BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, May 26, 2019

Panduan Sholat Sunat Eidul Fitri

Sebulan berpuasa dilalui dengan penuh khusyuk. Maka menjelanglah hari yang dinantikan usai Ramadhan berlabuh iaitu Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan ke masjid di pagi raya untuk menunaikan solat sunat. Oleh itu, kami kongsikan panduan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang mudah untuk anda.
Niat Solat Sunat Aidilfitripanduan solat sunat hari raya aidilfitri
Bacaan Rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaaman/makmuman lillahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat aidilfiri dua rakaan menjadi makmum kerana Allah ta’ala
Tatacara Solat Sunat Aidilfitri
Rakaat pertama
  1. Takbir ratulihram (disertakan niat di hati).
  2. Membaca doa iftitah
  3. Takbir sebanyak tujuh kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
  4. Membaca surah al-fatihah
  5. Membaca surah lain(mana-mana yang dihafal)
  6. Kemudian meneruskan rukun lain seperti biasa dalam solat sehingga berdiri semula di rakaat kedua
Rakaat kedua
  1. Takbir sebanyak lima kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
  2. Membaca surah al-fatihah
  3. Membaca surah lain (mana-mana yang dihafal)
  4. Kemudian meneruskan rukun lain sehingga salam.
Bacaan tasbih yang diselang dengan takbirpanduan solat sunat hari raya aidilfitri
Bacaan Rumi: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illabillahil a’liyyil ‘aziim
Maksudnya: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Panduan Lengkap Solat Sunat Taubat Berserta Tasbih & Doa

Tahniah kerana anda sedang membaca panduan Solat Taubat berserta doanya dalam rumi. Ini bermakna anda sedang dalam proses untuk berubah dan ingin menjadi insan yang baik. Sesungguhnya Allah menyukai apabila hambanya memohon kemaafan dan sentiasa memohon taubat kepada Allah.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa kerana setiap manusia itu bukanlah sempurna. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sejahat manapun seseorang itu, akan sentiasa ada ruang dan pintu untuk mereka bertaubat dan memohon kemaafan terhadap Allah. Jika sudah bertaubat, namun kemudiannya kembali mengulangi dosa itu kembali, teruskan taubat! Taubat, taubat dan taubat sehinggalah ajal menjemput kita. Jangnalah berhenti memohon kemaafan kepada-Nya.
Apa Itu Solat Sunat Taubat?
Solat Sunat Taubat dibuat kerana menginsafi dan menyesali akan kesalahan (dosa) yang dilakukan selepas melanggar perintah Allah. Anda beramat menyesal atas kesalahan-kesalahan yang telah anda lakukan pada masa lampau dan ingin bertaubat sebenar-benarnya (taubat nasuha) kerana Allah serta kembali menuruti segala perintah Allah.

Fadhilat Untuk Orang Bertaubat

  • Diampunkan Allah SWT.
  • Dipermudahkan segala urusan.
  • Kehidupan seharian lebih ceria dan tenang.
  • Menghilangkan perasaan yang menekan.
  • Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Waktu Solat Taubat

Tiada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat taubat ini kerana ianya tergolong dalam solat sunat. Sholat sunat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang anda inginkan. Nmun, seeloknya solat sunat taubat ini dikerjakan pada waktu-waktu tengah malam atau sepertiga malam ketika suasananya lebih sunyi dan tenang agar anda boleh menunaikan solat taubat dengan tenang.

Cara Solat Taubat

Cara menunaikan sembahyang taubat lebih kurang sama sahaja sepertimana solat sunat yang lain. Solat taubat juga boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, kami akan berkongsi cara untuk melakukan Solat Taubat 2 rakaat hari ini.
1. Mulakan dengan niat Solat Taubat.

Niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan semasa Solat Taubat
Rakaat pertama bacalah surah al-Fatihah dan al-Kafirun.
Rakaat kedua pula bacalah surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir sholat taubat pada rakaat kedua iaitu sebelum sebelum duduk Tahiyyat Akhir, selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
BacaaN: “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4. Beristighfar
Selepas memberi salam dan selesai menunaikan Solat Taubat, duduklah dengan selesa dan mulakanlah beristighfar banyak-banyak.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali

Bacaan: “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Maksudnya: Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b. Sambung dengan membaca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
Bacaan: “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Maksudnya: Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
Bacaan: “AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Maksudnya: Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5. Bacaan Doa Taubat

Selepas bertasbih, anda bolehlah berdoa memohon keampunan kepada Allah. Bacalah doa taubat yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan kemaafan daripada Allah SWT. Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah. Atau anda juga boleh merujuk sahaja kepada bacaan doa taubat dibawah.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
 *******************************************************************************************************
Alhamdulillah. Selesai sudah solat taubat kita hari ini. Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Diharapkan anda terus istiqomah dalam melakukan sholat taubat ini malam-malam seterusnya dan insyallah, mudah-mudahan Allah mengampuni kesalahan yang lalu.
Seusai sudah sembahyang taubat tadi, boleh pula disusuli dengan solat sunat hajat dan mendoakan agar hajat kita untuk betaubat dan istiqamah dikabulkan oleh Allah.
Wallahualam.

Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat & Doa

Ini adalah panduan solat dan cara untuk menunaikan solat hajat yang ringkas dengan doa untuk dijadikan rujukan bersama yang dikeluarkan oleh ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga ianya dapat membantu anda mengerjakan solat hajat dengan betul.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)

Apakah Tujuan Kita Menunaikan Solat Hajat?

Solat Hajat adalah solat sunat yang ditunaikan untuk meminta sesuatu hajat yang baik atau menolak sesuatu keburukan. Ada yang menunaikan sembahyang hajat ini bertujuan untuk memohon hajat seperti dipermudahkan dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, memohon kerahmatan memasuki rumah baru dan sebagainya.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, samaada cepat ataupun lambat.
Berikut adalah sebab utama solat hajat dibuat:
  • mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
  • memohon hajat untuk diri sendiri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemahan diri dan hanya Allah tempat untuk memohon

Waktu Solat Hajat

Solat hajat boleh dibuat dan ditunaikan pada bila-bila masa sahaja sekiranya berkelapangan kerana ianya tergolong dalam solat sunat- samaada pada waktu siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.
Namun begitu disarankan untuk memilih waktu solat sunat hajat yang sesuai dan afdhal seperti selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan ketenangan dan kekusyukkan, Insya-Allah.

Hajat Yang Sesuai Dipohon

Anda bebas untuk memohon dan meminta apa sahaja dalam doa. Sebaiknya adalah perkara yang membawa kebaikan dan menolak musibah seperti:
  • Diberi kebaikan di dunia seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Diberi kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Dijauhkan keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Dijauhkan keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Sembahyang hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam dan boleh dilakukan solat sunat hajat secara berjemaah atau bersendirian.
#1. Lafaz niat solat Hajat:
niat solat hajatBacaan: U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa
“Sahaja aku solat sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”
#2. Bacaan solat hajat
Raka’at pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Raka’at kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

Seusai menunaikan solat hajat dan memberi salam, bacalah pula doa solat hajat seperti di bawah:
Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
.
Waktu berdoa yang paling mustajab dan diterima doanya adalah selepas salam boleh berhajat secara lintasan hati atau dilafazkan semasa masih keadaan sujud serta juga duduk. Insya-Allah.
———————————-
Untuk doa hajat yang anda mohon lebih mustajab dan cepat dimakbulkan, bolehlah anda melakukan Solat Sunat Taubat terlebih dahulu bagi memohon keampunan kepada Allah. Kerana kadang-kadang hajat anda ditangguhkan kerana dosa-dosa yang telah anda lakukan. Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati dan dipohon dalam sholat hajat tadi, berserta dengan usaha gigih yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.