BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Friday, January 08, 2021

THiJARI, Perkhidmatan dalam Talian Tabung Haji

 logo thijari

Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan platform laman perkhidmatan digital terbaharu untuk para pendeposit – “THiJari” yang mula beroperasi pada 5 Februari 2020. Laman web THiJARI ini merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian. TH percaya dengan kemudahan ini, urusan para pendeposit akan lebih pantas dan mudah. 

CARA-CARA PENGGUNAAN THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH. Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

    Muat turun brosur pendaftaran THiJARI dalam bentuk .PDF di sini.

CARA-CARA MUAT TURUN APLIKASI THIJARI

Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pendeposit kami.

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “App Store” yang berkenaan.

Play Store (Android User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (iOS User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
     

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman sesawang THiJARI. 

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

  2. Urusan Haji
    Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

  3. Rayuan Haji
    Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.

    Soalan lazim dan video tutorial rayuan haji secara online.

  4. Penamaan/ Hibah Amanah
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.

  5. Kelab Taha/Taha@U
    Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa / TaHa@U boleh dilakukan.
     

PERBEZAAN FUNGSI APLIKASI THiJARI DAN LAMAN SESAWANG

Perbezaan fungsi bagi aplikasi telefon bimbit dan laman sesawang adalah seperti berikut:

NoFungsiHuraianLaman Sesawang THiJARIAplikasi THiJARI
1.PendaftaranPendaftaran Baru Ahli THiJARI
2.Log MasukLog Masuk ID Pengguna dan Kata Laluan
3.Log Masuk Cap JariLog Masuk Cap Jari atau 'Face ID'
4.Laman UtamaMemaparkan Nama Pendeposit, Status Haji, Ringkasan Akaun dan Pengumuman.
5.Ringkasan AkaunMemaparkan Baki Semasa, Sejarah Transaksi dan Penyata Mini bagi Akaun Dewasa dan Kanak-kanak.
6.Pindahan Simpanan THPindahan Simpanan Antara Akaun TH.
7.KegemaranDaftar dan Papar Akaun Kegemaran
8.Perkhidmatan HajiPendaftaran Haji, Semak Status Pendaftaran Haji dan Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan Haji, Kursus Haji, dan Rayuan Haji
9.Kelab TaHa/TaHa@UPendaftaran dan Semak Status Kelab TaHa/TaHa@U, E-Kad Keahlian dan Rakan Kelab TaHa.
10.Profil SayaKemaskini Butiran, Tukar Kata Laluan dan Gambar Keselamatan, Penyelenggaraan Had Harian dan Pemberitahuan.
11.Peti SuratPengumuman dari TH.
12.PengumumanMemaparkan pengumuman atau berita mengenai THiJARI.


CARA-CARA PENGGUNAAN APLIKASI THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu di laman sesawang THiJARI sebelum menggunakan Aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, sila ke laman sesawang www.thijari.com.my.