BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, November 24, 2019

Kedudukan Kanak-Kanak Dalam Saf Sholat. Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat

Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.

Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).

Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.

Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

Yang benar,

Dato’ Seri. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Friday, November 15, 2019

7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak-anak

Doa yang ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Allah InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. Walaupun kita berdoa dalam bahasa Melayu ke Inggeris ke, Allah faham semuanya. Tapi kalau kita hafal doa yang datangnya daripada Al-Quran tentu lebih baik kan?
Jadi kami nak kongsikan dengan anda doa-doa yang patut seorang ibu amalkan untuk anak-anak mereka. Walaupun anak tu baru berada dalam kandungan. Semoga bermanfaat.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Boleh baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).” Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).”

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji

Tuesday, November 12, 2019

Sunnah Manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi Kesihatan

Satu diantara adab tidur yang dianjurkan adalah mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi ini ternyata mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia .
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :
Berbaringlah di atas rusuk kananmu. (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).
Ilmu penjelasan manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan.
1.Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar.
Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh. Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko peny-akit.
2.Tingkatkan pengosongan kandung empedu dan pankreas.
Ada aliran chime yang lancar bakal menyebabkan keluaran cairan empedu juga jadi tambah, hal semacam ini bakal mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas bakal jadi tambah dengan posisi mirin ke kanan.
3.Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan
Saat tidur gerakan usus menigkat. Dengan posisi mengiring ke kanan, jadi perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap bakal jadi lebih lama, hal semacam ini karena posisi usus kecil hingga usus besar ada dibawah.
4.Merehatkan otak kiri.
Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.
5. Merehatkan organ Esophagus.
Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri.Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.
6. Mengurangi tekanan jantung.
Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.
Majalahilmu : Sesungguhnya mencontohi perbuatan atau sunnah nabi itu bnyak manafaatnya. Rugikita tidak amalkan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)-Surah Al-Ahzaab ayat 21

Monday, November 11, 2019

Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita

Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya. Namun, adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad-Dhuha sebenarnya telah memberi pendedahan berupa pengajaran dan kesannya dalam kehidupan seharian kita?
Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.
Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?
Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.
Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk :
Menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.
Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.
1 – (وَالضُّحَىٰ ) – “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)
Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.
2 – ( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى) – “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”
Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.
Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.
Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.
3 – (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ) – “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu”
Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.
4 – (وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ) – “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”
Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?
Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang terbaik.
Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.
Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.
Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik untuk kita.
5 – (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ) – “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”
Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!
Oleh itu, adakah perkara itu perkara yang terbaik untuk didengar setelah kamu dilanda kemurungan dan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi?
6 – (أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ) – “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu”
Melalui ayat keenam ini, Allah Taala telah memberi alasan untuk kita percaya akan janjiNya yang telah dijelaskan pada separuh pertama ayat Ad-Dhuha ini. Apabila ayat keenam ini disuarakan, pasti ramai antara kita berfikir: Bagaimana ayat yang menjurus tentang anak yatim berkaitan dengan kita?
Cuba renungkan. Berapa banyak kali dalam hidup anda ketika ditimpa kesakitan atau berasa kesunyian, anda merasakan tiada sesiapa yang peduli tentang anda? Siapa pula yang satu-satunya ada untuk anda pada ketika itu? Jawapannya Allah! Dia yang sentiasa menjaga anda dan membimbing anda mengubah kehidupan dari kemungkaran ke arah kebaikan.
7 – (وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang tiada pedoman lalu Dia memberi hidayah kepadamu”
Berapa ramai daripada kita telah menyimpang ke arah kesesatan dari Islam yang sebenar lalu telah menemui dirinya kembali? Walaupun hakikatnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim?
Sesungguhnya, pada ketika itu Allah jua lah yang telah memberi nur dan hidayah lalu membawa kita kembali ke jalan yang lurus lalu tunduk kepadaNya. Di samping itu, secara tidak langsung telah mempraktikkan kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah!
8 – (وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang miskin, lalu Dia memberikan kekayaan”
Dalam kehidupan seharian, mungkin kebanyakan daripada kita pernah melalui tempoh kekurangan wang dan harta. Kini, apabila kita imbas kembali, barulah kita sedar bahawa dalam kesukaran kewangan yang ditakdirkan untuk kita hadapi, hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita dalam apa jua bentuk.
Jadi, apabila seseorang berada dalam tekanan, berinya contoh tentang bagaimana Allah Taala boleh membantunya menjadi lebih kental dalam mengharungi setiap dugaan yang datang dan percayalah janji Allah itu pasti.
9 – (فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ) – “Maka terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya”
Ayat ini menunjukkan penawar terbaik kepada masalah tekanan!
Kebanyakan orang yang mengalami tekanan hidup, mereka merasakan hidup mereka tiada lagi gunanya dan merasakan juga tiada siapa yang lebih teruk berbanding hidupnya.
Ayat ini mengingatkan kita jika kita berasa tertekan dan hilang harapan untuk hidup, lihatlah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita. Cuba lihat anak-anak yatim. Mereka tiada sesiapa apatah lagi insan-insan yang menyayangi dan menjaga mereka. Dibandingkan dengan kita yang ada keluarga, tempat tinggal dan makanan disediakan di atas meja, masih menganggap kehidupan kita tidak baik? Subhanallah!
10 – (وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ) – “Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”
Satu lagi contoh ialah pengemis – Ia adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita tentang Allah Taala telah banyak menurunkan rezeki berupa kebendaan kepada kita – makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Berapa ramai antara kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Berapa ramai antara kita yang tiada pakaian untuk menutup tubuh? Berapa ramai lagi antara kita yang tiada rumah untuk dituju?
Contoh-contoh yang melibatkan anak-anak yatim dan pengemis ini adalah untuk mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan keberkatan yang Allah Taala telah berikan kepada kita tanpa Dia meminta kembali.
Syukur ini juga sebenarnya satu cara untuk kita mengatasi masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. Dengan rasa syukur, hubungan kita dengan Allah kembali terjalin.
11 – (وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)– “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur”
Ayat terakhir ini adalah mengenai cara untuk mengekalkan iman dan ikatan dengan Allah Taala iaitu melalui pemikiran, kemuliaan dan percakapan tentang keberkatan Allah!
Baik dari segi halaqah, perbincangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan atau pun melalui dakwah. Selain daripada itu, untuk sentiasa dekatkan hati dengan Allah Taala, haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan menghadiri kuliah-kuliah agama lalu menghayatinya.
Jadi, seandainya suatu masa nanti anda merasakan iman anda goyah, dirundung kekecewaan dan kemurungan hingga terputusnya hubungan dengan Allah Taala, bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala.
Sumber: Tazkirah.net

Manfaatkan Perbuatan Ketika Wudhu Dengan Doa

بِسْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّ حْمنِ الرَّحِيْـــــمِ

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa aku"

Subhanallah, Semoga tausiah ini bermanfaat utk semua muslimat & muslimin..
 Aamiin ya Rabbal'alamiin...

Hitung Zikir Menggunakan jari

Saturday, November 09, 2019

Musibah Dan Cara Menanganinya Menurut Islam

Kita sering mengeluh selalu dirundung malang. Sakit, musibah, masalah seolah tiada insan lain yang tinggal di dunia ini. Hanya kita sahaja yang ada untuk menerima semua itu. Salah, tanggapan itu salah sama sekali.

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri. Ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mengapa Allah SWT memberi ujian yang berat sebegitu sekali kepada kita. Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Akhirnya kita mudah berputus asa dan tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak pernah cuba bersabar dalam menghadapi ujian-Nya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Ingatlah bahawa Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Namun berdoa sahaja tidak cukup. Di samping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin kita rasa diri kita tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun. Fikirkan semula adakah kita telah lakukan yang betul dan terbaik untuk merungkai musibah yang dihadapi. Jangan sesekali berputus asa.

Setiap orang tentunya memiliki cara yang berbeda dalam menghadapi musibah. Namun, islam menganjurkan untuk kita menghadapinya dengan sabar, tawakal dan penuh keikhlasan.

Apapun musibah yang menimpa kita, islam mengajarkan bahwa kita harus menerima segala musibah tersebut sebagai bentuk dan manfaat beriman kepada Allah biarpun hal tersebut menyakitkan atau menyedihkan. Anggap bahwa hal tersebut merupakan sebahagian daripada takdir yang telah digariskan Sang Ilahi. Tentunya apapun itu kita harus melaluinya dan menerimanya dengan lapang dada.

2. Ikhlas Menerimanya

Hal yang paling penting ialah mampu bersikap ikhlas terhadap segala sesuatu yang menimpa. Menerima dengan ikhlas segala musibah yang menimpa. Sebab pasti akan ada hikmat dan nikmat yang akan Allah berikan kelak pada diri  kita.

Sebagaimana Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam pernah bersabda sabar merupakan salah satu kunci dalam menghadapi musibah. Dalam hadist berikut :

عجبا لأمر المؤمن ان أمره كله خير وليس ذلك لأحد الا المؤمن ان اصابته مراء شكر فكان خيرا له وان اصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Artinya:

“Orang-orang beriman itu memang sangat menghairankan semua perkaranya serba baik, dan tak ada seorang pun yang seperti orang yang mukmin. Apabila dianugerahi kesenangan ia bersyukur, dan apabila tertimpa musibah, ia berlaku sabar. Hal inilah yang menjadikan dia selalu dalam keadaan baik.”
( HR. Muslim)

Hal yang paling utama saat tertimpa musibah ialah memanjatkan doa kepada Allah SWT juga sebagai cara agar hati tenang dalam islam . Sebab apapun yang terjadi dalam islam doa merupakan hal utama dan yang harus dilakukan dalam apa kondisi pun.

Dalam kondisi senang kita harus berdoa pada Allah atas kesenangan tesebut. Sebaliknya pada saat musibah menimpa maka doa boleh dianggap sebagai salah satu cara mengadu kepada Allah.

Adakalanya ketika musibah datang, kita menjadi khilaf. Bagai dirasuki syaitan, kita akan meminta pertolongan kepada hal selain Allah. Sesungguhnya hal yang demikian merupakan hal yang tidak patut. Sebaik-baiknya penolong ialah Allah swt. Kerana itu, saat musibah tertimpa tidak ada cara lain selain hanya meminta pertolongan kepada Allah.

“Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allâh, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” [An-Nahl/16:53]

Berserah diri menjadi kunci utama dalam menghadapi musibah. Dengan berpasrah dan berserah diri maka kita akan dapat lebih dekat kepada Allah. Sehingga dapat memaknai musibah dengan penuh kesyukuran.

Musibah yang menimpa juga menjadi seperti petanda dan amaran bagi kita untuk mengkoreksi diri. Kadang-kadang musibah yang datang biasanya disebabkan oleh perbuatan diri sendiri. Sebagaimana dalam FirmanNya berikut ini :

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. Asy Syura: 30).

Kita juga kena faham bahwa setiap takdir manusia telah digariskan. Sehingga musibah yang menimpa manusiapun menjadi sebahagian dari takdir itu sendiri. Tiada cara lain kecuali menerima dan menjalaninya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk sebelum 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”

Tidak ada yang sia-sia di dunia Allah. Allah memberikan musibah namun pasti disertai dengan hikmah dibaliknya, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (116)

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) ‘Arsy yang mulia.” (QS. Al Mu’minun: 115-116)

Satu hal yang boleh membantu kita dalam menfhadapi musibah juga ialah dengan menganggap musibah yang kita hadapi itu adalah musibah biasa dan tidak seberat mana berbanding dengan musibah yang dihadapi orang lain.

Dalam sebuah hadist disebutkan,

مَنْ عَظَمَتْ مُصِيْبَتُهُ فَلْيَذْكُرْ مُصِيْبَتِي، فَإِنَّهَا سَتَهَوَّنُ عَلَيْهِ مُصِيْبَتُهُ

“Siapa saja yang terasa berat ketika menghadapi musibah, maka ingatlah musibah yang menimpaku. Ia tentu akan merasa ringan menghadapi musibah tersebut.”

Yakinlah musibah yang menimpa kita juga adalah satu bentuk penghapus dosa. Insyaallah kita akan redha dan menjadi lebih tenang.

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda:

“Apa pun bentuk musibah yang menimpa seorang muslim, niscaya akan Allah menjadikannya sebagai penghapus dosa dari dirinya, sekalipun sebatang duri yang menancap pada dirinya.”

Acap kali selepas melalui sesuatu musibah kita akan merasa lebih yakin diri dan jiwa menjadi lebih kuat

Dari Mush’ab bin Sa’id -seorang tabi’in- dari ayahnya, ia berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً

“Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

« الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ »

“Para Nabi, kemudian yang semisalnya dan semisalnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan kondisi agamanya. Apabila agamanya begitu kuat (kukuh), maka semakin berat pula ujiannya. Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya. Seorang hamba senantiasa akan mendapatkan cubaan hingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”

Yakinkanlah bahawa Allah tidak menjadikan musibah itu aesuatu yang sia-sia. Pastinya akan datang kemudahan, ketenangan, kesenangan dan segala bentuk kebaikan sesudahnya.

Dalam surat Alam Nasyroh, Allah  Ta’ala  berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)

Bersyukur merupakan salah satu cara menerima nikmat Allah. Meskipun dalam kondisi ditimpa musibah kita tidak boleh melupakan untuk selalu bersyukur kerana musibah hanya sebahagian kecil dari jutaan nikmat yang telah Allah berikan pada umatnya. Sebagaimana dalam Firman Allah berikut :

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat. [Ibrâhîm/14:7]

Ummu Salamah -salah seorang isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا إِلاَّ أَجَرَهُ اللَّهُ فِى مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا ». قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّىَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ كَمَا أَمَرَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِى خَيْرًا مِنْهُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi rooji’un. Allahumma’jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khoiron minhaa [Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik]”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”

Ketika, Abu Salamah (suamiku) wafat, aku pun menyebut do’a sebagaimana yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam perintahkan padaku. Allah pun memberiku suami yang lebih baik dari suamiku yang dulu yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Wallahhuaqlam.

Wednesday, November 06, 2019

Kelebihan Shilat Berjemaah Khususnya Bagi Kaum Lelaki

Nasihat khas utk lelaki yang suka sgt ber solat fardhu dirumah. Mohon pelahan lahan baca sehingga habis...dibwh ini ada kelebihan dan jugak ada amaran ancaman nabi saw....

*KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA*

___________________
🐪 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

🐫Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.

آمين يا رب العالمين. ...

Tolong  di share kepada para suami, saudara laki-laki, anak laki-laki, saudara sepupu laki-laki, keponakan laki-laki dan teman kerabat lak-laki.

*Semoga Bermanfaat..*
*BARAKALLAHU Fiikum..🕌🌹*

Friday, November 01, 2019

EMPAT PERKARA PERLU DILAKUKAN SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Aamiin ya Allah..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin...

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa 😃
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Semoga yg berkomentar Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..