KEUNGGULAN PERUNDANGAN ISLAM
Perundangan Islam adalah suatu perundangan
"Rabbani" yang tidak semestinyasemua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya olehmanusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akantersingkap
semuanya.Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya.Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalikperundangan
itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.Kebolehan insan
untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian
Allah dancara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh
litupan "ghita" diatas mata manusia itu sendiri.Kalaulah litupan itu
dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya.Tulisan ini
hanyalah suatu percubaan yang serba terhad berdasarkan andaian diatas tadi, untuk mengulangi ulasan perundangan Islam dalam skop yang serbakeunggulan
terhad.Walau apa pun yang dapat diperkatakan ini hanyalah secebis kecil
daripada apayang seharusnya boleh diperkatakan.Keunggulan Perundangan Islam
sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnyaIslam itu sendiri hinggalah ke
hari ini dan hari-hari akan datang.Namun demikian ruang untuk manusia
memperkatakannya masih luas terbentangyang pada bila-bila masa manusia boleh terus
membongkar rahsia yang terkandungdi dalam perundangan itu sekiranya ada
kemampuan berbuat demikian.Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalahsesuatu yang
perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakatIslam
itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undangIslam.
Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakanungkapan penghayatan
nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang
Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.Undang-Undang Islam telah
lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangandan permusuhan yang
sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan
pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.
Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa
perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam
demi menjaga danmembersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan
hidup beragama.Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawidan
ukhrawi kepada orang-orang Islam.Jika tidak, iman seseorang itu boleh
dipertikaikan tentang mengapa mereka lebihsuka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia denganmembelakangkan
undang-undang Allah s.w.t.Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undangAllah?
Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia
dan lebihbaik daripada undang-undang Allah?Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripadaundang-undang
"Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?Disebabkan itu semualah,
maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagiorang-orang
Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang
perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.
Perundangan Islam sebagai suatu realiti
Sebelum diperkatakan secara khusus tentang keunggulan
Perundangan Islam, perludiperjelaskan dahulu bahawa Perundangan Islam telah
menjadi suatu realiti hukumyang telah terlaksana dalam masyarakat Islam dari permulaan lahirnyapemerintahan
Rasulullah s.a.w. di Madinah hinggalah ke hari ini.Negara Islam pertama
yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah(622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusiasebagai
realiti yang diterima umum.Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor
Hamidullah sebagai
"TheFirst Written Constitution In The World",
telah menjadi kenyataan umum bahawaIslamlah yang
memperkenalkan kepada dunia suatu perlembagaan bertulis yangdilaksanakan dalam
sebuah negara yang berdaulat.Perlembagaan tersebut telah menyebut secara
terperinci masalah-masalah negara,daripada hak dan tanggungjawab kepada cara
penyelesaian masyarakat majmuk,hinggalah kepada persoalan ketua pemerintah dan
kuasa yang ada padanya.Semuanya itu terkandung dalam Perlembagaan Madinah.Undang-undang
Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkankepada
Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendirimeragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang
kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan
kesesuaiannya denganzaman.Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikankemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahunpertama
Hijrah hinggalah ke hari ini.Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang
itu dalam sepanjang hidupbaginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepaskewafatan
baginda.Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainyahinggalah
berterusan ke zaman Daulah Othmaniah.Para sejarawan sering menyebut bahawa
kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ketangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun
1924 M telah melenyapkan kekuasaanIslam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.Pandangan
ini seolah-olah menggambarkan bahawa undang-undang Islam sudahlenyap ditelan
zaman.Walaupun pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk bukan lagi mewakili
pemerintahanIslam yang hakiki, kerana undang-undang negaranya sudah bukan
undang-undangIslam yang dengannya melenyapkan pemerintahan Islam dan
undang-undangnya,akan tetapi pemerintahan Islam yang menggunakan
undang-undang Islam sebagaiundang-undang negara yang terlaksana, jauh lebih awal dilaksanakan di SaudiArabia,
sebelum kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki.Pemerintahan Islam di Saudi Arabia terus melaksanakan undang-undang Islamhingga
ke hari ini pada umumnya.Walau apa pun yang diperkatakan oleh musuh-musuh Islam
tentang negara itu,ianya tetap mewakili Negara Islam dalam pelaksanaan
hukumnya.Penerusan kewarisan pelaksanaan hukum Islam ke dalam masyarakat Islam
melaluikuasa pemerintah terus berkembang subur dalam masyarakat
antarabangsa Islam.Beberapa buah negara umat Islam sedang melaksanakan
undang-undang itu dalamnegara mereka seperti Iran, Pakistan, Sudan, dan
sebagainya.Semuanya ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sejak dari
lahirnya tidakpernah mati malah ada tanda-tanda yang jelas bahawa undang-undang
tersebutsemakin hari semakin diterima oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam
negara masing-masing.
Prof Dr Haron Din Al Hafiz
No comments:
Post a Comment