BACALAH....

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ *

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ *١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ *٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ *٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ *٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ *٥ كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ *٦ أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ *٧ إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ *٨ أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ *٩ عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ *١٠ أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ *١١ أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ *١٢ أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ *١٣ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ *١٤ كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ *١٥ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ *١٦ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ *١٧ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ *١٨ كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ *١٩


Monday, September 30, 2019

Perintah Memberi Salam

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*

Adab sesama islam dan haknya.

Kita yakin percaya perlu menunaikan hak dan adab² sesama islam. Ianya  merupakan ibadah kerana kita orang islam. Pendekatan yang boleh dekatkan kita kepada Allah, (jika disempurnakan dengan keikhlasan akan mendapat pahala dan redha Allah. Adab dan hak telah diterangkan oleh Allah dan rasulnya iaitu perintah syarak supaya menunaikan hak sesama islam. Bila kita tunaikan, ianya bermakna  kita telah mentaati Allah dan rasul.

Antara hak sesama islam:

▪Hendaklah memberi salam bila jumpa  saudara seagama. (Hadis  beri salam sebelum bercakap). Serta menghulurkan tangan berjabat tangan. *Memberi salam itu sunat, jawab salam itu wajib,* kalau satu dengan satu.. Kalau  ramai fardhu kifayah, seorang jawab dah cukup.

3 rukun beri salam:
1) Orang yang memberi salam
2) Orang yang menjawab salam
3) Perkataan salam

Faedah beri salam:
1. Menghilangkan rasa marah orang
2. Ada rahmat dan kebaikan

Ayat 86 surah an nisa
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu"

 *يُسَلِّمُ الرِّاكِبُ عَلَى الْمَاشِى، وَالْمَاشِى عَلَى القَاعِدِ، وَالْقَلِيْلُ عَلَى الْكَثِيْ *حديث متفق عليه*
Rasulullah SAW bersabda,
Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.

Huraian Hadith:
Rasulullah SAW mengajar umatnya memberi ucapan salam mengikut keutamaan seperti berikut :
(i) Orang yang menepati kenderaan seperti kereta dan sebagainya memberi salam terlebih dahulu kepada orang yang berjalan kaki.
(ii) Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk.
(iii) Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai.
*Adalah lebih afdhal orang yang muda memberi salam kepada yang lebih tua.

إِنَّ المَلَائِكَةَ تَعْجَبُ مِنَ الْمُسْلِمِ يَمُرُّ عَلَى الْمُسْلِمِ وَلَا يُسَلِّمُ عَلَيْهِ.

Malaikat hairan bila orang islam tidak memberi salam sesama islam, kerana memberi salam itu adalah doa kesejahteraan dan keselamatan, diaminkan oleh malaikat, Insya Allah tidak rugi.

*والله أعلم بالصواب*
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

Sunday, September 22, 2019

Penghulu Istighfar

اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.

Sayyidina Syaddad bin Aus r.a.,  meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,  "Penghulu istighfar (cara memohon keampunan yang paling baik) ialah dengan berkata,

اللهم أنت رب لا إله إلا أنت،  خلقتني وأنا عبدك،  وأنا على عهدك ووعدك ما اسطعت،  أعوذبك من شر ما صنعت،  أبوءلك بنعمتك علي،  وأبو ء بذنبي فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.

Kemudian Baginda SAW bersabda,  "Sesiapa yang membaca istighfar ini pada bila-bila masa daripada waktu siang dengan hati yang penuh yakin dan dia mati pada hari itu sebelum dia berpetang maka dia adalah antara ahli syurga.  Demikian juga jika sesiapa mengucapkannya pada bila-bila masa daripada waktu malam dengan hati yang penuh yakin dan dia mati sebelum pagi nescaya dia adalah antara ahli syurga." (Bukhari)

Terjemahan istighfar,  'Ya Allah,  hanya Engkaulah Tuhanku.  Tiada tuhan yang layak disembah selain daripada-Mu.  Engkaulah yang telah menciptakan daku dan aku adalah hamba-Mu.  Aku tetap berada di atas janji dan sumpah setia-Mu sedaya upayaku.  Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan amalan-amalanku yang buruk.  Aku mengaku akan nikmat-nikmat-Mu kepadaku dan aku mengaku tentang dosa-dosaku.  Lantaran itu ampunilah daku kerana tiada yang mengampunkan dosa selain daripada-Mu.'

Saturday, September 14, 2019

Doa Dijauhkan Dari Niat Jahat Orang

DOA BERLINDUNG DARI RAKAN ATAU JIRAN YANG BERNIAT JAHAT



Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

 اَللَّهُـمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوْءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوْءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوْءِ فِيْ دَارِ الْـمُقَامَةِ 
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, teman yang jahat dan tetangga yang jahat di tempat tinggal tetapku.” 
(HR. At-Thabrani).

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ ، عَيْنَاهُ تَرَيَانِي وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي ، إِنْ رَأى حَسَنَةً دَفَنَهَا ، وَإِنْ رَأى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا
 “Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari teman dekat yang suka menipu, matanya melihatku tetapi hatinya mencurigai aku. Jika ia melihat kebaikanku, ia sembunyikan. Tetapi jika ia melihat kejelekanku ia sebarkan.” 
(Hadits mursal riwayat Ibnu Najjar dari Sa’id Al-Maqburi) 

 Pada do’a tersebut, kita memohon kepada Allah Ta’ala agar dilindungi dari kejahatan teman akrab atau sahabat karib yang khianat dan menipu. Dijauhkan dari keburukannya dapat beragam bentuknya. Terserah kepada Allah Ta’ala bagaimana Ia melindungi kita. Husnuzhan tetap kita jaga, tidak sibuk mencurigai sebagian sahabat dekat kita, tetapi Allah Ta’ala menjauhkannya pelan-pelan. Kita tidak memutus persahabatan, tapi tanpa terasa saling berjauhan. Atau, boleh jadi tetap akrab, tapi Allah Ta’ala singkirkan tipu dayanya dari kita. 

Dalam ini kita tidak perlu bersibuk menelisik keburukan sahabat kita, yang menjauh maupun yang mendekat. Tetapi adakalanya Allah Ta’ala bukakan keburukan teman akrab tersebut secara terbuka, tanpa kita berusaha mengorek keburukannya maupun bersibuk membuka kelicikannya. Allah Ta’ala bukakan tanpa kita berusaha membuka keburukannya. Boleh jadi kita bahkan tidak memiliki kecurigaan dan kekhawatiran sedikit pun. Tetapi Allah Ta’ala kabulkan do’a kita dengan cara ini disebabkan sahabat dekat kita itu khianat secara luas dengan memanfaatkan kedekatannya dengan kita. 

 Kembali kepada do’a tersebut. Kita berdoa dengan sungguh-sungguh tanpa menentukan caranya. Kita pasrahkan kepada Allah Ta’ala, sembari di saat yang sama tetap menjaga persangkaan baik kita kepada rekan-rekan kita. Boleh jadi kawan dekat yang ingin khianat itu, belumlah dekat. Ia baru ingin mendekat. Tapi Allah Ta’ala kabulkan do’a dengan menghalangi seseorang yang ingin mendekat tersebut sehingga tetap tak dapat akrab. Boleh jadi tetap berteman, tetapi tetap tidak dapat akrab dan kita dijauhkan dari sikap khianatnya dia. Yang kita perlu sangat hati-hati adalah persangkaan kita terhadap kawan kita yang jauh maupun sahabat kita yang sekarang agak renggang hubungannya. Sekalipun mungkin saja jauhnya seseorang dari kita karena Allah Ta’ala menghalanginya dari mengkhianati kita, tetapi kita tidak dapat memastikannya sehingga kita hendaknya tidak sibuk dengan persangkaan buruk (su’uzhan) yang boleh jadi salah besar. 

 Wallahu a’lam bish-shawab.

DOA SUPAYA DIJAUHKAN DIRI DARI NIAT JAHAT SESEORANG


Maksudnya:

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. 

DOA SUPAYA MENDAPAT KAWAN-KAWAN YANG BAIK


Maksudnya:


Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

DOA MENGELAK RANCANGAN JAHAT MUSUH

Surah Ali Imran Ayat 54
Maksudnya:
"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

Kaedah Amalan:

1. Untuk keadaan biasa (aman)

Baca 33x waktu pagi dan 33x waktu petang.  Maksud pagi ialah waktu selepas solat Subuh sehingga masuk zohor.  Maksud petang ialah selepas Asar sehingga tengah malam.

2.  Jika keadaan kritikal (Kita tahu ada orang dengki dan sedang merancang sesuatu)

Baca 313x waktu pagi dan 313x waktu petang.
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dan menggagalkan rancangan jahat musuh, Amin.

Wallahuaklam.

AMALAN DOA DIJAUHKAN DARI ORANG JAHAT

Bacalah doa dijauhkan dari orang jahat ini jika anda memerlukan perlindungan, bunyi amalannya iaitu :

اَللهُمَّ اِنّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرّمَا صَنَعْتُ وَمِنْ شَرّ كُلّ ذِىْ شَرّ لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ
ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHONA’TU WA MIN SYARRI KULLIDZII SYARRIN LAA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAHI
Artinya :
Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan perbuatanku dan dari kejahatan semua yang punya kejahatan, tidak ada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.

Cara Mengamalkan Doa Dijauhkan Dari Orang Jahat

Bacalah doa di atas sebanyak 11 kali saat anda selesai sholat wajib lima waktu, kemudian ketika hendak pergi keluar rumah bacalah doa dijauhkan dari orang jahat tersebut sebanyak 3 kali saja. Jika hendak tidur anda baca sebanyak 7 kali dan ketika bangun juga dibaca sebanyak 11 kali.
Insya Allah dengan rutin mengamalkannya anda akan mendapatkan perlindungan ilahiyah, perlindungan dari ALLAH TA’ALA. Amin. 
Demikian doa dijauhkan dari orang jahat semoga membawa manfaat yang besar untuk anda dan untuk kita semua. 
BARAKALLAH.