indah sehinggakan bahasanya tidak dapat ditandingi penyair dan pemuisi Arab pada ketika itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah Al-Isra’, ayat 88)
Tidak akan ada makhluk yang mampu malah mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab serupa dengan al-Quran sekalipun digabungkan seluruh manusia dan jin.
Pastinya keupayaan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Maha Pencipta.
Allah SWT mencabar mereka yang masih meragui keaslian al-Quran untuk menghasilkan sepuluh surah yang setanding al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: ‘Ia (Muhammad) yang mereka-reka al-Quran itu!” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah Hud, ayat 13)
Cabaran itu gagal disambut mereka walaupun dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair yang fasih balaghahnya, tukang tilik yang cerdas serta pemidato yang hebat.
Kemudian Allah SWT mengurangkan cabaran hanya kepada satu surah sahaja. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 23)
Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain daripada Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah Yunus, ayat 38)
Walaupun hanya satu surah sahaja, itupun tiada seorang manusia yang berjaya menukilkannya setanding al-Quran. Al-Quran juga adalah satu-satunya kitab yang dihafal keseluruhannya.
Tidak ada satu kitab yang dihafal sepenuhnya melainkan al-Quran. Hafazan al-Quran juga bukan hanya kepada maknanya sahaja, tetapi juga ke atas teks aslinya.
Sehingga kini, hanya kitab al-Quran sahaja yang masih memiliki teks asalnya dalam bahasa Arab sementara kitab lain hanya tinggal terjemahannya sahaja.
Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin
Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)