BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, November 24, 2019

Kedudukan Kanak-Kanak Dalam Saf Sholat. Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat

Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.

Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).

Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.

Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

Yang benar,

Dato’ Seri. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Friday, November 15, 2019

7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak-anak

Doa yang ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Allah InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. Walaupun kita berdoa dalam bahasa Melayu ke Inggeris ke, Allah faham semuanya. Tapi kalau kita hafal doa yang datangnya daripada Al-Quran tentu lebih baik kan?
Jadi kami nak kongsikan dengan anda doa-doa yang patut seorang ibu amalkan untuk anak-anak mereka. Walaupun anak tu baru berada dalam kandungan. Semoga bermanfaat.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Boleh baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).” Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).”

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji

Tuesday, November 12, 2019

Sunnah Manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi Kesihatan

Satu diantara adab tidur yang dianjurkan adalah mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi ini ternyata mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia .
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :
Berbaringlah di atas rusuk kananmu. (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).
Ilmu penjelasan manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan.
1.Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar.
Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh. Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko peny-akit.
2.Tingkatkan pengosongan kandung empedu dan pankreas.
Ada aliran chime yang lancar bakal menyebabkan keluaran cairan empedu juga jadi tambah, hal semacam ini bakal mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas bakal jadi tambah dengan posisi mirin ke kanan.
3.Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan
Saat tidur gerakan usus menigkat. Dengan posisi mengiring ke kanan, jadi perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap bakal jadi lebih lama, hal semacam ini karena posisi usus kecil hingga usus besar ada dibawah.
4.Merehatkan otak kiri.
Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.
5. Merehatkan organ Esophagus.
Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri.Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.
6. Mengurangi tekanan jantung.
Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.
Majalahilmu : Sesungguhnya mencontohi perbuatan atau sunnah nabi itu bnyak manafaatnya. Rugikita tidak amalkan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)-Surah Al-Ahzaab ayat 21