Panduan Solat Sunat Tahajjud Yang Ringkas Dari JAKIM
Solat Tahajud ringkas ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memudahkan orang ramai mengerjakan solat sunat Tahajjud. Semoga sama-sama memanfaatkan ilmu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah.
* * * * * * * * * * * * * *
Sholat Sunat Tahajud adalah bermaksud sembahyang sunat yang dilakukan selepas bangun dari tidur pada waktu malam walaupun hanya tidur seketika.
Ramai orang terbangun/tersedar di waktu yang sama waktu malam hari. Tapi sayangnya, keadaan ini sering kali diabaikan. Adalah lebih baik sekiranya kita bangun dan mengambil wuduk dengan sempurna kemudian kerjakanlah solat Tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” – Ayat 79, Surah Isra’
Fadilat & Kelebihan Solat Sunat Tahajud
- Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan wajah lebih berseri
- Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin
- Setiap tuturcaranya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
- Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
- Akan dipermudahkan hisab kepada dirinya
- disenangkan laluan ketika melalui Titian Siratul Mustaqim – seperti kilat yang menyambar.
- Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
- Dijauhkan daripada kebinasaan
- Doanya akan mudah dimakbulkan Allah
- Memperolehi ketenangan jiwa dalam hidupnya
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT
- Hidupnya sentiasa dalam keberkatan & rahmat Allah
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas
- Allah mempermudahkannya dalam proses pembelajaran dan ilmu yang dipelajari
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.dibukakan pintu rezeki yang berterusan
- menjadi seorang hamba yang disayangi Allah
- diberi kemuliaan dan martabat yang tinggi oleh Allah di dunia dan di akhirat
Waktu Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ini dilakukan selepas waktu Isyak sehingga terbitnya fajar. Namun demikian, waktu yang afdal untuk solat sunat ini adalah sebaiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Suasana pada waktu itu lebih tenang dan memudahkan untuk kita lebih khusyuk beribadat.
Cara Solat Sunat Tahajjud
Solat Tahajjud boleh dilakukan seberapa banyak rakaat pun mengikut kemampuan anda, dengan setiap dua rakaat dan satu salam secara sendirian. Jika tidak mampu, memadailah dengan hanya dua rakaat dan lebi afdhal dan baik sekiranya dapat dilakukan secara berterusan setiap malam sepertimana yang disabdakan Rasulullah S.A.W:
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” – Riwayatkan Bukhari & Muslim dari Aisyah
1. Mulakan dengan niat solat Tahajjud
Niat solat Tahajjud dalam rumi: Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala
2. Bacaan pada solat Tahajjud
– Pada rakaat pertama bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
– Pada rakaat kedua pula bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Doa Selepas Tahajjud
Selepas memberi salam akhir, bacalah doa ini:
Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
* * * * * * * * * * * * * *
Bagaimana, senang sahaja untuk mengikuti panduan solat sunat Tahajjud ini bukan? Selesai solat tahajjud ini, adalah lebih baik sekiranya dibuat pula
solat sunat Taubat dan diikuti
solat sunat Hajat. Dan moga-moga hidup kita sentiasa dirahmati Allah dan diberikan ganjaran untuk akhirat kelak.
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment