BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, July 14, 2019

20 Dosa Isteri Terhadap Suami

Agama Islam mempunyai panduan yang sempurna dan di dalam alquran telah diterangkan kesemuanya tentang kewajiban seorang isteri terhadap suami. Selain itu hadith Rasulullah SAW juga menjadi rujukan seluruh umat Islam. Jangan berani melanggar apa yang sudah disyariatkan apalagi jika sanggup membuat peraturan sendiri. Ketahuilah tentang dosa isteri terhadap suami.

Bukan sedikit jumlahnya para isteri yang berdosa kepada suami samada kerana melawan, berkelakuan tidak baik terhadap suaminya bahkan ada yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Apatah lagi jika suaminya merupakan seorang yang soleh, baik akhlaknya, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj, Nabi SAW diperlihatkan tentang penghuni Ner4ka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, disebabkan mereka kufur”. Ditanyakan: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau bersabda: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja kejelekan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu” (HR : Bukhari dan Muslim).

dosa isteri
Gambar Hiasan – Cer Senyum Sikit!!

Berikut adalah antara dosa isteri terhadap suami yang menjerumuskan isteri ke ner4ka:

More in Home

BELALANG PELESIT Menurut Kepercayaan Masyarakat Melayu 

Memansuhkan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Adalah Mustahil - Wan Saiful 

Dulu Pelac_r Pernah Anggotai CCM - Bekas Timb. Menteri Kesihatan 

Hukum Kucing Berak Di Rumah Jiran - UAI 

Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin
1. Mengabaikan kewibawaan suami sebagai ketua rumah tangga.

Semua isi rumah dipimpin oleh suami dengan segala peraturan sesuai dengan ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW. Isteri hendaklah mematuhi segala bentuk peraturan atau perintah daripada suami selagi ia tidak menjurus kepada maksiat.

Rasulullah SAW menggambarkan tentang perlunya ketaatan seorang isteri dengan membandingkan bahawa jika suami memerintahkan sesuatu pekerjaan seperti memindahkan bukit merah ke bukit putih atau sebaliknya, maka tiada pilihan bagi seorang isteri selain melaksanakan perintah tersebut.

2. Menentang perintah suami.

Dalam institusi rumah tangga seorang isteri wajib untuk mematuhi atau mentaati suaminya. Isteri wajib menurut perintah suami samada berbentuk larangan atau arahan asalkan dalam landasan yang betul.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Kesimpulannya adalah seorang isteri itu wajib mentaati suaminya dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Namun, kewajiban kepada Allah SWT juga wajib dilaksanakan.


3. Menolak untuk bergaul dengan suami.

Allah sudah mengatur manusia berpasangan dan untuk memperoleh keturunan, lelaki dan perempuan disatukan dalam sebuah perkahwinan yang sah sesuai dengan syariat Islam. Dengan demikian pasangan tersebut sudah halal dan saling melengkapi untuk mempunyai keturunan.

Dalam Islam seorang isteri yang menolak ajakan suami untuk bergaul, bererti ia (isteri) membuka pintu laknat dari Allah terhadap dirinya.


Gambar Hiasan – Jangan sesekali berkasar dengan suami

4. Tidak menemani suami tidur. Bunyi macam mengada-ngada bukan?

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Bila seorang istri semalaman tidur terpisah dari ranjang suaminya, maka malaikat melaknatnya sampai Subuh.”

Maksudnya jika seorang isteri ingin tidur sendirian atau ingin menemani anak-anaknya yang masih kecil, dia wajib meminta izin suaminya terlebih dahulu. Dalam hal ini ramai ibu-ibu yang ambil mudah terutama melibatkan hal yang berkaitan dosa isteri terhadap suami ini.


5. Memaksa dan membebankan suami dalam mencari nafkah.

Memang benar kewajiban suami adalah mencari nafkah (rezeki) yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya. Namun suami hanyalah mencari dan Allah SWT sudah mengatur semuanya samada memperolehi sedikit atau melimpah ruah.

Sebagai isteri anda dinasihatklan jangan sesekali memaksa atau meminta sesuatu diluar kemampuan suami. Terimalah pemberian suami seadanya. Asalkan rezeki yang dibawa pulang itu adalah dari sumber yang halal. Walaupun sedikit namun rezeki tersebut sungguh besar keberkatannya dibandingkan rezeki yang banyak tetapi dari sumber yang tidak halal.

6. Tidak suka berhias didepan suami.

Dalam Islam isteri hanya dibenarkan berhias atau mempercantikkan diri untuk tatapan suaminya sahaja. Tujuannya adalah supaya suami semakin sayang kepada isterinya dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Apa yang berlaku adalah kaum wanita kebanyakannya akan berhias secantik-cantiknya jika ingin keluar dari rumah sama ada untuk bekerja, berjumpa kawan-kawan atau menghadiri majlis-majlis tertentu.

7. Menjerumuskan suami dalam hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT.

Seorang isteri yang menjerumuskan suaminya kepada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam akan menjerumuskan mereka berdua ke neraka.

Istri yang solehah tentunya akan menjadi pendamping kepada suaminya. Sama-samalah beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

8. Mengenepikan kepentingan suami kerana kepentingan lain.

Dari Aisyah ra, katanya ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang mempunyai hak paling besar terhadap seorang wanita?” Rasulullah SAW menjawab: “Suaminya”.

Lalu Aisyah bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling besar haknya terhadap seorang lelaki”.Jawabnya Baginda SAW: “Ibunya”. (HR.Bazaar dan Hakim; Hadits hasan)

Kesimpulannya seorang Isetri mesti mengutamakan atau mementingkan suaminya berbanding ayah dan ibunya. Isteri wajib mendapatkan izin suami jika ingin memenuhi kepentingan orang tuanya.

Ini kerana Redha Allah, redha suami, Syurga isteri mengalir dari suami.


Gambar Hiasan – Kemana anda pergi pastikan dengan izin suami
9. Keluar rumah tanpa izin atau diluar pengetahuan suami.

Islam menggariskan isteri itu adalah pendamping kepada suami. Tugasnya adalah mengurus rumah tangga. Jika isteri ingin keluar rumah atas tujuan apa sekalipun, wajib mendapatkan keizinan dari suaminya terlebih dahulu.

Bagaimana jika pergi tanpa pengetahuan suami?

Ini bererti isteri tersebut telag melanggar apa yang dianjurkan oleh agama Islam. Hanya dengan berbuat demikian, dia telah jatuh derhaka kepada suaminya. Dan hukumnya berdosa.


Bagaimana jika kecemasan seperti rumah terbakar atau perkara yang membahayakan dirinya? Islam itu mudah jika kena pada tempatnya. Selamatkanlah diri anda ye jika dalam situasi bahaya. Jika berkesempatan jangan lupa menutup aurat.

Baca Juga – 10 Ciri Isteri Yang Suami Murah Rezeki

10. Lari dari rumah suami

Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan manusia yang mana solatnya tidak bermanfaat bagi dirinya iaitu hamba yang melarikan diri dari rumah tuannya sehinggalah ia kembali; dan isteri yang melarikan diri dari rumah suaminya sehingga ia kembali.” (HR. Hakim, dari Ibnu ‘Umar)


11. Menerima tetamu lelaki yang dibenci oleh suami.

Dalam sebuah Hadits, Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa seseorang isteri diwajibkan memenuhi hak-hak suaminya. Diantaranya ialah tidak mempersilakan siapapun yang tidak disenangi suaminya untuk menjamah tempat tidurnya dan tidak mengizinkan tamu masuk bila yang bersangkutan itu tidak disukai oleh suaminya. (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi, Hadits hasan shahih)


Gambar Hiasan – Jangan membenarkan lelaki yang tidak disukai suami masuk ke kerumah sesuka hati.

12. Tidak menolak apabila disentuh oleh lelaki Lain.

“Maka wanita-wanita yang sOlih itu ialah yang taat lagi memelihara (dirinya dan harta suaminya) dikala suaminya tidak ada sebagaimana Allah telah memeliharanya” (QS. An-Nisaa’ (4) ayat 34).

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa seorang isteri yang membiarkan dirinya dijamah lelaki lain boleh diceraikan.

Perbuatan tersebut sangat besar dosanya dan dia telah menderhaka kepada suaminya. Sesungguhnya Allah akan mengazabkan wanita yang berbuat demikian dengan azab yang sangat pedih.


13. Tidak mahu merawat suaminya ketika dia jatuh Sakit.

Seperti yang dinyatakan tadi, kepentingan seorang suami harus diberi keutamaan. Seoramg isteri tidak boleh menolak untuk merawat suaminya yang sedang sakit walau dengan alasan orang tuanya sedang sakit.

14. Puasa sunat tanpa izin suami ketika dia berada di rumah.

Puasa sunatpun termasuk dalam dosa isteri terhadap suami? Dari Abu Harairah, bahawa Rasulullah SAW. bersabda: “Seorang istri tidak halal berpuasa ketika suami ada di rumah tanpa izinnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Sangat jelas bahawa berpuasa sunatpun adalah dengan keizinan suami jika dia berada di rumah.

Artikel Berkaitan – Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin

15. Menceritakan tentang bentuk tubuh wanita lain kepada suami.

Dari Ibnu Mas’ud, ujarnya: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang wanita tidak boleh bergaul dengan wanita lain, kemudian menceritakan kepada suaminya keadaan wanita itu, sehingga suaminya seolah-olah melihat keadaan wanita tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jangan menceritakan sesuatu yang dilarang dan dibenci oleh Allah. Ia sepatutnya menyimpan rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang lain.


Gambar Hiasan – Jangan ceritakan bentuk tubuh kawan kamu kepada suami kamu.
16. Menolak kedatangan suami kepada gilirannya (suami yang berpoligami).

Seorang isteri yang dimadu, tetap mempunyai kewajiban untuk mentaati perintah suaminya, menyenangkan hatinya, berbakti dan berperilaku baik kepada suaminya ketika ia datang.

Suami yang beristeri lebih dari satu harus memenuhi persyaratan sesuai syariat Islam. Salah satunya harus bersikap adil kepada semua isteri-isterinya.

17. Mentaati perintah orang lain di rumah suaminya.

Seorang isteri jangan pernah sama sekali mentaati perintah dari siapapun dirumah suaminya. Satu-satunya orang yang dituruti isteri hanyalah suaminya.

18. Menyuruh suami menceraikan madunya.

Seseorang isteri yang sudah dimadu tidak boleh menyuruh suaminya menceraikan isterinya yang lain.

19. Meminta cerai tanpa alasan yang munasabah.

Janganlah anda menjadi seorang isteri yang mencari-cari alasan yang tidak jelas untuk memenuhi kehendak agar bercerai. Perceraian suatu hal yang sangat dibenci oleh Allah SWT.

20. Mengambil harta suami tanpa izinnya.

Jangan pernah sama sekali mengambil harta benda suami tanpa izin darinya walaupun hanya sedikit saja.

Sebagai contoh, memberi wang suami kepada orang lain walau saudara mara sendiri tanpa pengetahuan suami. Atau memberi pakaian suami kepada orang lain kemudian berbohong kepadanya.

Artikel Berkaitan – Perkara Yang Membolehkan Seorang Isteri Meminta Cerai


Gambar Hiasan – Jika bermadu, hiduplah dengan aman.

PENUTUP

Kepada kawan-kawan walau dimana berada, khususnya kepada wanita yang sudah bersuami, taat dan patuhi perintah suami jika masih dalam batas-batas syariat Islam. Jangan sampai suami menangis kerana kelakuan anda. Jauhilah azab Allah. Sentiasa meminta maaf kepada suami dan jangan lupa memohon keampunan daripada Allah SWT jika anda pernah bersalah walaupun hanya kecil bagi kamu.

Jika ada sesuatu perkara yang berkaitan dengan rumah tangga (masalah dengan suami) elakkan menjadikan media sosial untuk meluahkan rasa atau diceritakan kepada orang lain melainkan pihak yang berkenaan sahaja. Ini juga tergolong sebagai dosa isteri terhadap suami. Jangan lupa juga memohon petunjuk daripada Allah SWT. Wa

No comments: