BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Friday, January 08, 2021

THiJARI, Perkhidmatan dalam Talian Tabung Haji

 logo thijari

Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan platform laman perkhidmatan digital terbaharu untuk para pendeposit – “THiJari” yang mula beroperasi pada 5 Februari 2020. Laman web THiJARI ini merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian. TH percaya dengan kemudahan ini, urusan para pendeposit akan lebih pantas dan mudah. 

CARA-CARA PENGGUNAAN THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH. Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

    Muat turun brosur pendaftaran THiJARI dalam bentuk .PDF di sini.

CARA-CARA MUAT TURUN APLIKASI THIJARI

Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pendeposit kami.

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “App Store” yang berkenaan.

Play Store (Android User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (iOS User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
     

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman sesawang THiJARI. 

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

  2. Urusan Haji
    Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

  3. Rayuan Haji
    Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.

    Soalan lazim dan video tutorial rayuan haji secara online.

  4. Penamaan/ Hibah Amanah
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.

  5. Kelab Taha/Taha@U
    Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa / TaHa@U boleh dilakukan.
     

PERBEZAAN FUNGSI APLIKASI THiJARI DAN LAMAN SESAWANG

Perbezaan fungsi bagi aplikasi telefon bimbit dan laman sesawang adalah seperti berikut:

NoFungsiHuraianLaman Sesawang THiJARIAplikasi THiJARI
1.PendaftaranPendaftaran Baru Ahli THiJARI
2.Log MasukLog Masuk ID Pengguna dan Kata Laluan
3.Log Masuk Cap JariLog Masuk Cap Jari atau 'Face ID'
4.Laman UtamaMemaparkan Nama Pendeposit, Status Haji, Ringkasan Akaun dan Pengumuman.
5.Ringkasan AkaunMemaparkan Baki Semasa, Sejarah Transaksi dan Penyata Mini bagi Akaun Dewasa dan Kanak-kanak.
6.Pindahan Simpanan THPindahan Simpanan Antara Akaun TH.
7.KegemaranDaftar dan Papar Akaun Kegemaran
8.Perkhidmatan HajiPendaftaran Haji, Semak Status Pendaftaran Haji dan Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan Haji, Kursus Haji, dan Rayuan Haji
9.Kelab TaHa/TaHa@UPendaftaran dan Semak Status Kelab TaHa/TaHa@U, E-Kad Keahlian dan Rakan Kelab TaHa.
10.Profil SayaKemaskini Butiran, Tukar Kata Laluan dan Gambar Keselamatan, Penyelenggaraan Had Harian dan Pemberitahuan.
11.Peti SuratPengumuman dari TH.
12.PengumumanMemaparkan pengumuman atau berita mengenai THiJARI.


CARA-CARA PENGGUNAAN APLIKASI THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu di laman sesawang THiJARI sebelum menggunakan Aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, sila ke laman sesawang www.thijari.com.my. 

Tuesday, December 22, 2020

Bersyukur Untuk Hidup Lebih Bahagia

Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur. Sesungguhnya, syukur itu mengusir kegelisahan, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad. Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah…tetapi juga satu muqadimah.

Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum. Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!

Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezki di sekeliling kita. Rezki kasih sayang, kesihatan yang baik, Rezki Iman Dan Islam, Rezki Keluarga Bahagia, Rezki Senang Hati. Subhanallah, banyaknya rezki kurniaan Allah untuk kita setiap hari. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezki kita. Lazimi zikir, ALHAMDULILLAH.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

Ada tiga perkara yang harus kita lakukan  ketika kita menerima nikmat Allah agar kita dipandang sebagai hamba yang bersyukur kepada-Nya.

Pertama: secara batiniah kita harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah.

Kedua: secara lahiriah kita mengucapkan syukur atas nikmat itu.

Ketiga: kita harus menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih kuat beribadah kepada Allah swt.

Bila ketiga perkara tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.

“Sesungguhnya ada suatu kaum yang beribadah kepada Allah dengan pengharapan, yang demikian itu ibadah seorang pedagang dan ada lagi kaum yang beribadat kepada Allah kerana takut, yang demikian itu ibadat seorang hamba (budak) dan ada suatu kaum yang beribadat kepada-Nya dengan perasaan syukur, yang demi­kian itu ibadah seorang yang merdeka” (Imam Ali as, Al-Bihar 78 : 69) 55]

Syukur itu bahagia. Lihatlah dengan pandangan iman dan berlapang dada dengan rezki yang dimiliki orang lain kerna kita tidak tahu kesusahan yang Allah uji mereka. Kita hanya nampak dia senang pada pandangan kita lalu kita rasa iri hati dan sedih. Kita tak tahu apa yang disembunyikan di hati mereka dengan ujian yang Allah bagi pada mereka.

Cuba kita lihat dan nilai setiap apa yang Allah berikaan nikmat pada kita. Nescaya tak terhitung. Syukur itu perlu dididik. Moga hati menjadi lapang dan tenang. Nikmat hidup bersyukur pada Allah. Bagaimana untuk menjadikan syukur itu berbekas di hati?

5 cara untuk menjadikan SYUKUR itu sebati di hati.
1. Memperakui
Orang yang bersyukur adalah orang yang bersedia menerima qada dan qada’ walaupun suka atau tidak serta memperakui itu datangnya dari Allah
– Contoh kita dapat bonus. Alhamdulillah bonus itu Allah beri melalui majikan.
– Memperakui semua yang berlaku itu sama ada nikmat atau musibah datang dari Allah


2. Menerima
Menerima takdir Allah mengikut kadar takdir yang Allah telah susun

3. Muhasabah diri
Sentiasa memuhasabah diri.

4. Memperbaiki diri
Bila kita sedar tentang kelemahan diri kita, kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan.

5. Menyerah Diri Pada Allah.
Menyerahkan segalanya pada Allah.
Bila kita bersandarkan pada harta, kewangan, pangkat, ingatkan semua itu rapuh.

Moga syukur itu sentiasa melekat di hati dan menjadi sebati dalam kehidupan kita.

” Mensyukuri apa yang disaji,
Walau hanya sayur sawi,
Itulah dia nilai kekayaan hati,
Patut ditiru dan dibagi supaya makin banyak yang mengerti,
Bahawa hidup ini tidak perlu lagi diratapi,
Namun untuk dihargai apapun yang diberi.”

Kufur Nikmat

Kufur nikmat berbeda dengan empat jenis kufur yang terkandung dalam Surat Al-Baqarah ayat 6. Kufur nikmat sebagaimana keterangan Imam Al-Baghawi dalam tafsirnya Ma’alimut Tanzil tidak termasuk ke dalam empat kekufuran secara akidah: kufur ingkar, kufur juhud, kufur inad, dan kufur nifaq. 

Dengan kata lain, orang yang beriman sekalipun dapat terjerembab ke dalam sikap kufur nikmat. Orang yang beriman sekalipun dapat mengingkari pemberian Allah SWT dengan meremehkan berbagai anugerah yang ia terima misalnya. Meski pun tidak tergolong ke dalam kufur secara aqidah, kufur nikmat tidak dapat dianggap kecil. Kufur nikmat merupakan tindakan tercela yang dapat mendatangkan azab yang hebat sebagaimana keterangan pada Surat Ibrahim ayat 7: 

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ 

Artinya, 

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan maklumat, ‘Sungguh jika kalian bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu. Tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat,’” 

(Surat Ibrahim ayat 7). 

Kufur nikmat merupakan perbuatan tercela dan nista. Secara moral, pengingkaran atas kebaikan orang lain merupakan perbuatan buruk secara etis. Kufur nikmat hanya dilakukan oleh orang yang memiliki standar moral yang rendah.

 كفران النعمة لؤم أي عدم الشكر للنعمة دليل على دناءة النفس 

Artinya, 

“Kufur nikmat adalah hina, maksudnya tidak mensyukuri nikmat merupakan tanda kerendahan diri seseorang.” (Syekh M Nawawi Banten, Nashaihul Ibad, [Indonesia, Daru Ihayil Kutubil Arabiyyah: tanpa tahun], halaman 7). 

Adapun syukur atau pengakuan atas pemberian orang lain dalam hal ini nikmat Allah adalah sebuah kebijaksanaan yang lahir dari kesadaran dan kerendahan hati. Mensyukuri nikmat Allah sejatinya adalah kebutuhan makhluk karena kebaikan itu tidak berpulang kepada Allah tetapi kepada dirinya sendiri sebagai bentuk adab kepada Sang Maha Pemberi: 

 وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ  

Artinya, 

“Sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu ‘Bersyukurlah kepada Allah. Siapa saja yang bersyukur, maka sungguh ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Tetapi siapa saja yang tidak bersyukur (kufur nikmat), maka sungguh Allah Maha Kaya, Maha Terpuji”. (Surat Luqman ayat 12). Syukur atas nikmat Allah dapat diwujudkan dengan pengakuan atas pemberian Allah dan penggunaan nikmat dan kesempatan yang Allah berikan untuk kepentingan yang berguna dan bermanfaat, terlebih untuk beribadah. 

Wallahu a’lam.


Sumber: https://islam.nu.or.id/post/read/120861/kufur-nikmat-dalam-al-quran