BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Tuesday, March 10, 2020

Keberkatan Rumahtangga Punca Kebahagiaan

Jika kita menginginkan kebahagiaan di dalam rumahtangga, kenapa tidak dimulakan dengan perkara asas yang mudah untuk diamalkan?.
.
Mulakanlah dengan menjemput keberkatan Allah SWT ke dalam rumahtangga kita dengan mengucapkan salam setiap kali ingin memasuki rumah.
.
Ajarkan pada diri, pasangan dan anak anak agar melazimi mengucap salam setiap kali ingin memasuki rumah kediaman.
.
Allah SWT berfirman ;

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُیُوتࣰا فَسَلِّمُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِكُمۡ تَحِیَّةࣰ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَكَةࣰ طَیِّبَةࣰۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
[Surat An-Nur 61]

"Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya."
.
Nabi SAW juga ada mengajarkan kita agar sentiasa mengucapkan salam ketika ingin memasuki rumah agar beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda kepadaku yang maksudnya, “Wahai anakku! Apabila engkau masuk (ke rumah) ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu.” [Hadis riwayat at-Tirmidzi]
.
Oleh kerana itu, mulakanlah dengan amalan asas yang mudah ini. Ringankan lidah kita untuk mengucap salam ketika ingin memasuki rumah. Ini kerana Allah SWT dan Nabi SAW telah memberi jaminan bahawa akan ada keberkatan yang akan diperolehi ke dalam rumahtangga jika kita mengamalkan ibadah mengucap salam ini.
.
Justeru itu, jangan sekali kali kita meremahkan amalan memberi salam ketika ingin memasuki rumah ini kerana ia akan menjemput keberkatan ke dalam rumahtangga kita lalu kita bisa merasai kebahagiaan. Wallahu'alam.
.
Kredit to
#AkhiAdifGorment
4 March 2020

No comments: