BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Doa Selepas Sholat

Dari segi bahasa, doa berasal dari kata “da’a” artinya memanggil.
Jika menurut istilah syarak, doa bermaksud perbuatan memohon sesuatu yang bermanfaat dan mencegah daripada sesuatu yang memudaratkan. Menariknya, perkataan ‘doa’ juga disebut dalam Al- Qur’an di beberapa tempat, seperti yang dijelaskan dalam laman web pendidikan ini.
Antaranya dengan membawa makna seperti berikut:
1. Perkataan atau Keluhan (Surah Al Anbiya: 15)
Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.
2. Panggilan atau seruan (Surah Ar-Rum: 52)
(Maka janganlah engkau berdukacita – wahai Muhammad – terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
3. Meminta pertolongan (Surah Al-Baqarah: 23)
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

KENAPA PERLU BERDOA?

Walaupun tujuan utama berdoa adalah mendekatkan diri kepada Allah, memang tidak dinafikan, manfaat doa begitu besar dalam kehidupan manusia.
Dengan doa, pelbagai jenis emosi dapat dikendalikan. Dengan doa, ada harapan yang terbentang. Doa juga menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah.  Dengan doa, kita punya keazaman untuk memperbaiki diri.
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.
(Hadis Riwayat Hakim)
Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan seorang Muslim yang Allah anugerahkan.
Perbuatan berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dalam setiap keadaan. Seseungguhnya doa juga adalah tempat kembalinya manusia setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar).

MEMULAKAN DOA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Bismillahir raḥmānir raḥīm
Alḥamdulillahi rabbil 'ālamīn waṣṣalā ṯuwas salā mu'alā sayyidinā Muḥammadin wa'alā ālihi waṣaḥbihi ajma'īn.

Maksud:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
“Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda.”


Doa Mohon Membaiki Diri Sebagai Seorang Islam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ دِيْنَنَا دِيْنَ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِسْلاَمَنَا إِسْلاَمَ المُسْلِمِينَ، وَإِيْمَانَنَا إِيْمَانَ المُؤْمِنِينَ، وَصَلاَتَنَا صَلاَةَ الخَاشِعِينَ، وَأَعْمَالَنَا أَعْمَالَ الصَّالِحينَ، وَنِيَّتَنَا َنِيَّةَ المُخْلِصِينَ، وَذُنُوبَنَا ذُنُوبَ المُسْتَغْفِرِينَ، وَحَيَاتَنَا حَيَاةَ العُلَمَاءِ، وَمَوْتَنَا بِمَوْتِ الشُّهَدَاءِ، وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ الأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ.

Allahummaj 'aldīnanā dīnannabiyyi muḥammadin ṣallallāhu 'alaihi wasallam, waislāmanā islāmal muslimīn, waīmānanā īmānal mūkminīn, waṣalātanā ṣālāṯal khāsyi'īn, wa'akmālanā akmālaṣṣāliḥīn, waniyyatanā niyyatal mukhlisīn, wadhunūbanā dhunūbal mustaghfirīn (3x), waḥayātanā ḥayāṯal 'ulamā', wamawtanā bimawtis syuhadā', wa adkhil naljannaṯa ma'al anbiyā' 'alaihimuṣṣalāṯu wassalām.

Maksud:
“Ya Allah, jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi S.A.W, dan Islam kami ini sebagaimana Islamnya Muslimin yang sebenar, dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti solat orang-orang yang khusyu’, dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh, dan niat kami seperti niat orang-orang yang ikhlas, dan jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadaMu (3x), dan hidupkanlah kami sebagaimana Ulama’, dan matikanlah kami sebagai seorang Syuhada’, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi-nabi Mu.”

Doa Mohon Kesejahteraan Dunia Dan Akhirat

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةً فِى الجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِى العِلْمِ، وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ، وتَوْبَةً قَبْلَ المَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ المَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ المَوْتِ.

Allahumma innā nas aluka salāmaṯan fiddīn, wa 'āfiaṯan fil jasad, wa ziyādaṯan fil 'ilm, wa barakaṯan fir rizq, wa tawbaṯan qablal mawt, wa raḥmaṯan 'indal mawt, wa maghfiraṯan ba'dal mawt.

Maksud:
“Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.”

اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ المَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالعَفْوَ عِنْدَ الحِسَابِ.

Allahumma hawwin 'alainā fī sakarātil mawt, wannajāṯa minannār, wal 'afwa 'indal ḥisāb.

Maksud:
“Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan berilah pengampunan semasa diadakan perhitungan (hisab).”
Doa Mohon Keampunan Dan Rahmat

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسُنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

Rabbanā ẓolamnā anfusanā wa illam taghfirlanā wa tarḥamnā lanakūnanna minal khāsirīn.

Maksud:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi. (7:23)”

Doa Mohon Dihindari Dari Sifat Buruk Dan Kepayahan

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنَ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيـْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال.


Allahumma innā na’ūdhubika minal ḥammi walḥazan, wa na’ūdhubika minal ‘ajzi wal kasal, wa na’ūdhubika minal jubni wal bukhl, wa na’ūdhubika min ghalabatid dayni waqahrir rijāl.

Maksud:
“Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan Mu dari sifat lemah dan malas, kami berlindung dengan Mu dari sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang.”

Doa Mohon Sentiasa Mendapat Hidayah, Rahmat Dan Kekal Sebagai Seorang Islam

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.

Rabbanā lā tuzigh qulūbanā ba’da idh hadaytanā wahablanā min ladunka raḥmah, innaka antal wahhāb.

Maksud:
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (3:8)”

Doa Mohon Kehidupan Yang Baik Di Dunia Dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

Rabbanā ātinā fiddunyā ḥasanaṯan wafil ākhirati ḥasanaṯan waqinā ‘adhābannār.

Maksud:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (2:201)”

Doa Mohon Kehidupan Pengakhiran Yang Baik

اللَهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Allahummakh timlanā biḥusnil khātimah, walā takhtim 'alaynā bisūil khātimah.

Maksud:
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan sū-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).”

Selawat Ke atas Nabi Muhammad, Keluarga Dan Sahabat Baginda

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Waṣallallāhu 'alā sayyidinā muḥammadin wa'alā ālihi waṣaḥbihi wasallam.

Maksud:
“Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.”

Nak berdoa panjang atau pendek/ringkas bergantung kepada citarasa masing-masing. Apa yang lebih penting dalam berdoa ialah kita memahami makna (apa yang kita doakan) dan mengamalkannya secara berterusan. Jadikan amalan harian setiap kali selepas solat fardhu.

Semoga himpunan doa-doa pilihan selepas solat di atas memberi manfaat buat para pembaca.


No comments: