Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang dipandang baik berhenti pada tempat itu.
Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.
Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.
Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh).
Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat pada surah Ali Imran ayat 64.
Rasulullah SAW pernah membaca satu surah di kedua-dua rakaat, seperti mana Baginda pernah membaca kedua-dua surah tiap-tiap rakaat. Umpamanya, Rasulullah SAW pernah membaca surah al-A’raf pada solat Maghrib, sebahagiannya Baginda baca di rakaat pertama dan sebahagian lagi dibaca pada rakaat yang kedua.
Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh. Rasulullah SAW pernah membaca kedua-dua surah daripada surah al-Mufashshal, pada satu-satu rakaat.
Rasulullah SAW pernah memanjangkan bacaan ketika solat Subuh setiap hari, lebih panjang daripada solat fardu yang lain pada hari itu.
Rasulullah SAW pada setiap solat ghalibnya (lazimnya) memanjangkan bacaan surah pada rakaat pertama dibandingkan rakaat kedua.
Surah terpendek yang Baginda baca pada solat Subuh ialah Surah Qaf dan surah yang ukuran sepertinya. Menurut keterangan yang sahih, bacaan ketika solat Subuh itu, lazimnya sebanyak 60 hingga 100 ayat (iaitu bagi tiap-tiap rakaat).
Di solat Subuh pada pagi Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap, tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.
Pada solat Zuhur, Rasulullah SAW membaca (panjangnya) 30 ayat (seperti panjang surah as-Sajadah). Rasulullah SAW juga membaca pada solat Zuhur surah al-A’la dan al-Lail atau Surah al-Buruj dan surah At Taariq dan seumpamanya.
Ketika solat Jumaat, Rasulullah SAW biasa membaca surah al-Jumaah pada rakaat pertama dan surah al-Munafiqun pada rakaat kedua. Adakalanya Baginda SAW membaca surah al-A’la dan al-Ghasyiah.
Ketika solat Asar, Rasulullah SAW membaca sekadar 15 ayat pada tiap rakaat. Ketika solat Maghrib Rasulullah SAW membaca surah al-A’raf, surah at-Thur, surah al-Mursalat dan surah ad-Dukhan. Baginda tidaklah terus menerus membaca surah yang pendek.
Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan surah al-Ikhlas. Riwayat ini hanya diterima daripada Ibn Majah, kerana itu tidak dapat dipandang sahih. Riwayat yang sahih adalah Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas dalam solat Maghrib.
Ketika solat Isyak, Rasulullah SAW membaca surah at-Tin dan surah asy-Syams dan surah-surah seumpamanya. Apabila selesai membaca surah, berhenti atau berdiamlah sekadar senafas, iaitu sekadar membaca Subhanallah. Jangan sekali-kali disambung terus akhir surah dengan takbir dan rukuk.
Wallahualam
Surah Al Fatihah
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Surah As Sajadah
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. (orang-orang kafir tidak mengakui hakikat Yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) Yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara Yang benar dari Tuhanmu (Wahai Muhammad), supaya Engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) Yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
4. Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
5. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu ia menurunkan Segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya (segala Yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa Yang (dirasai oleh orang-orang Yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu Yang biasa.
6. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
8. kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;
9. kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
10. dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
12. dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
13. dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang Dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
14. (lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan Yang demikian) rasalah azab Yang kekal Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".
15. Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
17. maka tidak ada seseorang pun Yang mengetahui satu persatu persediaan Yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari Segala jenis nikmat) Yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh Yang mereka telah kerjakan.
18. (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
19. adapun orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh syurga tempat tinggal Yang tetap sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah kerjakan.
20. dan sebaliknya orang-orang Yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadaNya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka Yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
21. dan Demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab Yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
22. dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); Sesungguhnya Kami tetap membalas.
23. dan Demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu Wahai Muhammad), maka janganlah Engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
24. dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami.
25. (Pertentangan di antara satu golongan Dengan Yang lain itu) Sesungguhnya Tuhanmu sahajalah Yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa Yang mereka berselisihan padanya.
26. dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum Yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
27. dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi Yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman-tanaman, Yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
28. dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara Yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang Yang benar?"
29. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)".
30. oleh itu, janganlah Engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), Sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).
No comments:
Post a Comment