BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Sunday, September 22, 2019

Penghulu Istighfar

اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.

Sayyidina Syaddad bin Aus r.a.,  meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,  "Penghulu istighfar (cara memohon keampunan yang paling baik) ialah dengan berkata,

اللهم أنت رب لا إله إلا أنت،  خلقتني وأنا عبدك،  وأنا على عهدك ووعدك ما اسطعت،  أعوذبك من شر ما صنعت،  أبوءلك بنعمتك علي،  وأبو ء بذنبي فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.

Kemudian Baginda SAW bersabda,  "Sesiapa yang membaca istighfar ini pada bila-bila masa daripada waktu siang dengan hati yang penuh yakin dan dia mati pada hari itu sebelum dia berpetang maka dia adalah antara ahli syurga.  Demikian juga jika sesiapa mengucapkannya pada bila-bila masa daripada waktu malam dengan hati yang penuh yakin dan dia mati sebelum pagi nescaya dia adalah antara ahli syurga." (Bukhari)

Terjemahan istighfar,  'Ya Allah,  hanya Engkaulah Tuhanku.  Tiada tuhan yang layak disembah selain daripada-Mu.  Engkaulah yang telah menciptakan daku dan aku adalah hamba-Mu.  Aku tetap berada di atas janji dan sumpah setia-Mu sedaya upayaku.  Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan amalan-amalanku yang buruk.  Aku mengaku akan nikmat-nikmat-Mu kepadaku dan aku mengaku tentang dosa-dosaku.  Lantaran itu ampunilah daku kerana tiada yang mengampunkan dosa selain daripada-Mu.'

No comments: