BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Tuesday, May 28, 2019

Sholat Sunat Terawih dan Witir

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga
kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan
malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus
al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia
bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul
Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam
Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: “Sesiapa
yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, Semoga risalah kecil ini membantu kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

PENJELASAN RINGKAS SOLAT SUNAT TARAWIH

Kelebihan Solat Sunat Tarawih
Ertinya:
“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan
perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih
lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Solat Sunat Tarawih
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh
rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.

Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya
tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang me
riwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat.
Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua
puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram,
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”


Rukun Solat Sunat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat yang lain juga.

KAIFIAT SOLAT SUNAT TARAWIH DUA PULUH RAKAAT

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat solat sunat Tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu:
a. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan,
Lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-
Takathur hingga surah al-Lahab. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
 Nota : Masukkan nama2 surah
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-lkhlas:

b. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Lahab.



Doa Solat Tarawih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. 

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] 

وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ.
[ اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (
×3)]
[ وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ.
[ اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (
×3)]  
  

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka.
[Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)].
Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera.
[Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!


SOLAT SUNAT WITIR

SOLAT SUNAT WITIR

A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.

Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
 
* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.


2.  Bacaan selepas Fatihah:
             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

Selawat Selingan

  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
 
 Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.

      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;
 
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).

Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir

  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
 
Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut:
  • Al- Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas

Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.

Berdoa 
  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:

2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Penutup
Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah  kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai  mengikut  kemampuan  dan keikhlasan diri masing-masing..



No comments: