BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Friday, May 08, 2015

Besarnya Ganjaran Pahala Di Bulan Ramadan Melebihi Mati Syahid


Amalan di bulan Ramadhan menyebabkan seseorang itu lebih dahulu ke Syurga berbanding yang mati syahid. Inilah satu kelebihan yang disebut di dalam sebuah hadis Nabi SAW.Oleh kerana gandaan pahala dan rahmat di bulan Ramadhan. Berdoalah agar kita direzekikan beramal dalam bulan ini sebanyak mungkin dengan kualiti yang setinggi boleh.Bagi sesiapa yang rajin, bacalah perincian kisah dua saudara yang masuk Islam bersama-sama, lalu mendapat husnul khatimah, tetapi berbeza darjat disebabkan umur berbeza dan kerana Ramadhan. 
Nabi bersabda:                “Jarak antara keduanya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”
Dari Talhah bin ‘Ubaidillâh bahawa dua laki-laki dari Baliy (cabang suku Qudha’ah-pen) datang kepada Rasulullah SAW dan keduanya masuk Islam bersama-sama. Salah seorang dari keduanya lebih giat daripada yang lain.
Orang yang sangat giat dari keduanya itu ikut berperang lalu mati syahid. Sedangkan yang lainnya hidup setahun setelahnya, lalu meninggal dunia.

Thalhah berkata,

“Aku bermimpi, ketika aku sedang berada di pintu surga, aku melihat keduanya. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari dalam syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati terakhir dari keduanya (untuk masuk syurga lebih dahulu, lalu orang itu masuk lagi ke dalam syurga).
Lalu dia keluar lagi dari syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati syahid (untuk masuk syurga).
Lalu dia menemuiku kemudian berkata,

“Kembalilah, karena sesungguhnya belum datang waktu untukmu (boleh masuk syurga)”.

Besoknya Thalhah menceritakan kepada orang-orang dan mereka kehairanan terhadapnya. Hal itu sampai kepada Rasulullah SAW, mereka menyampaikan cerita itu kepada beliau SAW. Maka beliau SAW bersabda,                                                  “Dari sisi mana kamu hairan?”
Mereka menjawab,
“Wahai Rasulullah SAW, orang yang satu ini lebih kuat amal dari yang lain, lalu dia juga mati syahid, tetapi orang yang terakhir (mati) itu masuk syurga lebih dahulu?”.

Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Bukankah dia (orang yang terakhir mati itu) masih hidup setahun setelahnya?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Beliau bersabda lagi,
“Dan (bukankah) dia telah menemui Bulan Ramadhan lalu berpuasa Ramadhan, dan dia telah melakukan solat sekian banyak sujud di dalam setahun?”
Mereka menjawab,
“Ya”.
Maka Rasulullah SAW bersabda,
“Jarak antara keduannya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”.
 Riwayat Ibnu Mâjah. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wat Tarhib, 3/314, no.3366

Monday, February 03, 2014

Sholat Jenazah

Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam (semasa berdiri).

HUKUM SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.
Sabda Rasulullah SAW
Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:
Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)
Foto Kredit: new-muslims.info
Foto Kredit: new-muslims.info

SYARAT-SYARAT SOLAT JENAZAH

  1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
  1. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
  2. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.
Foto Kredit: Jabatan Mufti Johor

CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA & MAKSUDNYA

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:niat-solat-jenazah-0

2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.
Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.
Selawat yang pendek ialah:
image003
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:
image005
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image008
Bagi jenazah perempuan:
image018
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”
 Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas dengan doa yang di bawah.
Sekurang-kurangnya ialah:
image010
“Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah
image012
“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan (amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya. Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu.”

5. TAKBIR KE-4 DIIKUTI DOA

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.
Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:
image020
Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:
image023
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image021
Bagi jenazah perempuan:
image024
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”

6. MEMBERI SALAM

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca doa pula.
Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:
image026Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:
image028
Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:
image029
Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.
Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.
Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”
Ringkasnya, cara solat jenazah boleh digambarkan dalam ilustrasi ini:
cara solat jenazah
Foto Kredit: ustaznoramin.com

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH

Sunat menyembahyangkan jenazah sebagaimana yang berikut:
  1. Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.
  1. Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut kebiasaannya kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.
  1. Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.
  2. Makmum hendaklah berdiri berbaris tiga barisan (tiga saf).
  1. Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat dan meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana sembahyang-sembahyang yang lain.
  1. Membaca أَعُوْذُ بِاللَّهِ (A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.
  2. Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.
cara solat jenazah
Foto Kredit: civillislamica.it

BANYAK HIKMAH SOLAT JENAZAH

Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon rahmat kepada jenazah.
Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat Jenazah dengan sempurna.

Friday, November 08, 2013

Makna Surah Al-Fatihah Dan Kelebihan Mengamalkannya



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm

1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn

2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm

3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn

4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în

5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm

6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Kelebihan Membaca dan Mengamalkan Surah Al-Fatihah

1. Dalam hadith yang lain bahawa pernah jibrail a.s sedang duduk berdekatan Rasulullah SAW apabila tiba-tiba, ia mendengar dari atas, iaitu dari langit, satu suara yang benda pecah. Hazrat jibrail a.s berkata “malaikat tertentu telah turun dari langit yang tidak pernah turun sebelumnya hari ini”. Malaikat ini memberi salam dan berkata “ Wahai Rasulullah SAW semoga tuan diberkati. Tuan telah dianugerahkandengan dua cahaya yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum ini. Satu ialah Fatihatul Kitab dan yang kedua ialah dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Apa sahaja huruf yang tuan baca daripadanya kan diberi ganjaran.”

2. Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

3. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

4. Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh

5. Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.

6. Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.

7. Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

8. Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab.

Mereka ber­kata:
“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab,
“Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Sama-sama la kita menghafal dan mengamalkan surah al-fatihah