BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Monday, June 03, 2019

Sholat Sunat Tasbih

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:   “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“   ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu;

“سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر”
(Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar)
sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Hadis-hadis berkenaan solat Tasbih diriwayatkan melalui beberapa jalur sanad. Antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmizi menerusi Musa Bin Abdul Aziz daripada Hakam Bin Aban daripada Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda :


يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ لَكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَقَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ وَخَطَأَهُ وَعَمْدَهُ وَصَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ وَسِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرُ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ قُلْتَ وَأَنْتَ قَائِمٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُ وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسَةٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً

Maksudnya : ” Wahai pak cikku Abbas, Aku ingin memberikan engkau. Aku sangat mencintai engkau. Aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat yang mana jika engkau melakukannya Allah akan mengampunkan dosa engkau  yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian,yang sengaja dan yang tidak sengaja serta (dosa) yang rahsia dan yang terang-terangan. Sepuluh sifat tersebut adalah engkau solat sebanyak 4 rakaat.. Engkau baca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu engkau masih berdiri maka ucapkanlah : Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahuakbar 15 kali kemudian engkau ruku’ dan bacalah (zikir tersebut) sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari ruku’ dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangit dari sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud semula,bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari sujud bacalah ia sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat.Kalau tidak mempu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mempu lakukanlah setahun sekali.”
Riwayat Abu Daud (1105),Ibnu Majah (1377) dan al-Tirmizi (479)

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Abu Rafi’ dan Ibnu Umar. Para ulama berbeza pandangan mengenai status hadis ini. Antaranya yang melemahnya hadis ini adalah Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam al-Tirmizi dan juga al-Uqaili.

Kata Abu Isa (iaitu al-Tirmizi : ”Telah diriwayatkan daripada Nabi saw lebih dari satu hadis berkenaan solat Tasbih. Namun tiada satu tentangnya yang sahih.”
Rujuk Jami’ al-Tirmizi (1/299)

Dari kalangan Mutaakhirin ada yang turut melemahkan hadis yang telah disebutkan.Antaranya Ibn al-Arabi al-Maliki,Ibnu Taimiyyah dan al-Mizzi. Ibnu Jauzi pergi lebih jauh dari itu. Beliau mengatakan bahawa hadis berkenaan solat Tasbih adalah palsu. Ada juga para ulama yang mensahihkan dan menghasankan hadis berkaitan solat Tasbih seperti Abu Musa al-Madini, Ibn al-Salah, al-‘Alai al-Sayuti dan lain-lain.

Ibnu al-Salah menyatakan di dalam fatwanya ketika ditanya tentang solat Tasbih :
“Ya, ,mereka akan mendapat pahala jika ikhlas melakukannya. Solat tersebut adalah sunat bukannya Bidaah.Ianya diriwayatkan daripada Rasulullah saw. Ia adalah hadis yang hasan yang dijadikan amalan dan pegangan khususnya berkaitan permasalahan ibadah dan kelebihan (fadhail)”
Rujuk Fatawa wa Masail Ibn al-Salah (2/235)

Bahkan Sheikh al-Albani menyatakan bahawa hadis berkenaan adalah hasan.Imam al-Nawawi mempunyai dua pandangan yang berbeza. Di dalam kitab al-Azkar, beliau mensahihkan hadis tersebut. Manakala di dalam kitab al-Majmu beliau mendaifkan hadis tersebut. Kata beliau di dalam al-Majmu’:
“Di dalam keharusan (solat Tasbih) tersebut ada pertikaian. Kerana hadis yang ada adalah hadis yang daif (lemah). Juga di dalam solat sunat Tasbih berbeza dengan solat yang biasa dilakukan. Maka seharusnya tidak dilakukan dan hadis yang ada tidak thabit.”
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab ( 4/54)


Maka dari sini, dapat kita lihat perbezaan para ulama dalam mensahihkan dan mendaifkan hadis tersebut. Semestinya, perbezaan di dalam menghukum terhadap hadis menatijahkan perbezaan berkenaan hukum melakukan solat Tasbih di kalangan fuqaha.Bagi kumpulan yang melemahkan hadis tersebut maka mereka menyatakan bahawa ada bahawa solat Tasbih tidak sunat. Bagi yang mensahihkan dan menghasankan hadis tersebut maka mereka melihat akan keharusan solat tersebut. Berikut kami naqalkan pandangan ulama dari empat mazhab berkenaan solat Tasbih :

Kata Ibnu Abidin yang bermazhab Hanafi : “Hadis berkenaan solat Tasbih adalah hadis hasan kerana banyak jalur riwayatnya. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa hadis berkenaan palsu maka dia terkeliru. Di dalamnya juga terdapat pahala yang tidak terhenti. Benarlah kata para Muhaqqiqin bahawa tiada yang mendengar tentang pahala solat Tasbih dan tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang memperlekehkan agama dan mengatakan ianya tidak sunat kerana berbeza dengan solat yang biasa dilakukan. Hadis apabila telah sampai darjat hasan maka ianya sabit.”
Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin (2/27)

Kata al-Sowi yang bermazhab Maliki : “ Dan sifat solat Tasbih yang Nabi saw ajarkan kepada pak ciknya, Abbas dijadikan sebagai wirid harian (amalan) oleh para solihin. Sesiapa yang melakukannya sekali seumur hidup maka dia akan masuk syurga tanpa hisab.”
Hasyiah al-Sowi ‘ala Syarh al-saghir (11/332)


Al-Khatib al-Syarbini yang bermazhab Syafie menyatakan : ” Dan apa yang dinyatakan (maka dapat difahami) bahawa ianya adalah sunat yang muktamad seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu al-Salah dan lainnya.”
Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/224)


Imam Ahmad dan para ulama bermazhab Hanbali menyatakan bahawa solat sunat tidak sunat. Namun Ibnu Qudamah, seorang tokoh besar di dalam mazhab Hanbali menyatakan bahawa ianya adalah harus. Beliau menyebut :
“Imam Ahmad tidak mensahihkan hadis berkenaan solat Tasbih bahkan beliau tidak melihat bahawa ianya harus. Akan tetapi jika dia ingin lakukan maka tidak mengapa kerana solat-solat sunat dan kelebihan amalan tidak disyaratkan padanya hadis sohih.”
Rujuk al-Mughni (3/324)


Kesimpulannya, berdasarkan perbahasan di atas didapati bahawa terdapat khilaf ulama mengenai kesunatan solat tasbih berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai status hadis solat tasbih. Walau bgaimnpun jumhur ulama berpendapat akan kesunatannya. Oleh yg demikian kami menasihatkan dalam isu ini agar kita berlapang dada dan tidak menjadikan ia sebagai ruang untuk bid'ah mmbid'ah antara satu sama lain.

Kaedah menyebut,"tiada bid'ah membid'ah dalam perkara khilaf (yang muktabar)".
Wallahu a'lam



Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih.

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali..

Caranya;.

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Maksudnya :
Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr..
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maksudnya :
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung..
Nota***
Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja..
4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya..
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, - 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • Iktidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih..
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih..
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam..
9. Membaca doa solat tasbih;

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّھُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِیْقَ اَھْلِ الھُدَى وَاَعْمَالَ اَھْلِ الیَقِیْنِ وَمُنَاصَحَةَ اَھْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ اَھْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ اَھْلِ الْخَشْیَةِ وَطَلَبَ اَھْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ اَھْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ اَھْلِ اْلعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ
.اَللَّھُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِیْكَ حَتَّى نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ سُبْحَانَ خَالِقَ النُّوْرُ
. والصَلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَي سَیِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي اَلِھِ وَصَحْبِھِ اَجْمَعِیْنَ
والحَمْدُ ِ
العَالَمِیْنَ
Allahumma inni as’aluka taufiqa ahlil huda, wa a‘mala ahlil yaqin, wa munashahata ahlit taubah, wa ‘azma ahlis shabri, wa wajala ahlil khasyyah, wa thalaba ahlir raghbah, wa ta‘abbuda ahlil wara‘i, wa ‘irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafak.
Allahumma inni as’aluka makhafatan tahjizuni ‘an ma‘ashika hatta a‘mala bi tha‘atika ‘amalan astahiqqu bihi ridhaka wa hatta unashihaka bit taubah, khaufan minka hatta akhlusha lakan nashihata haya’an minka wa hatta atawakkala ‘alaika fil ’umûri kulliha wa hatta akuna ’uhsinuz zhanna bika, subhana khaliqin nur.
washalatu wassau ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa alihi washahbihi ajma’aana walhamdu lillahi rabbil ‘alamiina.
Artinya :
"Ya Allah aku meminta padaMu pertolongan (melakukan kebaikan) sebagaimana yang Engkau berikan kepada orang-orang yang mendapatkan petunjuk, amal-amal yang dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai keyakinan tinggi, nasihat-nasihat orang yang ahli bertaubat, kemauan kuat yang dimiliki orang-orang yang ahli bersabar, kesungguhan orang-orang yang selalu takut (padaMu), permintaan orang-orang yang selalu cinta (padaMu), beribadahnya orang-orang yang ahli menjaga diri dari perkara subhat, pengetahuan orang-orang yang ahli dalam ilmu (agama) sehingga akupun dapat takut kepada Mu. Ya Allah sesungguhnya aku meminta padaMu rasa takut yang menjagaku dari melakukan kemaksiatan padaMu, sehingga dengan taat padaMu akupun bisa melakukan amal, yang dengannya bisa kuraih ridloMu dan dengan taubat aku dapat mengambil rasa takut kepada Engkau, dan kumurnikan padaMu nasehat karena malu pada Engkau. Dan aku pasrahkan segala urusan padaMu karena wujudnya prasangka baikkepadaMu.
Maha Suci Allah Sang Pencipta Cahaya”.
SOLAT SUNAT TASBIH YANG RINGKAS
Jika rasa panjang sangat, ini versi pendek dari
http://apps.islam.gov.my/ka/questions/view/22769
Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini:
1) Sekiranya solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam
2) Sekiranya solat pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakat dengan satu salam.
Cara mengerjakan solat sunat tasbih adalah seperti berikut:
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakkat / dua rakaat kerana Allah Taala”
Bacaan surah selepas membaca surah Al-fatihah iaitu
i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur
ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas
Bacaan tasbihnya ialah ” Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.
Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:
a) 15 kali selepas membaca surah
b) 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
c) 10 kali ketika iktidal
d) 10 kali ketika sujud selepas tasbih sujud
Semoga bermanfaat!


No comments: