BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Saturday, July 06, 2019

Ejaan Rumi Istilah Arab Yang Betul

CARA MENULIS ISTILAH ARAB 3YANG BETUL IAITU :

⭐ AAMIIN
⭐ IN SYAA ALLAH
⭐ HUSNUL KHOTIMAH

★Aamiin
Dalam bahasa Arab ada 4 kata amin yg berbeda makna :

- Amin    = Aman
- Aamin  = Meminta perlindungan
- Amiin   = Jujur
- Aamiin = Ya Allah, kabulkanlah do'a kami


★In Sya Allah
Kita seharusnya tidak menulis :
*Insya Allah* = Menciptakan Allah (naudzubillah)

Tapi pastikan kita menulis :
*In Syaa Allah*  = dengan izin Allah

★Assalamualaikum,
Tidak boleh disingkat, kerana ;

1. As = Orang bodoh, keledai
2. Ass  = Pantat
3. Askum = Celakalah kamu
4. Assamu     = Racun
5. Samlekum = Matilah kamu
6. Mikum = dari bahasa Ibrani, Mari Bercinta.

1⃣ *Salam pendek* : "Assalamualaikum".
- Dengan 10 kebaikan.

2⃣ *Salam sedang* : "Assalamualaikum warahmatullah".
- Dengan 20 kebaikan.

3⃣ *Salam panjang* : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh".
- Dengan 30 kebaikan
  (sempurna.)

*Husnul Khotimah
Jangan tulis 'KHUSNUL KHOTIMAH'
kerana ia bermaksud 'mati dalam keadaan dihinakan'.

Tulislah 'HUSNUL KHOTIMAH' yang bermaksud 'mati dalam keadaan baik'.

‎ﻣَﻦْ ﺩَﻝَّ ﻋَﻠَﻰ ﺧَﻴْﺮٍ ﻓَﻠَﻪُ ﻣِﺜْﻞُ ﺃَﺟْﺮِ ﻓَﺎﻋِﻠِﻪِ
Maksudnya:
"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti org yg melakukannya"
(HR. Muslim 3509.) 

Semoga bermanfaat.

Copy dari group whatsapp.
Jika salah tolong betulkan.
Maklumkan di ruangan comment.
Terima kasih.

Thursday, July 04, 2019

Empat Amalan Sebelum Tidur.


Andai Allah Jemput kita dalam Tidur Bersediakah Kita? Ini Empat Amalan Sebelum Tidur Walau Sesibuk Manapun Dengan Tugasan Harian Rugi Tidak Amalkan.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
  • Sebelum khatam al-Quran.
  •  Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
  • Sebelum para muslimin meredhai engkau.
  • Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
  • ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
  • ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
  • lam yalid walam yuulad’
  • walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ”
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah..
Aamiin ya Allah..
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar “aamiin” dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin…
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
  • Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
  • Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin…
Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Monday, July 01, 2019

Rahsia Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas - سُوۡرَةُ الإخلاص

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ 
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
Maksudnya:
“Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4)”

Gambaran Keseluruhan Ayat

Ramai dikalangan kita membaca surah ini setiap hari, tetapi adakah telah memahamifikrahnya dan menjadi sebati di dalam diri? Surah Al-Ikhlas sangat tinggi nilainya. Ia membersihkan aqidah kita 100% dan fadhilatnya menyamai 1/3 Al-Quran.

Orang yang beriman dikehendaki patuh sepenuhnya kepada Allah. Iktiqadnya, Fikrahnya, cara-hidupnya, niatnya dan amalannya hanyalah untuk Allah swt. Allah-lah yang paling utama dalam hidup mereka. Bukan keluarga, bukan kerjaya, dan juga bukan harta-benda. Kekayaan yang ada hanyalah sebagai alat yang digunakan untuk mendapat keredhaan Allah iaitu menyeru kepada Islam (dakwah). Sanggup berkorban dan mengenepikan perkara yang dicintai jika ia tidak selari dengan kehendak Allah.

Surah Al-Ikhlas, juga dikenali sebagai Surah al-Tauhid. Konsep Tauhid dijelaskan dalam surah ini, yakni memisahkan perkara-perkara syirik dari Allah.

Kenapakah surah ini dinamakan sebagai Al-Ikhlas ?

Kalau diperhatikan, di dalam setiap ayat dalam surah ini tiada perkataan ikhlas. Dalam surah an-Nas, ada perkataan ٱلنَّاسِ . Dalam surah al-al-Falaq ada perkataan ٱلۡفَلَقِ .
Kata dasar perkataan ikhlas dalam bahasa arab ialah kh-l-s yang bermaksud ` to be purified’. ` Ikhlas ‘ membawa maksud “the purity”, yakni ketulenan yang tiada percampuran apa-apa. Tiada percampuran sekecil manapun terhadap aqidah Islam. Aqidah hendaklah 100% tulen (pure).

Surah ini membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Firman Allah. Al-Bayyinah 98:5 … مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ mengikhlaskan ibadat dan tunduk sepenuhnya kepada Allah.

Aqidah yang bercampur dengan sesuatu yang lain tidak diterima oleh Allah. Lawan kepada “ikhlas” ialah `syirik’. Syirik membawa maksud `kongsi’, yakni bercampur dengan benda lain (note: orang melayu gunakan perkataan syarikat, kata dasar ialah syirik. Ia merujuk kepada `ramai’). Maksudnya tidak boleh sedikitpun niat, perasaan, amalan dan tindakan bukan kerana Allah. Apatah lagi dalam hal aqidah.…. (perlu muhasabah dan mujahadah ni).

Syirik pula dibahagikan kepada dua iaitu syirik kabir / Jali dan syirik soghir/khofi (tersembunyi). Syirik Jali ialah syirik pada zat dan sifat Allah dan jelas kelihatan menduakan atau mensyarikatkan Allah. Syirik khofi ialah syirik yang paling ditakuti kerana secara tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah sama ada dengan perkataan maupun perbuatan.

SURAH Al-Ikhlas, seperti surah-surah yang lain juga memiliki banyak rahsia dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. 
Dinamakan surah Al Ikhlas, kerana telah menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akhirat, dari kesulitan sakaratul maut, dari kesulitan kegelapan malam dan dari segala kesulitan di hari kiamat. 
Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:
Pertama: waktu pagi dan senja
Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah SAW untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, Apakah kalian telah solat? Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, Katakanlah. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, Katakanlah.
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, Katakanlah. Hingga aku berkata, Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan? Rasulullah SAW bersabda, Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL AUDZU BIRABBINNAAS DAN QUL AUDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan)
Kedua: sebelum tidur
Rasulullah SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas), Qul audzu birobbil falaq (surat Al Falaq) dan Qul audzu birobbin naas (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh di bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali. (HR. Bukhari no. 5017) 
Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca doa dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit) 
Dari Aisyah RA, dia berkata, Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Muawidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, Ketika beliau sa kit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen). (HR. Bukhari
Keempat: wirid selepas solat (sesudah salam) 
Rasulullah SAW memerintahkan padaku untuk membaca muawwidzaat di akhir solat (sesudah salam). (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih). Yang dimaksud muawwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62) 
.Kelima: dibaca ketika mengerjakan soalat sunnah fajar (solat sunat qobliyah subuh). 
Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua rakaat qobliyah subuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadis Ibnu Masud yang akan disebutkan pada point berikut.
Keenam: dibaca ketika mengerjakan solat sunat ba’diyah maghrib . 
Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah SAW membaca surah pada solat dua rakaat ba’diyah maghrib dan pada solat dua rakaat qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash). (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan shahih) 
Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan solat sunat witir tiga rakaat 
Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama: Sabbihisma robbikal ala (surat Al Alaa), pada rakaat kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada rakaat ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan muawwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas). (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)
Kelapan: dibaca ketika mengerjakan solat Maghrib pada malam jumat 
Rasulullah SAW biasa ketika solat maghrib pada malam Jumat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun dan Qul huwallahu ahad. (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadis ini shahih). 
Kesembilan: ketika soalat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim setelah tawaf.
Lantas Rasulullah SAW menjadikan maqam Ibrahim antara dirinya dan Kaabah, lalu beliau laksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas). (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu alaihi wa sallam, hal. 56)
Sumber : islamik info