“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka— Surah al-Mukminun 1-2
Hukum mengerjakan solat sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
- Menambah kesempurnaan solat fardu
- Meningkatkan iman
- Mendekatkan dirinya dengan Allah.
- Menampung kekurangan dalam solat fardu.
- Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
- Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
- Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.
- Solat-solat sunat Mu’akkad (digalakkan)
- Solat-solat sunat Ghairu Mu’akkad. (tidak diberatkan).
- Solat Rawatib (mengiringi solat fardu)
- Solat Tahiyyatul Masjid
- Solat Tahajjud
- Solat Dhuha
- Solat Istikharah
- Solat Isyraq
- Solat Awwabin
- Solat Wuduk
- Solat Taubat
- Solat Hajat
- Sembahyang Sunat Ihram
- Sembahyang Sunat Tawaf
- Sembahyang Sunat Musafir
- Solat Mutlak
- Solat Tasbih
Waktu yang diharamkan sembahyang sunat yang juga dikenali sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:
- Sesudah solat subuh
- Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
- Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
- Ketika matahari hampir terbenam.
- Sesudah solat asar.
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, setengah-setengah sembahyang sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.
- Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
- Begitu juga mereka yang mengamalkan sembahyang sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
- Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
- Orang yang mengamalkan sembahyang sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.
“Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu”— Hadis Riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment