BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, February 09, 2020

Kesan Sholat Pada Kesihatan

Solat itu tiang agama, jadi beri tahu pasangan masing-masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA. Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya, salah satunya ketika sujud, punya 1001 kelebihan yang tersembunyi.

First awareness of the body needs some healing adalah bila – ikut alternative theory nya – badan2 ada physical yg tak selesa.

Lenguh area leher – lack of forgiveness

Lenguh bahu – emotional burden

Lenguh er area belakang tengah – lack of emotional support

Lenguh belakang slightly above tongkeng – financial worries

Tak selesa area kepala (same goes to rambut byk gugur and beruban awal) – stress

Area tangan rasa tak selesa – ni usually time reflexology akan terasa teng perit kena tekan – isolation – terasa diri tu takde sape yg mengerti – erti lain – byk pendam emosi

Lutut tak selesa – big ego atau – hidden arrogance. Ie kita buat baik not because kita mmg ikhlas, tp taknak orang kata kita tak baik. Bahasa mudah – dok reti to say no.

Keting betis tu pilu – tension and jealousy

Siku tak selesa – lack of flexibility

Peha – fear of change. Rigid dgn pendirian. Ni biasa akan partner up dgn lenguh area leher.

Tumit – lack of pleasure. Keriangan makin less.

Jari jemari kaki – stress yg teramat tinggi yg bleh lead to depression. Ikut ilmu reflexology area ni represent brain, eye, ear – tempat third eye byk guna. Erti lain – byk memikir. Bila byk memikir tp lack of rest and deep breathing, kurang pernafasan yg sempurna – cardiovascular part akan affected. Most of academic journals yg dibaca byk relatekan – stress memikir, lead to higher cardiovascular risk. Nak lagi waktu puasa ni bila berbuka byk telan makanan manis kan.

Pelan2 try to associate these indication dgn our current situation. Less kan rasa cepat nak kata “rasanya takde pun”. Kurangkan benteng self-defense, you’ll be amazed how – these emotions tak sabo nak que up to be heard and released later on.

Bila sujud, we are at our nearest touch dgn bumi. Niatkan to anchorkan these feelings – biar all these feelings melekat terus ke bumi jadi neutral balik. This will be easier to implement especially those yg dah understand how to relate law of emotion (feeling/mindfulness) on things we do ie solat dan those yg dah start memahami content alQuran utk jati diri sendiri.
Alam – dia nanti akan buat kerja dia.

Kita – focus on healing kita.

Even lailatul qadar itu ada waktu special dia, tp kita tak tau mungkin Allah akan angkatkan darjat kita setinggi2 nya bila2 masa. Dari 83 tahun mungkin Dia decide reward 1000 tahun terus ke kan. Mungkin darjat tu Dia bagi pada bulan Syawal. Who knows.

So keep on asking for forgiveness. Waktu sujud could be one of the best time sbb ni all of our body parts totally grounded, jadi hopefully that hidden negative vibe tak gi spread to other people.

Sumber : Nurul Muhayen/Pesona Pengantin

Tuesday, February 04, 2020

Doa Elak Terkena Santau

Amalan santau ini telah dipraktiskan sejak zaman dulu kala lagi.
Dikatakan amalan ini merupakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asalnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga.
Namun hari ini, fungsinya telah berubah seiring perubahan suasana dan cara pemikiran.
Ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain.

Santau ini berlaku melalui medium dan perantaraan jin atau syaitan yang dipuja untuk melakukannya.

Menurut kajian, santau boleh dihantar melalui cara halus (jin) atau cara kasar (tuannya sendiri meletakkan racun di hadapan mangsa).
Mangsa yang terkena ilmu tersebut akan sukar disembuhkan sama ada melalui perubatan konvensional dan alternatif lain.

Santau terbahagi kepada dua jenis, iaitu santau fizikal dan santau angin.
Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa.
Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.

Namun umum mengetahui bahaya santau ini terhadap mangsa yang terkena.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Pokoknya, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan kuasa Allah swt itu besar.
Perkongsian Norazri mengelak santau daripada ayat suci Al-quran ini mungkin dapat membantu kita daripada terkena sihir melalui kedai makan atau sebarang makanan yang diberi oleh orang.

Sebaiknya sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk.

Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!

Amalan Untuk Menguatkan Ingatan (hafalan)

1. Setiap hari membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW sebanyak 3 kali, di baca setiap hari iaitu :
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.
Maksudnya, ” Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu. (Hadis Riwayat at-Thabrani)

2. Kata Sayyid Hasan bin Shalih al-Bahr, ‘Untuk memudahkan memahami ilmu, mengamalkannya, dan tidak lupa, maka hendaklah mengulang-ulang doa ini,
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ، وَإِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ، اَللَّهُمَّ اغْنِنِى بِالْعِلْمِ، وَزَيِّنِّى بِالْحِلْمِ، وَأَكْرِمْنِى بِالتَّقْوَى، وَجَمِّلْنِى بِالْعَافِيَةِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمْيِنَ.
Maksudnya, “Ya Allah, sungguh aku meminta kepada-Mu pemahaman para Nabi, ingatan para Rasul, dan ilham para malaikat yang mempunyai kedudukan istimewa. Ya Allah, cukupkan aku dengan ilmu. Hiasi diriku dengan hilmu (kesantunan dan kelembutan). Muliakan aku dengan takwa. Baguskan diriku dengan afiat (kesihatan). Duhai, yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.”
3. Imam as-Suyuthi dalam al-Itqan, menyebutkan bahwa Mughirah bin Subai‘, salah satu sahabat Ibnu Mas‘ud radhiyallahu anhu pernah berkata, ‘Barangsiapa yang membaca 10 ayat dari surat al-Baqarah pada malam hari, maka ia tidak akan lupa dengan hapalan al-Quran, yaitu: 4 ayat permulaannya, Ayat Kursi, 2 ayat sesudah Ayat Kursi, dan 3 ayat terakhir’.
Imam as-Suyuthi menyebutkan atsar ini berdasarkan riwayat Imam ad-Darimi dalam Sunan-nya.