Soalan:
Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram hatinya?
Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati adalah " Selawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh mengamalkan doa yang kami selitkan dalam ruangan Himpunan Doa-doa Pilihan. Doa tersebut lengkap, dan amat mustajab (berkesan).
Soalan:
Bagaimana mengelakkan perasaan marah dan cara untuk lebih khusyuk sewaktu beribadah?
Menurut Abullaits Assamarqandi dalam bukunya "Tanbihul Ghafilin" bahawa diantara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka ini seimbang. Adapula orang yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
Soalan:
Assalamualaikum...
Seseorang telah mengajar saya supaya mengamalkan membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 201 kali selepas sembahyang lima waktu...Insya Allah, Allah akan mengurniakan ganjaran yang besar serta memakbulkan segala permintaan kita. Apakah ini terdapat dalam amalan sunnah Rasullullah?
Membaca bismillah dalam segala pekerjaan memiliki fadhilat yang paling besar, kerana kita mendahulukan sesuatu itu dengan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnaya: "Tiada seorang hambapun mengucapkana "Bismillahirrahmanirrahim" kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan".
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 087 Amalan Hikmat & Rahsia dari Al-Quran
Ayat seribu dinar dipetik dari ayat 2 (bermula dari Wa man yat ta qillah) dan (hingga) ayat 3 surah Ath Thalaq. Sila rujuk Al Quran, atau Al Quran dan Terjemahannya.
Soalan:
Assalamualaikum wr. wb.
Apakah benar amalan membaca yasin 3 kali di malam nisfu syaaban merupakan bid'ah kerana tiada nas. Yang ada cuma hadis daif?
Menurut Ibnu Manzur dalam bukunya "Lisan al Arab" bid'ah bermaksud mengada-adakan sesuatu yang baru atau rekaan terhadap sesuatu yang baru yang tidak ada contoh sebelumnya. Jadi jelaslah bahawa bid'ah itu adalah sesuatu yang diada-adakan tanpa ada asas sebelumnya dan contoh yang boleh diikuti.
Soalan:
Apakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu' umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur ?
Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu', jika tidak berwudhu' tidaklah berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud: "Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap saat".
Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub.
Soalan:
Dalam soalan terdahulu ustaz ada menyebut bahawa sekiranya kita ingin mengirimkan bacaan ayat Quran kepada arwah, kita perlu mengirimkan dlm bentuk doa dan bukan sedekah. Bolehkah Ustaz menerangkan dgn lebih lanjut berkenaan ini. Adakah betul jika saya membaca begini..."Aku menghadiahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah ini kepada roh umat Islam di seluruh dunia" atau bagaimanakah cara yang betul?
Menurut ijmak ulama', doa dan istighfar seseorang memberi manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia yang difokuskan doa dan istighfar tersebut kepadanya. Doa kepada si mati ialah sebagai berikut; "Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia", atau membaca doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa orang yang sebelum dari kami". Sila rujuk Buku feqah Islami keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Doa orang yang tidak ditolak oleh Allah SWT ialah:
1. Imam atau pemimpin yang adil.
2. Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka.
3. Orang yang dizalimi.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang baik.
DN081 Kisah Ajaib (Orang-orang Yang Makbul Doanya)
DN 175 Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin
Soalan:
Ada terpendam di dalam hati saya untuk menghafal al-quran. Jadi saya ingin tahu akan cara-cara yang berkesan untuk menghafal Al Quran, seperti waktu yang sesuai untuk menghafal, pantang-pantang dan sebagainya. Saya berbesar hati jika ustaz dapat menjawab soalan saya kerana sudah sekian lama saya ingin menghafalnya?
Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, anda harus berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.
Soalan:
Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?
Tentang ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh, anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
Buku-buku kategori Kekeluargaan
Soalan:
Bagaimanakah jika membaca doa dengan membaca buku dan bukannya daripada hafalan. Adakah doa tersebut akan dimakbulkan oleh Allah?
Supaya doa kita dapat diterima langsung oleh Allah SWT kemudian dikabulkan-Nya segala permintaan kita itu, maka kita harus melakukan beberapa syarat.
Di antara syaratnya iaitu:
1. Iman kepada Allah dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya.
2. Doa hendaknya dilakukan dengan merendahkan diri.
3. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita panjatkan.
4. Doa hendaklah dilakukan dengan sungguh-sungguh serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat.
5. Berdoalah dalam kalimat yang pendek, jelas, mencakup semua maksud yang dihajatkan.
Soalan:
Apakah dia tiga wiritan atau amalan apa yang dapat menjadikan kekuatan buat diri kita agar kebal dari guna-guna/santet dan sebagainya?
Bagi menghindari gangguan ilmu sihir ataupun guna-guna, amalkanlah membaca ayat Kursi, surah Al Falaq dan surah An Nas serta berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT dengan penuh keyakinan. Insya Allah kita akan terhindar dari gangguan makhluk yang durjana.
Soalan:
Saya ada membeli buku keluaran Darul Nu'man yang bertajuk Amalan Surah-surah Pilihan - Fadhilat dan Khasiatnya. Pada bahagian akhir buku tersebut terdapat "7 ayat penyelamat daripada berbagai bencana." Yang menjadi kemusykilan saya, bolehkah pihak Ustaz memberi makna bagi 7 ayat tersebut atau memberi sumber dari mana ayat tersebut diambil. Jika daripada Al-Quran, bolehkan pihak Ustaz memberi nama Surah dan Ayat berapa?
Ayat tujuh ini diambil dari Al Quranul Karim.
2. Surah Yunus ayat 107
3. Surah Hud ayat 6
4. Surah Hud ayat 56
5. Surah Al Ankabut ayat 60
6. Surah Al fathir ayat 2
7. Surah Az Zumar ayat 38.
Soalan:
Apakah hukumnya mengunakan tangkal yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding?
Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta nikmat bahkan tidak dapat dihitung oleh manusia. Disamping itu al Quran juga sebagai ubat bagi jasmani dan rohani bagi insan yang mengerti dan mahu mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa yang menyembuhkan segala penyakit hati dan fizikal itu hanya Allah. Jadi ayat yang digunakan untuk penyembuhan penyakit atau sebagai pendinding dalam istilah masyarakat melayu hanya merupakan ikhtiar untuk penyembuhan itu, sedangkan yang menyembuhkannya hanya hak Allah semata.
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
Soalan:
Buku apa kah yang harus saya perolehi untuk mengahtahui cara-cara hendak mengerjakan sembahyang, memandangkan saya tidak mengatahui membaca muqadam?
Sangat banyak buku-buku yang menjelaskan tentang cara mengerjakan solat. Dalam buku Fardhu Ain juga menjelaskan tentang bagaimana mengerjakan solat, bahkan ada juga buku yang khas menguraikan tentang kaedah mengerjakan solat lima waktu. Tapi yang perlu saudara ketahui bahawa bacaan-bacaan dalam solat semua dalam bentuk tulisan arab. Begitu juga ayat-ayat yang kita baca dalam solat semua diambil dari Al Quran. Jika saudara tidak pandai membaca Al Quran adalah lebih baik belajar membaca Al Quran terlebih dahulu, kerana jika saudara telah pandai membaca Al Quran dengan sendirinya mudah mempelajari cara solat dan bacaan dalam solat.
Soalan:
Sewaktu Rasulullah SAW mendirikan sholat, apakah Rasulullah membaca salawat atas nama beliau pada tahyat awal dan tahyat akhir. Mohon penjelasan dari Ustad?
Selawat kepada Nabi ada tiga macam tingkatan:
Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
DN 261 170 Amalan Yang Ditolak
DN 049 PENAWAR JIWA - Psikologi Ketenangan Minda
Soalan:
Saya seoarng student ITM. Masalah saya ialah saya kurang untuk beribadah dan bagaimana caranya untuk mencapai kepuasan dalam ibadah?
Ibadah yang disertakan dengan ilmu dan rasa khusyuk akan mendatangkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa. Jika perasaan malas menghangtui diri, maka mustahil seseorang itu akan memperoleh kepuasan dalam beribdahnya. Jadi langkah awal untuk memperoleh ketenangan dalam ibadah, isilah jiwa dan fikiran dengan ilmu, terutama berkaitan dengan ibadah tersebut. setelah itu kerjakanlah secara tekun dan bersungguh-sungguh, barulah dapat dirasakan nikmat dan roh kedamian dalam beribadah.
Soalan:
Saya sebenarnya ingin meminta jasabaik pihak tuan jika sekiranya dapat pihak tuan memberitahu saya zikir harian yang dapat saya ucapkan pada setiap hari contohnya : isnin - yaallah, selasa - subhanallah. sbb saya masih mencari cari zikir harian tersebut. Saya harap dapatlah sekirannya tuan memberitahu. Saya berharap agar pihak tuan akan mendapat keberkatan dengan adanya sesi ini?
Ada ulama yang membahagi masa tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari. Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya. Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya:
Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X )
Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )
Soalan:
Apakah setiap doa akan dimakbulkan oleh Allah? Maksud saya selagi ia tak bertentangan dengan agama. Atau ada doa yang tertolak olehNya. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk berdoa. Andainya kita telah berdoa untuk sesuatu perkara, tetapi masih belum dimakbulkan, adakah berdosa jika kita sudah berputus harap terhadap doa itu?
Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Yang Maha Pemurah. Allah menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Bagi mereka yang tidak mahu meminta kepada Allah maka mereka tergolong insan yang takbur dan sombong. Jika permohonan seseorang itu belum lagi terkabul, bukan kerana Allah tidak memperkenankannya, kemungkinan doanya tidak memenuhi syarat-syarat berdoa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Disamping itu doa orang mukmin itu pasti akan dikabulkan Allah SWT, cuma saja ada tiga peringkat cara diperkenankan doa tersebut. Pertama, Allah akan kabulkan doanya disaat itu juga, kedua, ditangguhkan pada masa akan datang, dan ketiga, akan menerima balasannya di akhirat.
Firman-Nya lagi maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suaru perlahan-lahan".
(Al A'raaf aayat 55)
Ada beberapa kaedah atau peraturan bedoa yang membolehkan doa seseorang tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Diantara kaedah tersebut ialah:
- Dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat berdoa.
- Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawadhuk serta merendahkan diri kepada Allah SWT.
- Doa dimulai dengan mumuji Allah, sekurng-kurangnya membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
- Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak disamping perut dan anak jari mengadap ke atas.
- Setelah selesai berdoa sapukan tangan ke muka.
- Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut.
- Setiap orang Islam hendaklah membanyakkan berdoa kepada Allah semasa dalam keadaan senang supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.
- Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
- Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.
- Untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah menyebutnya sehingga sekurang-kurangnya tiga kali.
- Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.
- Jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah SWT.
- Sebelum diakhiri dengan ucapan amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan selawat Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment